Friday, May 14, 2010

"Cikgu suruh bawa hadiah..."


Ikhwan pulang dari sekolah tengahari tadi, mencium tangan saya, dan terus berkata, "umi, hari Isnin ni, cikgu kata tak belajar. Cikgu suruh bawa hadiah."

Saya membalas, "Oh yer... hadiah untuk apa?" sambil tangan saya ligat membuat kerja-kerja dapur. Ikhwan menjawab, "cikgu kata, Isnin ni ada hari guru. cikgu kata, hari guru kena bagi cikgu hadiah."

Saya rasa macam nak gelak dengar penjelasan anak teruna saya. "Ok, tak pe. Minggu ni kita cari hadiah untuk cikgu. Umi pun nak cari hadiah untuk abi jugak ni." Ikhwan pelik, dan bertanya, "kenapa umi nak cari hadiah untuk abi pulak?". Saya tersenyum dan menjawab, "Ahad ni kan 16 May, hari jadi abi...." Gembira sungguh anak saya bila saya beritahu hari lahir abinya akan menjelang tiba. Mula terbayangkan kek yang sedap. Saya menyambung, "Sabtu ni kita balik kampung, kita suruh tok umi buatkan kek yang sedap untuk abi. Pastu kita suruh nenek masak sedap2."

Tak sabar dah anak2 saya ingin pulang ke kampung esok hari. Berbalik cerita hadiah untuk cikgu tadi, hati saya tergelak sakan sebenarnya bila guru kelas Ikhwan menyuruh setiap anak muridnya membawa hadiah sempena sambutan hari guru Isnin nanti. Apabila suami pulang dari sekolah tengahari tadi, saya suarakan permintaan Ikhwan pada suami.

" Bang, guru kelas Ikhwan minta anak murid bawa hadiah Isnin ni. Kita cari minggu ni yer..." Suami saya senyum jer. Dan membalas, " Abang tak pernah minta anak murid bawakan hadiah. Kalau ada yang bagi, abang ambik, kalau tak de, tak pe la. Cikgu Iwan suruh bawa lagi yer...." Cik suami saya senyum sinis.

Hehehe.... bukan kisah sangat pun pasal hadiah hari guru ni. Yang kelakarnya, ada guru yang minta anak murid bawakan hadiah untuk guru. Tak pasal2, anak2 murid bawa hadiah untuk cikgu bukan kerana keihklasan, tapi kerana cikgu suruh. Aduhai...kalau tak minta pun, memang sebagai ibu, saya akan menyuruh anak saya memberi hadiah pada guru supaya anak saya diajar menghargai pengorbanan guru.

Saya cakap pada suami saya, "abang jangan pula minta anak murid abang bawa hadiah untuk abang Isnin nanti. Buat malu jer..." Suami tersengih2.....

Jadi, hujung minggu ni, saya akan membawa Ikhwan ke pasar raya untuk mencari hadiah buat guru kelasnya.

10 comments:

  1. kat sini pun ramai cikgu macam tu..kesian kat budak2 yang dtg dari keluarga tak berkemampuan.

    ReplyDelete
  2. la mcm tak sesuai pulak nak suruh2 anak murid bawak hadiah kan, kalau anka murid tu nak kasi, dia mesti akan kasi seikhlas hati tanpa disuruh...
    betul kata ieda, kalau yang tak berkemampuan kesian kan..

    ReplyDelete
  3. mungkin cikgu tu gurau je kot..ye la,kalau gurau pun agak-agakla kan??haha

    ReplyDelete
  4. huhu..ada gak cikgu tak malu camtu yek kak..huhu..

    p/s besday incik somi akak sama ngan besday adik ngan adik ipar ina..hehe..ramai tul lahir hari guru ni yek..

    ReplyDelete
  5. salam..
    haha.. selalunya cikgu tak mintak. macam halimatun cakap tu, mungkin gurau je..

    ReplyDelete
  6. kak ieda,
    tu yg rasa nak gelak tu bila anak saya suarakan cikgu suruh bawa hadiah..kelakar rasanya.

    **********************************************************************
    lady,
    niat di hati, mmg nak suruh anak kita kasi hadiah juga. walaupun cikgu tak suruh. bukanlah kisah sgt pun hal tu, tapi mmg kelakar la....sian cikgu.

    **********************************************************************
    atun,
    kalau nak gurau pun agak2 la....jgn la gurau ngn budak umo 6 tahun, ye tak?

    **********************************************************************
    ina,
    sama besday adik ipar ina ke? suami akak ni mmg dilahirkan utk menjadi guru. tu sebab lahir pada hari guru. hehe....

    **********************************************************************
    kak pah,
    sepatutnya mmg cikgu tak minta la kan kak pah. mungkin la cikgu anak saya tu nak bergurau. tapi, jgn la bergurau dgn budak 6 tahun.dorg bukan faham pun kalau cikgu bergurau....
    alah, tak kisah sgt sbnrnya, cuma agak lucu sikit...

    ReplyDelete
  7. salam fiza jelita,
    memang ada guru yang suka suruh murid-muridnya bagi hadiah tetapi tidak semua guru begitu..tetapi kadang-kadang kerana sikap segelintir guru inilah yang mencemarkan profesion guru yang mulia ini.

    ReplyDelete
  8. sori fiza, tak sempat nak jenguk blog fiza semenjak dua menjak ni...huhu

    laa.. gitu ke cikgu tu? patut lah cikgu sekolah rendah banyak dapat hadiah berbanding cikgu sekolah menengah... kalau budak sekolah menengah, hari guru, hanya cikgu je yang datang sekolah.. budak2 cuti.. haha

    ReplyDelete
  9. azarni,
    alahai...jenuh ku mikirkan sapa la gerangan azarni ni. kak laili rupanya. tread mark kak lali kan jelita, tu yg tahu tu...hehe.

    mungkin guru yg minta hadiah pada anak2 murid ni guru baru kot. belum pernah sambut hari guru. hehe....tak pe la, bagi can sikit. sian dia, nak gak dpt hadiah. sampaikan anak saya ckp, "umi, iwan dah besar nanti nak jadi cikgu la. boleh dpt byk hadiah." hahahaha.... ye la tu....

    **********************************************************************
    syayassir,
    tu la...patut pun tak nampak sya dtg blog fiza semenjak dua menjak ni. sibuk yer...hehehe. tak pe, yg penting ukhuwah terus terjalin...
    oooo...cikgu sekolah menengah tak dpt byk hadiah yer? sian...budak sekolah menengah tak pandai hargai guru kot....hehe. tak de la, kdg budak dah masuk sekolah menengah ni, kalau yg jenis buat tak tahu je, mmg malas nak amik tahu.
    budak sekolah rendah ni kan jenis excited jer...kdg tu, mak ayah yg excited suruh anak beli hadiah utk cikgu.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum

    Cikgu suruh bawa hadiah? Ada juga cikgu macam tu...

    Sangat tidak patut.

    Cakap je..
    Saya dah bagi hadiah kat cikgu tia-tiap hari.
    Hadiah apa?
    Hadiah doa, cikgu..

    Mesti cikgu tu akan terlopong!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....