Wednesday, February 24, 2010

Ikan Keli Lemak Cekur

Assalamualaikum pembaca budiman....

Baru ni berkesempatan update blog ni. Busy sesangat sekarang ni. Ok, hari ni nak share resepi special. Resepi yang sedap kegemaran keluarga saya. Orang Jawa kata masak "gecok".

Ikan Keli Lemak Cekur

Jom kita tengok bahan2nya :
  • Ikan keli - dibakar terlebih dahulu. kalau nak goreng pun boleh.
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 8 tangkai cili padi
  • 5 atau 6 biji cekur - saya punya cekur saiznya agak kecil.
  • sedikit kunyit hidup
  • santan
  • 4-5 helai daun limau purut
  • 10 helai daun cekur - dihiris halus
  • garam dan gula secukup rasa
Cara memasaknya :
  • Ketepikan dahulu ikan keli yang telah dibakar/digoreng tadi.
  • Tumbuk halus bawang merah, bawang putih, cili padi, cekur dan kunyit hidup.
  • Didihkan air dalam periuk, dan masukan bahan yang ditumbuk. Rebus sehingga naik bau.
  • Bila dah agak mendidih, masukkan santan dan daun limau purut.
  • Kemudian masukkan ikan keli tadi.
  • Akhir sekali masukkan hirisan daun cekur dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  • Siap dihidang....
Bagi yang tak kenal apa itu cekur, sila lihat gambar yang saya snap ni.....

Inilah rupa cekur dan daun cekur

Bagi sesapa yang rajin, bolehlah mencubanya. Mungkin agak susah nak mencari cekur ni. Saya sendiri menanamnya. Bagi yang dah ada tanaman cekur ni, bolehlah mencuba resepi ini. Sedap tau!

8 comments:

  1. uihhh... terliur beb ikan keli masak lemak kencur nih.. benonye zai x minat langsung ikan keli.. tp setelah di auta kan oleh hubby zai aritu, adelah 1 mjlis nih, zai tggu turn mkn.. zai dokong ank so husband mkn dulu,pehtu dia tolong suap sikit le.mmg mabeles rasenye.. mmg xprasan tu ikan keli sbb ikan keli tuh dah potong2.. somi zai kate ikan kembong ke ape ye.. lupe plak.. pehtu smpi turn zai p0n amiklah laok tuh.. abih mkn baru hubby kasik tahu tu ikan keli.. aiyooo.. naseblah ikan keli tuh d goreng dulu garing2..
    tu yg lazat tuh..

    ReplyDelete
  2. wah!!! di jamin sedap ni...hehehe sbabnya mak mertua fisa selalu masak kat kg..:D

    ReplyDelete
  3. zai...
    rugi wooooo sapa tak minat keli. sedap sesangat. keli ikan yang wajib ada....pasti digoreng dulu, atau bakar. mmg sedap!

    ReplyDelete
  4. sedapkan, kak fisa. fiza mmg suka keli masak gecok!

    ReplyDelete
  5. hehehe... ni nak cerita ni..
    mertua suka sangat dengan cekur.. semua masakan nak diletak cekur..
    tapi, disebabkan menantu sorang ni tak tahan dengan bau cekur, terpaksalah dia melupakan cekur untuk seketika... huhu.. menantu hantu kan?

    ReplyDelete
  6. thanks sbb share resepi ni kak fiza... lady dapat bayangkan kesedapannya..
    :)

    ReplyDelete
  7. tak pernah makan ni...huhu..sedih betul..
    nanti nak cari tempat yg ada ni la..

    ReplyDelete
  8. This is a topic that is near to my heart... Take care! Exactly where
    are your contact details though?
    Review my web blog : insomnia treatment

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....