Wednesday, May 19, 2010

Jangan panggil saya ustazah!

Petang semalam, ada seorang pelajar suami memberi hadiah kepada saya. Saya ingat dia beri duit mengaji, saya suruh dia beri pada suami. Katanya, "untuk ustazah". Oh tidak....jangan panggil saya ustazah, yang. Saya bukan ustazah. Tambahnya lagi, "hadiah sempena hari guru." Saya tanya lagi, "siapa yang suruh bagi ni?" Katanya, "mak." Terharu sangat dengan pemberian itu, saya ucapkan terima kasih.

Saya bukan seorang pendidik, saya bukan seorang guru, saya bukan seorang cikgu dan saya bukan seorang ustazah. Tapi, saya mungkin seorang pendidik, guru, cikgu dan ustazah buat anak-anak saya. Jujur saya katakan, saya malu bila ada pelajar suami memanggil saya sebagai ustazah. Walaupun suami saya seorang ustaz, tak semestinya isterinya seorang ustazah. Gelaran ustazah terlalu tinggi bagi saya. Oh...tolonglah...jangan panggil saya ustazah. Saya tak layak untuk gelaran itu.

Bagi saya, ustazah punyai peribadi yang sangat tinggi dan mulia. Ustazah mengajar dan mendidik ilmu akhirat, mengajar pelajarnya berakhlak mulia, mendokong sunnatullah dan mengamalkan setiap sunnah Rasul. Saya masih belum sampai tahap itu lagi. Banyak sangat kekurangan diri yang perlu diperbaiki.

Kenapa panggil saya ustazah? Mungkin saya sering menggantikan suami mengajar pelajarnya mengaji bila suami tiada di rumah. Saya memang melarang keras pelajar2 suami memanggil saya ustazah. Tapi, masih ada yang panggil. Malu rasanya..... Saya lebih selesa bila mereka memanggil saya "cik Fiza", atau "umi Fiza". Tapi, hanya segelintir saja yang memanggil begitu.

Saya harap, saya boleh perbaiki diri menjadi seorang seperti ustazah, gelaran yang pada mata saya sangat tinggi dan mulia.

Kerongsang tudung yang dihadiahkan oleh pelajar suami kepada saya. Terima kasih Raudhah! Jangan panggil saya ustazah lagi yer.....

11 comments:

  1. takpelah...satu penghargaan tu..
    akak ni hah kdg2 org panggil cikgu..lagilah tak bersangkut paut..hehehe

    ReplyDelete
  2. menariknya kerongsang tu..
    fiza, gelaran tu sangat bermakna...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. btul tu.satu penghargaan =)
    terharu bila ada yang sudi anggap kita gurunye. wpun kita hy isteri kepada gurunye. hehe.dapat hadiah lak tu. =)

    Cantik keronsangnye..

    ReplyDelete
  5. wah..terharukan..sgt besar makna tu kak..

    hehe..alahai..biar jelah depa panggil..mcm sweet je bunyinye..ustazah fiza :)

    ReplyDelete
  6. betul tu kak panggil ustazah tu mcm satu penghargaan..
    ;)

    ReplyDelete
  7. kak ieda, ayu, ashra, sha, lady,
    memang panggilan tu satu penghargaan. tapi malu sangat la..sebab penampilan kita tak mcm ustazah. tah hapa2 tah penampilan kita ni. malu sgt kalau nak dibandingkan dengan ustazah yg sepatutnya. ustazah fiza yer....hehehe. haah,kan ...mcm sweet jer..huhu.

    ReplyDelete
  8. xpelah...satu motivasi tu kan :)

    ReplyDelete
  9. Salam caiyang salam ziarah...


    cantikkkkk......brooch tu. Tahniah.

    ReplyDelete
  10. budak² tu hargai Kak Fiza tu yang pggl akak ustazah tu...cantik kerongsang :-)

    ReplyDelete
  11. panggilan itu umpama doa.

    smg doa itu menjadi kenyataan,

    amin.

    seronoknya jika dpt menjadi penyebab hidayah Allah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....