Monday, May 17, 2010

Ziarah embah dan birthday abang

Ok, tadi dah buat ucapan sempena hari guru. Sekarang, seronok ingin berkongsi cerita mengenai aktiviti keluarga di hujung minggu. Sabtu lepas, kami sekeluarga pulang ke kampung. Oh...terlalu merindui kampung halaman. Sudah terlalu lama tak pulang kerana Sofie pun baru selesai menjalani pembedahan. Jadi, kami perlu beri peluang untuk Sofie betul2 sihat, baru boleh berjalan jauh... (huh! jauh sangat la tu..., Sabak je pun. huhu...!)

Bertolak tengahari Sabtu, seusai solat zuhur. Agak lewat perjalanan kami kerana cik suami saya bersekolah pagi Sabtu itu. Dalam perjalanan, kelihatan cik suami menguap sepanjang jalan. Aduh...kesian sungguh dia. Kepenatan bergotong royong di sekolah pagi itu. Tanpa rehat, dan meneruskan perjalanan ke Sabak Bernam. Akhirnya, terpaksa berhenti di Petronas Tanjung Karang, bagi peluang cik suami melelapkan mata sekejap. Anak2 lain semua dah lena diulit mimpi dalam kereta. Cuma saya dan Sofie menanti mereka semua jaga untuk meneruskan perjalanan ke kampung.

Sampai Sabak Bernam agak lewat. Menyinggah rumah seorang teman yang mengirim barang buat ibu di kampung. Mula-mula agak susah mencari rumah MIL teman ini, rupanya oh...tidaklah sesusah mana. Saya je yang masih terkial2 dengan jalan di parit2 itu. Rumahnya terletak di Parit 2 Timur, Sungai Besar. ( kak sue, fiza dah sampaikan hajat kak sue. hehe...jgn risau yer...)

Pagi ahad, saya melawat embah lanang (datuk) saya yang sedang sakit. Serius, sepanjang embah saya sakit, inilah pertama kali saya datang menjenguk dan menziarahi dia. Maafkan kami yer.... kerana apa? Kerana embah saya ditimpa kemalangan sama waktu Sofie berada di IJN. Keadaan embah saya sangat kritikal dan terpaksa dibedah kepala untuk dibuang darah beku yang terkumpul di kepala. Akibatnya, sekarang, embah saya lumpuh separuh badan, leher dan perut terpaksa di tebuk. Sangat menyedihkan bila kaki saya melangkah masuk dalam rumah embah.

Bila saya mencium tangan embah, dia kenal saya. Tentu saja dia ingat pada saya. Saya cucu sulung dia. Dia genggam kuat tangan saya. Tangannya terpaksa di ikat kerana dia aktif ingin membuka tiub yang ada dibadannya. Agak meronta menggenggam kuat tangan suami saya minta dibukakan ikatan pada tangannya. Keadaannya sangat menyedihkan. Sedih sebab embah tak boleh bercakap. Umpama kanak-kanak dah gayanya. Semoga Allah sembuhkan embah dan kembalikan embah seperti duu. Dan semoga embah cepat sembuh. Semoga embah wedok (nenek) saya tabah dan kuat...... Fiza akan balik kampung lagi ziarah embah, insya-Allah!

Ahad semalam juga, sebenarnya hari ulangtahun suami saya yang ke-32. Makin muda remaja cik suami saya tu. Happy birthday, laling. Hehehe....hadiah dari saya? Oh, serius! Tiada hadiah istimewa dari saya. Rahsia la,kan...Hehehe.... Tapi saya membelikan sebiji kek buat kekanda saya tu. Saja meriahkan memotong kek bersama anak2 tersayang. MIL saya masakkan bakso buat santapan keluarga.

Suami saya dilahirkan pada 16 Mei. Dia memang dilahirkan untuk menjadi seorang guru. Selamat hari guru buat suami tersayang. Semoga Allah panjangkan umur abang, dimurahkan rezeki, menjadi anak, bapa dan suami soleh yang mampu membimbing keluarga hingga ke syurga, insya-Allah. Terima kasih atas kasih sayang yang diberi selama ini. Semoga kasih sayang ini terus berkekalan hingga akhir hayat.

Kek birthday suami saya. Kek coklat moist.....

10 comments:

  1. emm,rahsia ye hadiah? ala,nak tau gak.keke. (keypohchi)..

    ReplyDelete
  2. fiza,
    sedapnya kek besday tu....feveret ayu tu..hehe.. suami fiza cikgu ye.. wahhh..dapat berganda la hadiah ye..hadiah hari guru n hadiah besday sekali ye..^_^

    ReplyDelete
  3. ashra,
    rahsia la...mana boleh bgtau!hehe...

    **************************************************************************
    ayu,
    mmg sedap kek tu ayu. lagi la mak fiza yg buat sendiri.order jer...

    ReplyDelete
  4. Fiza, terima kasih ye bersusah payah menghantar barang tu. Jasamu dikenang.

    ReplyDelete
  5. nampaknye,samala kita..suami sy pun cikgu..

    ReplyDelete
  6. salam Fiza
    embah lanang dan embah wedok akak dah takde.

    ReplyDelete
  7. kak sue,
    oh...tak apa2 kak...sekali jalan pun.

    **********************************************************************
    atun,
    cikgu juga suami atun yer...
    kita pula surirumah,kan?
    samalah kita....akak menang kat anak je. hehehe...

    **********************************************************************
    kak ummu,
    oh yer ke kak?
    tak pe...semoga mereka berbahagia di sana. kedua2 embah fiza masih panjang umur...rindu sgt pada mereka sbnrnya.

    ReplyDelete
  8. semoga panjang umur, murah rezeki, dan diberkati Allah sentiasa..
    :)

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Lahir & Selamat Hari Guru kpd suami Kak Fiza

    dan semoga embah Kak Fiza cepat sembuh :-)

    ReplyDelete
  10. fiza,
    belum pernah lagi guna perkataan 'embah' semenjak masuk keluarga jawa ni.. hehe..
    semoga embah lanang fiza sembuh.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....