Tuesday, August 31, 2010

Bakso untuk Ramadhan ke-20

Assalamualaikum semua....
Ambil kesempatan sekejap sementara menunggu masuknya waktu Subuh, baru lepas sahur ni. Suami dan Ikhwan dah ke surau. Malam tadi sudah malam ke-21,kan? Sepatutnya, malam tadi bermulalah pencarian Lailatul Qadar buat kita semua. Saya bangun juga, tapi...... sekadar membancuh susu Sofie. Niat dah sebelum tido malam tadi nak bangun malam, menyerahkan diri pada Yang Maha Esa. Tiba-tiba sakit perut macam tak boleh nak bangun. Saya ni ada problem sikit dengan perut. Huhuhu...sedih jer. Suami saya pun malam tadi berniat nak beriktikaf di surau. Dia pun tak terbangun. Adeh....... Korang mesti bangunkan, buat Qiyamullail....

Ok, actually, saya nak publish pos benda alah ni malam tadi. Tapi tak sempat la pulak, sebab sudah tertidur awal. Maghrib semalam saya berbuka dengan bakso. Home-made,ok! Tak beli....beli bahan je. :-) Saya pun dah janji kat entry ni nak share resepi bakso kalau saya buat bakso,kan? Haaaa...semalam saya dah buat. Saya akan tunaikan janji saya. Lagipun resepi asal bakso ni saya ambil dari sini. Sangat best dan superb, ok!
Kalau yang rajin boleh terus ke web situ ye. Kalau nak ikut resepi yang saya buat pun ok je..... Meh kita tengok resepi bakso ni macam mana.... Sebelum tu, tayang gambar dulu, bagi korang terliur. Eh, tak baiknya la Fiza. Bulan posa.....

Gambar kiri- bebola daging. Rasanya memang sedap dan enak. Selama ni dok membeli yang ready made punya, alahai....punyalah kenyal sebab banyak tepung. Bila buat sendiri, rasanya jauh beza dengan yang kita beli.
Gambar kanan- Bakso siap untuk dimakan

Bahan-bahan

Mee kering Cintan - 4 keping - direbus (resepi asal guna Mee hoon)
Taugeh - dicelur
Sawi - dicelur
*resepi asal tak guna sawi, dia guna kobis yang dihiris nipis
Limau kasturi - sebagai penambah perasa

Untuk Bebola Daging
Untuk menghasilkan bakso yang superb, bebola daging WAJIB ada ye.
400gm daging cincang (saya guna Pak Mely punya. Jenama Ramly la)
*2 biji bawang merah
*2 biji bawang putihuk.
(Resepi asal diracik halus sahaja. Tapi saya suka tumbuk)
1 biji telur
1 sudu kecil tepung ubi (tiada tepung ubi, boleh guna tepung jagung)

Untuk Kuah Bakso
3 biji bawang merah dihiris
*3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1 sudu kecil lada putih
(bahan yang bertanda * ditumbuk halus)
1 batang serai - diketuk
1 ketul kiub ayam
sedikit serbuk lada sulah
garam dan perasa

Cili Kicap
Cili padi - dicelur dengan air panas
Sedikit gula
Cuka
Kicap

Cara Membuat
Untuk kuah
1. Tumis bawang merah yang dihiris sehingga kekuningan, dan masukkan bahan yang ditumbuk (3 bahan yang bertanda *), tumis hingga garing dan naik bau yang enak. Masukan serai.
2. Kemudian masukan air. Masukan juga kiub ayam, serbuk lada sulah, garam serta perasa. Sementara menunggu sup tu mendidih, boleh buat bebola.

Untuk Bebola
Gaulkan semua bahan untuk bebola daging tu dalam mangkuk, kemudian bentukan ia seperti bola mengikut saiz yang kita mahu. Bila air sup tadi sedikit mendidih, terus masukan bebola dalam sup. Bebola yang sudah masak aka timbul dipermukaan sup. Angkat bebola, dan asingkan dalam mangkuk lain. Jangan terlalu lama bebola dalam sup yang mendidih kerana ia akan keras.

Untuk Cili
1.Tumbuk cili padi yang telah di celur bersama sedikit gula
2.Tambah kicap dan sedikit cuka dalam cili tersebut

Cara Menghidang
Letak mee yang telah direbus, letak togeh, sawi dan bebola daging. Kemudian tuang kuah. Hiaskan dengan sedikit daun sup dan daun bawang serta bawang goreng. Perahkan dengan limau kasturi dan sedikit kicap. Siap untuk dimakan.......

Ok, saya juga nak tayang apa yang saya makan semalam. Bakwan jagung recycle. Heheheh....Ni cik suami saya yang masak. Memang sedap. Cara masak sama dengan kita masak mee goreng biasa, cuma tukarkan mee dengan bakwan jagung.

Bakwan Jagung Goreng

Sebelum tutup entry ini, saya mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua. Daha 35 tahun negara kita merdeka yer. Dan selamat meneruskan ibadah di bulan penuh mulia ini. Marilah kita sama2 mengejar Lailatul Qadar...... Semog Allah merahmati kita semua, Amin!

Monday, August 30, 2010

Eh, Merdeka ke? Baru nak sahut kempen.

Saya mahu menyahut seruan sahabat2 blogger, Kempen 1 Blog 1 Bendera. Baru nak letak bendera kat blog. Blog lain semua dah sahut kempen ni. Teruk betul,kan?

Eh esok ke 31 Ogos....?  Saya ni, sangat2 tak perasan, esok merupakan hari kebangsaan negara kita. Dah la kat rumah tak ada TV, jadi kehangatan kemerdekaan tu memang tak terasa langsung. Nak-nak pulak bulan Ramadhan, jadi Ramadhan lebih diutamakan. 

Demi negaraku terchenta, saya buat satu entry khas untuk mengucapkan "Selamat Hari Merdeka" kepada semua blogger. Tengoklah gambar bawah tu, saya dah tepek satu bendera kat blog ni tau. Korang jangan marah tau. Saya lambat menyahut seruan.......


Semoga rakyat negara kita sentiasa dilindungi Allah. Harap2nya malam 31 Ogos, (eh, malam ni la) tiada la pesta2 yang melalaikan, tiada konsert2 yang tidak memberi faedah dan tiadalah remaja muda mudi lupa diri.... Kebetulan jatuh pada bulan Ramadhan. Diharap bulan Ramadhan ini janganlah dicemari dengan perkara2 yang tidak berfaedah dan boleh mendatangkan kemurkaan Allah. TAKBIR!!!!!!!! ALLAHU AKBAR!!!!!!!

Sunday, August 29, 2010

Cerita Sofie bersama begedil daging

Hai semua...Assalamualaikum.....
Cepat je masa habis 3 hari bercuti. Ramadhan pun hampir meninggalkan kita. Rasa sedih pula.... Korang dah khatam Quran? Saya belum lagi. Sempat ke tidak saya khatam Quran Ramadhan ini? Sibuk dengan aktiviti lain, terasa sedikit ketinggalan berbanding orang lain. Namun, saya cuba sedaya mungkin untuk menghabiskan membaca satu al-Quran pada Ramadhan kali ini. Sedang berlumba dengan cik suami ni....hehehe. Setakat ni, saya extra satu juzu`. Ala...bila2 masa je dia boleh potong saya. 

Terasa ingin mencoretkan sesuatu di blog ini. Saya rasa tak seronok kalau biarkan blog saya tak ber'update' walaupun sehari. Elleh...macamlah ada yang nak baca cerita si Fiza tu. Kalau saya tiada di rumah, mungkin blog ini akan sunyilah seketika. Tapi, selagi saya berada di rumah, saya cuba sedaya mungkin mencari masa untuk update blog ini.

Ok, Sofie saya dah hampir pulih dari demam. Sian dia tau! Dah lama sangat tak demam, tiba2 Ramadhan ni pulak dia demam. Sejak Sofie dibedah beberapa bulan lepas, Sofie memang dah lama tak demam. Kalau tak hampir setiap bulan kena tahan wad sebab demam, batuk, selsema, jangkitan paru2. Alhamdulillah, demam kali ini sangat2 singkat. Tak melarat. Ada flu sikit la, tapi tak teruk. 

Melayan karenah Sofie demam....aduhai....sabar saje la. Saja saya ingin tayang segala riak wajah Sofie yang hampir2 pulih dari demam. Tengoklah kat bawah tu....Hehehe. Dengan mata sembapnya, muka tetap ceria melayan kamera untuk berposing.

Sofie yang ceria

Berbuka apa maghrib tadi? Saya berbuka simple2 je. Tadi ada bakwan jagung, tauhu goreng sikit dan begedil daging. Tu ha dia....begedil daging yang saya dan suami buat. (sila lihat gambar bawah ye) Sangat sedap tau korang. Plan asal nak buat bakso, makan dengan begedil daging tu. Tiba2 macam tak cukup bahan, tu yang tukar plan buat bakwan jagung. Sebenarnya, bakwan jagung tu cekodok jagung je. Sedap.... sebab ada isi jagung dalam bancuhan tepung tu...... Airnya, minuman ABC Rock! Yea...yeah! Hehehe...(Macam Bandi Amuk pulak)

Tahukah korang minuman ABC Rock tu bagaimana? Minuman ni saya kenal masa belajar kat UM dulu. Kat bazar Ramadhan ada orang jual. Jadi, sebab minuman tu sangat sedap, buatlah sendiri di rumah. Sebenarnya saya sekadar mencampurkan air bandung dengan cincau, jagung manis, cendol dan kacang merah. Letak ais....mmmm, amat lazat diminum ketika sejuk. Saya tak ambil gambar pulak......

Begedil daging

Berkenan ke tengok begedil daging saya tu? Hehehe...mahu resepi? Ala....korang search je kat google, nanti macam2 versi resepi keluar. Cara saya senang je. Meh nak tunjuk sikit macam mana resepi membuatnya:

Kentang (direbus, toskan kemudian buang kulit dan tumbuk dengan lesung. Kalau nak ikut cara saya, mesti tumbuk dengan lesung,ok :-))
Daging - (sukahatilah korang nak guna daging macam mana pun. Daging cincang ke, daging burger ke, daging biasa ke. Tapi saya gunakan daging burger oblong. Power punya ye! Daging ni korang masak dulu, pastu cincangkan bagi halus.)
Daun sup dan daun bawang
Lada sulah
Serbuk daun basil (terpulang nak letak ke tidak. Saya letak sebab memang dah ada kat rumah.)
Sedikit garam

*Semua bahan kat atas tu korang gaul je hingga mesra. Pastu bentuk2kan menjadi bentuk bulat. Celup dalam telur dan gorengkan kekuning2an. Siap la untuk dihidang...... Lebih sedap dimakan bersama soto atau bakso. (Lain kali kalau saya buat bakso, saya sharekan resepi kat sini)

*Kuantiti bahan, aci taram je.....(Si Fiza ni memang tak boleh jadi pakar masakan ye, dan tak boleh nak terbitkan buku masakan sebab tak ada talent pun.)

Ok, cukuplah untuk entry kali ini. Hijaz dah menangis minta perhatian. Kena tidurkan dia ni. Kita jumpa lagi di lain entry..... Terima kasih ye korang sebab masih sudi baca bebelan si Fiza ni...:-)

Saturday, August 28, 2010

Sofie demam, Shopping raya Fasa 1

Sian Sofie, korang. Semalam, dari petang sampai ke malam Sofie meragam. Nangis je sepanjang hari. Badan dah panas, demam rupanya. Bila abang2 Sofie demam, dan mereka hampir pulih, Sofie pulak yang demam. Bertimpa2 ujian buat umi dan abi Sofie ni. Sofie sebolehnya nak berpeluk saja dengan umi atau abi. Kalau tak ada abi, pastilah umi yang Sofie cari. Kalau ada abi, memang umi akan minta abi yang layan Sofie.

Masa abiSofie ada di rumah, boleh la abi layan. AbiSofie banyak benda nak buat. Pergi kedai, pergi surau...malam pulak ada solat tarawikh, yang dah tentu abiSofie balik lambat. Lepas solat tarawikh, ada kuliah/tazkirah Ramadhan pula. Biasanya abiSofie akan balik dari surau dalam jam 11 malam. Agak letih juga umisofie nak melayan karenah Sofie. Belum lagi Hijaz di debab. 

Wah, kali ni Sofie demam nampak lebih 'matang' dari dulu. Sebabnya apa, dia sangat2 cemburu dengan si Hijaz. Bila umisofie ni menyusukan Hijaz, Sofie pun mula datang ke arah umisofie ni dan pukul2 Hijaz. Hijaz yang tak tahu apa2, mula sengeh2 kambing tengok kak chiknya begitu. Ada sedikit lucu kat situ, sebab Sofie pukul2 sambil nangis2 minta perhatian. Sian anak dara umi ni.....

Saya biasa menyusukan Hijaz dalam keadaan baring, dan Sofie akan berkepit juga dengan saya. Baru rasa, oh, beginilah kalau saya ada anak kembar agaknya. Sorang nak perhatian, sorang lagi akan cemburu inginkan perhatian ibu.....:-). 

Bila Sofie asyik meragam, terpaksa bawa masuk bilik, onkan aircond dan umpan dia dengan handset saya. Diamlah dia....sambil pasangakan lagu Sumayyah, dari Hijjaz.  :-)


Sofie hampit tertidur, seperti biasa bila anak2 demam, saya akan lumurkan kepala mereka dengan bunga raya. Alhamdulillah, selepas sekali makan ubat, dan sentiasa lumurkan kepala dengan lendiran bunga raya ini, Sofie sedikit lega. 

Ok, hari ini hari Sabtu. Kami pergi shopping pagi tadi. Shopping raya fasa pertama. Hehehe.... Siap ada fasa lagi,kan. Bukan apa, tak selesai lagi membeli belah baju anak2 ni. Korang bayangkan ye, nak shopping bawa anak2 yang 4 orang tu, dengan 2 orang kecil yang tidak boleh berjalan, tentu ibubapanya penat,kan? So, lain hari kita sambung shopping raya untuk fasa kedua pula ye....

Masa shopping tadi, Sofie dalam stroller, dan cik suami saya mendukung Hijaz guna baby wearing. Saya tolak stroller, dan tukang pilih baju dan seluar anak2. Hijaz tu pulak bukan betah duduk lama2 dalam baby wearing tu. Dah gelisah sana sini. Budak lelaki dua orang tu pun dah sibuk penat berjalan. Umi ni masih sibuk memilih itu ini. Maklumlah, bershopping setahun sekali.... sakan la sikit. Tapi, tak banyak beli pun. Yang perlu sahaja!
Ini baju anak2 yang sempat disambar masa shopping. Saja la nak tayang sikit.....Biasa2 je pun. Saya ni paling tak tahan tengok baju cute miut budak pompuan....rasa macam nak sambar banyak2 je tadi. Sabo je la.....

Ok, itu cerita umisofie untuk hari ini. Biasalah....hari Sabtu ni hari untuk tidak menghadap PC lama2. Sebab dok berebut dengan cik suami. Kihkihkih....masa weekday, saya yang menguasai PC, masa weekend ni, cik suamilah pulak. Maklumlah, PC ada satu je. Kenalah kongsi2..... Bang, nak laptop sebijik! Tak yah lah kita berebut lagi.....hehehe. :-) Huh! tak payah!!!!!!!! (Kuwang...kuwang....kuwang. Padan muka ko, Fiza) :-(

Friday, August 27, 2010

Penuhi permintaan tekak budak tak posa!

Buat pertama kalinya, dalam bulan Ramadhan tahun ini, saya memasak, bersilat di dapur pada waktu tengahari. Aduh...malu sungguh pada jiran2 kiri, kanan dan belakang. Eh, rumah belakang kosong la..... adeh! Malu seh...siap bertumbuk bawang bagai guna lesung batu. 

Ini semua gara2 memenuhi permintaan tekak budak tak puasa. Budak baru nak baik demam, suhu badan pun orang kata masih dedo lagi....tekak pun macam nak makan sesuatu agaknya. Kebetulan nasi memang tak ada la, sebab saya dan suami terbangun lewat untuk bersahur pagi tadi. Bangun2 jam sudah menunjukan pukul 5.30 pagi. Di surau pun sudah mengaji....jadi, kami berdua hanya sempat minum oat sorang semug. So, tak masak nasi ler.....

Demi memenuhi permintaan budak berdua tu, saya masak jugaklah di waktu tengahari Ramadhan. Tebalkan muka, pekakkan telinga....maka, terdengarlah kelentang-kelentung sudip dengan kuali berlaga.... Malu umi, iwan, amniy...korang ni, memang saja je tau!


Benda ni la yang saya sibukkan di dapur pada tengahari Ramadhan.

Tapi, bila dah siap semuanya, Iwan masih tak berselera nak makan. Mulut pahit katanya. Amniy pun sama. Ish, saja je korang suruh umi bersilat kat dapur tadi...lastnya, makan sikit je.

Sofie pulak demam hari ni,korang.... Masalah besar betul kalau Sofie demam ni. Nantilah, saya buat entry pasal Sofie pulak ye. Tak boleh lama2 depan PC ni, Sofie minta perhatian lebih.

Thursday, August 26, 2010

Aktiviti Sofie

Saya tak tahu apa yang saya nak bebelkan dalam entry kali ini. Sepanjang Ramadhan ini, ujian demi ujian menimpa, tanda kasih sayang Allah pada kita. Mula-mula, Ikhwan demam, lepas tu Amniy pula demam. Hijaz pula dah mula berhingus, Sofie pun macam tu. Aduh...seksa rasanya. Tapi, kena sabar banyak2 ye Fiza. Allah sayang Fiza ni!

Ok, entry kali ni nak cerita pasal Sofie. Sofie amat gemar dengan aktivitinya. Kalau saya malas nak melayan Sofie, (eh, boleh ke malas layan Sofie) saya beri dia sebatang pensil dan sebuah buku. Selalu waktu pagi, lepas mandikan Sofie, beri dia minum susu, saya kena selesaikan segala kerja rumah. Jadi, saya akan umpan Sofie dengan pensil dan buku. Bagi dia leka. Kadang2 dengan permainan dia yang penuh sebakul tu.

Kalau tak dia sibuk nak keluar rumah sebab nak tolong saya jemur kain. Kalau dah pandai berjalan, tak mengapa juga, ni nanti bawa keluar laman, siap duduk kat simen, pastu dok munggahkan kain yang ada dalam bakul. Meh la semua...kita tengok gelagat Sofie saya tu yang kononnya tekun menulis....

"Sofie....Sofie....." dia langsung buat dek je bila umi panggil. Asyik sangat.

Sekali lagi umi memanggil, kali ni dari arah depan pula, "Sofie...Sofie..." Huh, buat nohe je dia...

Ok, lain kali ada aktiviti Sofie yg lain saya kongsikan. Saya sekarang sedang berusaha untuk merakam video Sofie sedang berjalan terkedek2 tau. Sekarang Sofie dah boleh melangkah...tapi, tak banyak langkah lah. Dapatlah dalam 3, 4 langkah, lepas tu jatuh. Dia akan bangun lagi....dan jalan....dan jatuh. Begitulah seterusnya, sampai dia penat. Kalau dia dah penat, dia akan mengesot pulak. Tunggu ye korang...kalau saya tak dapat jugak upload video melalui blog, mungkin saya terpaksa linkkan melalui facebook saya.

Wednesday, August 25, 2010

Sofie di Speech Therapy

Sofie ada appointment dengan Speech Therapy dengan ENT hari ni. Sofie pergi dengan abisofie je. Umisofie bercadang nak ikut sekali sebenarnya, tapi, memandangkan Ikhwan masih demam, dan malam tadi, Amniy pulak menyusul mengikut abang Ikhwan. Saya terpaksa batalkan niat. Biarkan Sofie pergi bersama abi sahaja. 

Niat saya nak ikut serta sebab nak tengok apa yang dibuat di sana. Apa yang Sofie belajar, macam mana mereka mengajar anak istimewa bercakap, maklumlah Sofie kan dah nak masuk 3 tahun. Mesti mereka ada cara tersendiri untuk mengajar anak2 istimewa ini bercakap. Tu yang saya nak sangat tahu tu. Tiba2, tak jadi pulak. Kecewa juga  pada mulanya, tapi, redha je la.... semuanya ada hikmah. Sian juga dengan anak2 lain.

Mereka pulang ke rumah bila azan Zuhur telah berkumandang. Abisofie ada merakam aksi2 Sofie ketika bertemu dengan juruterapi pertuturan itu. Saya pun tak tahu siapa namanya. Tapi, menurutnya, Sofie antara anak istimewa yang mudah diajar. Alhamdulillah. Sofie pun memang sudah faham apa yang kita cakapkan. Cuma dia tak boleh nak bercakap je. 

Mudah2an, Sofie mudah diajar bercakap...saya tak sabar sebenarnya mahu mendengar Sofie memanggil saya "umi", memanggil abinya "abi". Saya tak sabar mendengar dia berkata, "umi, nak susu", "umi, nak mandi", "umi....umi....abi...abi....".

Disebabkan hari ini ialah hari pertama Sofie bertemu dengan juruterapi itu, maka mereka hanya melihat sejauh mana kebolehan Sofie dalam sesuatu aktiviti. Jadi hari ini, aktivitinya hanya bermain sahaja. Hehehe, dia sgt suka,ok! Maklumlah, permainan itu tiada di rumah. 

Saya cuba upload video yang dirakam abisofie ketika Sofie sedang bermain. Tapi, sangat lambat dia nak proses. Saya kurang sabar....sejak petang tadi saya cuba, tapi belum berhasil. Jadi, sila2lah korang semua klik kat VIDEO ini ye. (Ke saya ni masih belum mahir?)

Ok, jumpa lagi di lain entry.....

Tuesday, August 24, 2010

Hadiah dari Blogger! Terima Kasih...

Saya baru je menjadi seorang blogger, blogger tegar tu, tidaklah. Berblog untuk mengisi masa lapang sebagai SAHM (stay-at-home-mom). Cerita di blog berkaitan kehidupan terutamanya anak2. Alhamdulillah, belum pun mencapai setahun usia blog ini, saya punya banyak kawan blogger yang sangat baik dan pemurah. 

Baru2 ini saya menerima hadiah dari seorang  kakak yang saya kenal melalui alam maya. Kak Laili namanya. Mula perkenalan di RH, kemudian FB, dan saling follow blog masing2. Sekarang kak Laili kita ni dah delete akaun FB dia. Hanya dia mengerti kenapa keadaan itu berlaku. Tapi, alhamdulillah, saya masih mengetahui bagaimana ingin berhubung dengan kak Laili sekiranya saya perlukan dia.  :-)

Berbalik kepada hadiah yang kak Laili beri, katanya saya merupakan pemberi komen terbanyak di blognya. Ye ke? Komen yang ntah hapa2 pun dapat hadiah juga. Seronok saya! Insya Allah, hadiah tersebut akan saya gunakan sebaik mungkin. Semoga Allah beri ganjaran pada kak Laili. Terima kasih kak Laili Jelita.

Ini hadiah yang saya maksudkan, senaskah Al-Quran berkulit warna emas. Rasm Uthmani lagi.
(Kak, Fiza dah rasmikan ia malam tadi... :-))

Ok, sebelum dapat hadiah Quran itu, sebenarnya saya telah mendapat hadiah juga dari seorang adik blogger. Sangat pemurah dia. Rina namanya. Rina menghadiahkan saya 3 helai shawl. Cantik! Jujur, saya tak pandai nak pakai shawl ni. Saya bukan pemakai shawl. Tapi, saya gunakan ia untuk meng'cover' Hijaz ketika menyusu di khalayak, atau di dalam kereta. Ada guna juga shawl ini. Boleh,kan Rina?

Shawl dari Rina

Tengoklah, Rina...Sofie sibuk nak menggayakan shawl yang Rina bagi. 
(Sory, akak lambat buat entry pasal ni.)

Saya ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada Kak Laili dan Rina, atas kesudian mereka menghadiahkan sesuatu buat kenangan, ia sebagai tanda ukhuwah kita. Semoga ukhuwah ini terus kekal selamanya.

Ok, saja nak cerita pasal berbuka pulak. Saya pening la korang...setiap kali masuk waktu petang, saya mesti jadi pening sebab memikirkan menu untuk berbuka. Ada pilihan banyak makanan pun kita jadi pening,kan? Kalau tak ada makanan...mmmm, macam mana la ye. Ish..ish...

Semalam menu berbuka saya simple sangat. Nasi goreng hati ayam bersama sosej, mee kari Adabi dan badak berendam. Semuanya home-made ok! Airnya, air blackcurrent Sunquick dan hot chocolate coffee.

Menu berbuka petang semalam

Tiba-tiba, siang ini saya jadi pening lagi memikirkan menu berbuka untuk petang nanti. Aduhai..... Dah la Ikhwan tak puasa, Ikhwan masih demam. Sian dia. Doakan Ikhwan cepat sihat ye. Melayan karenah Ikhwan, melayan Hijaz, Sofie, Amniy.....Penat betul badan ini. Ok, kita jumpa di lain entry yer. 

Monday, August 23, 2010

Dugaan Ramadhan

Banyak saya nak cerita....pasal Sofie, pasal Ikhwan.... Tapi, saya cerita pasal Ikhwan dulu la....

Saya bercita-cita, berazam dan berniat sejak dari bulan Rejab dan Syaaban lagi mahu melihat Ikhwan berpuasa penuh 30 hari pada Ramadhan tahun ini. Namun segalanya berubah bila minggu lepas Ikhwan melepaskan 1 hari berpuasa kerana tidak bersahur. Dan pada minggu ini, sudah 2 hari Ikhwan terlepas berpuasa kerana Ikhwan demam. Sedih juga hati saya kerana cita2 saya tidak kesampaian. Saya tak suka memaksa. Saya ni jenis memaksa ke? Kejam ke saya? Tak la.... Ikhwan sudah berumur 6 tahun, sudah sampai masanya saya melatih dia untuk tunaikan rukun Islam ini.

Kadang2 saya merasakan Ikhwan demam berpunca dari kekurangan nutrien dalam badan. Saya mula menyalahkan diri saya sendiri. Saya menyuruh dia berpuasa, menyebabkan dia kekeringan. Masa berbuka, Ikhwan tak banyak makan macam hari2 biasa. Semasa bersahur juga dia makan sikit sangat . Minum air pun sikit je. Sudah di suruh minum air banyak pun tak mahu. Jadi mungkin sebab itu dia demam dan batuk. Dan lagi satu, Ikhwan jenis lasak sikit. Walaupun berpuasa, waktu petang, sementara menunggu waktu berbuka, dia main bola kat luar dengan kawan2. Kadang2 waktu tengahari pun nak main bola kat laman rumah dengan Amniy. Uminya ni selalu bising suruh dia rehat. 

Tapi, kenapa saya menyalahkan diri sendiri. Niat saya mahu melatih dia. Melatih dia merasa kesusahan yang ditanggung oleh insan2 yang tak punya makanan dan minuman. Dia mengerti, walaupun letih melayan segala pertanyaan dia tentang puasa. Saya dan abi Ikhwan sering kali memberitahu Ikhwan ganjaran yang Allah berikan bagi orang sabar berpuasa. Selalunya, pertanyaan Ikhwan macam dia tak puas hati je kenapa kita kena berpuasa. Maklumlah...pertanyaan budak berumur 6 tahun yang ingin mengetahui segala macam. Abi Ikhwan rajin melayan. Saya pun kena rajin melayan sebab nak bagi semangat dan motivasi pada dia. Setakat ini, alhamdulillah, segala apa yang kita terangkan dia mengerti...... 

Saya amat berharap, Ikhwan cepat sembuh dan boleh sambung tunaikan rukun Islam ketiga ini. Insya Allah....


p/s: kalau ada masa, nanti saya cerita pasal Sofie pulak...dengki sungguh masa dengan saya...huhuhu. Terma kasih pada yang sudi membaca setiap post saya. :-)

Saturday, August 21, 2010

Cerita Ramadhan ke-11

Salam Ramadhan,
Tak sangka ye, dah 11 hari kita berpuasa. Cepat sungguh masa berlalu. Hari-hari kita berpuasa, mencari sebanyak mungkin pahala di bulan penuh mulia ini. Sesungguhnya, semakin hari semakin merasa seronok untuk melakukan ibadah. Semoga Allah terima ibadah kita semua.

Sabtu saya sekadar di rumah, bersama keluarga. Bermesra dengan suami dan anak-anak. Suami pula kebetulan memang free, jadi, menghabiskan masa bersama keluarga memberi makna yang lebih dalam kehidupan. Susah sebenarnya mencari masa yang betul2 berkualiti bersama keluarga. Jadi, masa yang ada telah digunakan sebaik mungkin.

Saya pun sebenarnya tak tahu nak update apa dalam entry kali ni. Nak cerita tentang apa lagi yer....Oh ye, nak cerita pasal Amniy. Hari ni, sungguh-sungguh tak sangka, Amniy berpuasa sampai pukul 6 petang. Syabasssss!!!!! Lagi pun dia puasa secara tak sengaja. Bila dah jam 6 petang, dia betul2 tak boleh tahan diri dah. Lagipun Amniy memang tak sahur. Saya sebenarnya dah larang dia dari berpuasa. Tapi, sebab tengok kawan sebelah rumah pun puasa, dan bermain bersama dari pagi sampai petang, dia jadi lupa pada susu, makanan dan minuman.

Tertungguh-tunggu juga saya, bilalah budak ni minta susu? Dari pagi, sejak bangun tidur langsung tak menyusu. Asyik bermain...maklumlah, abangnya pun bercuti. Apapun, saya sangat bangga dia dapat berpuasa sampai jam 6 petang hari ini. Tak tahulah esok bagaimana.... sama ada dia mahu berpuasa atau tidak. Tengok je la...

Meh tatap gambo budak yang berpuasa sampai jam 6 petang pada Ramadhan ke-11

Ok, itu je update malam ni. Sorry semua, hari ni saya tak sempat nak ziarah blog semua kawan2. Nanti saya cari waktu. Jangan risau,ok!

Friday, August 20, 2010

Kisah puasa anak

Salam Ramadhan ke 10.....
Sudah selesai berbuka puasa untuk hari ke-10 ini. Alhamdulillah, rezeki melimpah2 ke atas kita. Jangan lupa ye, mengucapkan syukur tanda terima kasih kita kepada Yang Maha Kaya, memberi kita rezeki tak putus2. Untuk buka puasa tadi, saya berbuka dengan sesuatu yang sangat2 saya gemari. Hehehe...amatlah seronok bila dapat benda tu.

Tengahari tadi, sewaktu suami berada di sekolah, saya sms cik suami saya. "Hari ni amatlah teringin nak berbuka nasi beriyani kambing." Si dia membalas, "bisa diatur!" Hehehe...berbunga hati saya. Dan untuk pertama kalinya kami membeli juadah berbuka tadi. Sangatlah lazat dan enak. Minuman untuk berbuka pula, cik suami buat air carrot susu (1 jug), air sirap pandan soda (1 botol) dan minuman hot chocolate coffee (1 jug). Untuk pengetahuan, semua jug yang dimaksudkan bersaiz kecil sahaja yer.... hehe. 

Nasi beriyani kambing
Gambar dari sini

Ok, itu cerita waktu berbuka saya... Yang nak ceritakan sekarang ialah cerita anak-anak lelaki saya, Ikhwan dan Amniy. Ikhwan, setakat hari ini, baru dapat berpuasa 9 hari penuh. Alhamdulillah! Walaupun tak cukup sehari dari orang lain, saya berbangga dengan dia kerana dia berusaha menahan diri dari lapar dan dahaga. Saya mula melatih dia untuk berpuasa sejak dia berusia 5 tahun. Tapi, semasa 5 tahun, dia tak puasa penuh pun. Cuma dapat 15 hari je. Itu pun saya dah cukup gembira dan seronok. Saya ada juga nak mula melatih dia pada usia 4 tahun. Tapi, masa tu dia terlalu kecil dan tak tahan. Kesian jugak nak paksa2 ni.

Saya perlu berhadapan dengan pelbagai karenah Ikhwan ketika siang hari. Saya cuba melayan segala kemahuan dia selain dari makan dan minum. Biasalah, bila tengahari pulang dari sekolah, pasti dengar rengekan dia..."umi, nak minum"....."umi, lapar"...aduhai, macam2 kehendak dia. Tapi saya cuba memujuk dia. Ajak dia masuk bilik mandi dan mandi supaya segar. Itulah yang selalu saya buat. Lepas mandi je, langsung tak dengar rengekan dia lagi. Saya akan benarkan dia melayari internet....melihat apa sahaja kartun yang dia nak lihat di internet, bermain apa sahaja game secara online. Dan, apa yang dia mainkan selalunya saya pantau. Alhamdulillah, dia pandai memilih bahan untuk ditonton. Saya sudah ajar dia mana yang boleh diklik, mana yang tak boleh. Selalunya, dia akan memilih untk menonton youtube nasyid dan doa kanak-kanak islam.

Untuk rekod, berat badan anak bujang saya yang sulong ni, dah turun sebanyak 5 kg tau dalam masa seminggu dia berpuasa. Saya ulangi.... 5 kg,ok! Sebelum berpuasa berat dia 35kg, selepas seminggu berpuasa turun jadi 30kg. Wah...wah...wah...kalaulah berat badan umi boleh turun macam tu, kompom, abi Ikhwan tak pandang orang lain. Eh, sekarang pun tak pandang sesapa la....hehe. Saje je nak timbul kontroversi,ok! :-)  :-)

Ini gaya seorang budak yang sedang berpuasa keletihan tidur di depan pintu rumah selepas bosan melayari internet. Aci letak kepala je kat mana2 yang dia suka....dan.....zzzzzzzz.

Kisah anak kedua saya, Amniy. Aduhai....budak sorang ni amat-amat menguji hati saya dan cik suami saya. Memang selalu sangat dia menguji kesabaran kami. Anak kedua kami ni lain sikit perangainya. Ada perangai dia tersendiri yang membuatkan saya hengen satu badan,ok!. Mungkin dia anak kedua....macam2 perangai, sehinggakan ada topik yang membincangkan tentang sindrom anak kedua ni. Huhuhu....saya berharap sikap dia  yang 'baik ' ini akan berubah menjadi betul2 anak yang soleh. 

Konon2 si Amniy nak berpuasalah kan. Tetiba jam 12 tengahari...."umi, nak susu. Nanti sambung puasa". Amboi...banyak cantik! Dah minum susu tu dikira tak puasa la nak oi! Setiap hari begitu. Setiap malam, sebelum tidur, dia ingatkan saya supaya kejutkan dia, nak bersahur. Kadang2 je dia bangun. Selalunya tak bangun pun. Sahur dia pukul 8 pagi,ok! Dan setiap malam sebelum tidur juga dia ikut saya dan abangnya membaca niat puasa. Niat puasa dah hafal tau! Cuma puasa je belum lepas lagi.

Minta minum susu dalam botol, terpaksa menyorok dari abang Iwan. Sian kalau abang Iwan tengok Amniy minum. Umi dah suruh minum dalam bilik, nak jugak menyempit tepi sofa.....

Amniy mula berpuasa mungkin umur 5 tahun nanti la.... Kesian jugak tengok dia berpuasa setengah hari. Terjelepuk je kat sofa. Muka pula masam mencuka, mulut tak renti-renti merengek minta susu. Letih gak la melayan.

Ok, itulah kisah anak2 saya berpuasa. Seronok sebenarnya bila kita berjaya melatih anak kita berpuasa dari kecil ni. Senang, bila dah besar nanti, tak perlu kita nak paksa2 mereka. Sendiri sudah mengerti tanggungjawab masing2. Lagipun mereka sudah belajar rukun Islam di sekolah, jadi praktik dalam diri tu lebih mudah.

Tunaikan permintaan tekak

Salam pagi Jumaat semua.... Pagi penuh barakah di bulan yang mulia....
Suasana ceria hari ini, Alhamdulillah, kita masih berpeluang menghirup udara segar, syukur Allah masih panjangkan umur kita untuk terus menjalankan ibadah di bulan Ramadhan ini.

Ok, pepagi ni nak buat satu entry yang bisa mengiurkan korang semua. Boleh gitu? Hehehe....tolong kawal diri,ok! Bukan apa, saya sangat teringin makan benda alah ni sejak malam tadi. Lepas berbuka tak teringin langsung sebab perut pun sudah kenyang makan bihun tomyam buatan cik suami. 

Tetiba, lepas saya tunaikan solat Isya` rasa teringin tu datang. Tapi, masa tu saya sudah berada di bilik bersama anak-anak. Disebabkan nak tidurkan anak dahulu, saya abaikan permintaan tekak saya ni dulu. Dan saya bangun pagi, jam sudah pun pukul 4 pagi. Bangun2 terus teringatkan permintaan tekak saya malam tadi. Hehehe...sungguh dahsyat tekak dak Fiza ni,ok!

Turun ke dapur, saya tanak nasi, panaskan tomyam malam tadi, panaskan air, goreng keropok dan membuat telur dadar. Melihat jam, owh...baru pukul 4.55pagi. Demi permintaan tekak saya malam tadi, saya buka peti sejuk dan mengeluarkan setiap apa yang saya inginkan. Gilerrrr...buang tebiat ke apa Fiza ni. Pepagi dah melantak benda alah ni?? Adeh!!!! 

Apa yang dak Fiza ni teringin sangat yer.....????????
:
:
:
:
:
:

Inilah bendanya.....apa dah!!! Kecoh sungguh! Aiskrim kek rupanya.... Uuuuiiiittt....mana tak kecohnya. Saya ni dah la peminat aiskrim, tetiba tahu pulak kat dalam peti ada benda alah tu. Perisa kopi radix pulak tu. Keluaran HPA, aiskrim halal tanpa gelatin. Kebetulan ada pulak swiss roll nenas..... Esoknya dah la kena puasa balik. Cuti dah habis,ok! Kalau tak ikut permintaan tekak ni, mau tak terliur tengahari nanti. Heheheh...nafsu sungguh,kan? 

Apapun, saya sudah pun tunaikan permintaan tekak saya jam 4.55 pagi tadi sebelum saya makan nasi. Hehehe..... kepada yang membaca entry ni pada waktu tengahari dan petang, sila ampunkan saya yer. Lain kali saya tak buat lagi.....ye ke?

Thursday, August 19, 2010

Bertemu ibu Nabila semasa bawa Sofie terapi.

Boleh tak tajuk tu pendekkan sikit? Aduhai, pemalas sungguh umisofie ni nak fikir tajuk terbaik. Layan je la...

(Sebelum baca sampai habis, lihat dulu gambar Sofie kat atas tu yer....hehehe. Saje je tepek gambar ni, sebab saya sangat2 suka dengan posing Sofie macam ni. Kot2 la ada yang rindukan Sofie, meh la tatap....kihkih)

Semalam tak sempat nak update blog ini. Alasan yang dah basi, bizi manjang.... entah hape tah yang dibizikan dgn dak Fiza ni,kan? Semalam, nak cerita la sikit,kan. Sofie ada terapi kat HSB. Ini merupakan terapi pertama Sofie selepas pembedahan. Sebelum ni dah 'arrange'kan appointment baru, tapi tak boleh nak pergi. Ada saja halangannya. Jadi, semalam petang, saya gagahkan juga untuk pergi. Sian Sofie sudah lebih 4 bulan tak bertemu juruterapi di HSB.

Agak malas sebenarnya, dah la bulan2 puasa ni. Cuaca semalam pulak sangat2 la panas. Cik suami pun balik dari sekolah agak awal, sempat terlelap sekejap. Tapi, demi anak gadisku terchenta, digagahkan jugak diri ini. Mujahadah melawan kemalasan juga ni....adeh! Tak pe, kita yakin dengan janji Allah, Dia pasti membalas setiap titik peluh yang kita gugurkan demi anak istimewa kita.

Sampai di HSB, saya bawa Sofie terus ke bilik terapi. Cik suami menjaga anak2 lain di kereta, sambil bawa anak2 pusing2. Saya sangat excited bila depan bilik terapi tu saya terserempak dengan seseorang yang saya rasa macam kenal. Permulaan dimulakan oleh dia, "eh, macam kenal je. Kak Fiza kan?" Saya pun menegur si dia, "Ina yer?" Kami berbalas senyuman dan saya datang kepadanya. Ina sedang mendukung anak istimewanya, si Nabila yang sangat comel dan cute. 

Sungguh! Saya sangat2 teruja berjumpa dangan Ina. Ina ni saya kenal hanya melalui alam maya, permulaan perkenalan di RH, kemudian bawa ke FB dan terus saya mem'follow' blog dia dan dia juga mem'follow blog saya. Meskipun mengetahui dia juga sering membawa Nabila ke Gedangsa menjalankan rawatan bersama Kak Raw, tapi, kami tak pernah ada rezeki untuk berjumpa. Tak sangka rezeki kami bertemu 4 mata petang semalam. Walaupun hanya pertemuan yang sangat2 singkat, saya rasa sangat seronok dan gembira. (Ina, ada rezeki bila2 kita jumpa lagi ye. Tak puas nak main2 dengan Nabila...:-)) Selepas berpisah saya masuk ke bilik terapi.....

Terapi Sofie bersama Puan Zuriyati, bukan bersama Puan Sally. Wah...Sofie sangat teruja ok. Sudah lama dia tak masuk bilik tu, tiba2 semalam dia masuk, senyum je memanjang. Macam2 ada tu.... ye la, benda yang tak ada kat rumah, ada kat situ. Mana tak terujanya.

Ok, keseluruhan, terapi semalam, Sofie banyak beri kerjasama. Maklumlah, selepas pembedahan Mac lepas, Sofie pun makin ligat dan aktif. Jadi, setiap apa yang juruterapi mahukan Sofie cuba tunaikan walaupun kadangkala ada sedikit hilang fokusnya. Sofie belajar berjalan, Sofie bermain bola, Sofie bermain puzzle....Sampai letih pulak umi Sofie nak melayan semua kehendak dia.

Yang pasti, saya juga berpuas hati denga terapi semalam. Puan Zuriyati juga berkata, Sofie sudah kuat. Cuma dia takut nak melangkah ke depan untuk berjalan tanpa berpaut pada mana-mana objek. Jadi, latihan harus ada.  Dia kata lagi, Sofie makin aktif, dan memberi respon pada setiap arahan kita. Mulut pun sangat bising dengan bahasa dia. Alhamdulillah, setiap perkembangan Sofie walaupun kecil dan sedikit, saya merasa amat bersyukur dan bangga. Hai, Sofie, cepat la jalan.....

p/s: Saya terlupa nak bawa kamera untuk merakamkan setiap aktiviti Sofie di terapi semalam. Ada juga beberapa aktiviti yang saya rakamkan di dalam handphone, tapi...malangnya, USB handphone saya tak boleh berfungsi pulak....huhuhu. Amatlah terkilan, ok!

Tuesday, August 17, 2010

Saje je saya nak bebel, boleh tak?

Sudah seminggu kita menyambut Ramadhan yang mulia. Rasa sangat2 gembira menempuh Ramadhan. Cuba jadikan Ramadhan ini sebagai Ramadhan terakhir kita, tapi dalam masa yang sama kita panjangkan doa semoga kita boleh bertemu Ramadhan akan datang. Mudah2an Allah perkenankan doa kita untuk bertemu Ramadhan akan datang bersama ahli keluarga kita. Amin....

Puasa anda bagaimana? Amalan di bulan penuh barakah ini bagaimana pula? Semoga semuanya baik-baik sahaja, dan semoga kita semua beroleh rahmat Allah berlipat kali ganda. Saya sendiri sudah masuk 3 hari tertinggal puasa. Uzur la katakan. Kadang2 rasa rugi, tapi semuanya Allah yang tentukan. Pahala yang kita peroleh bukan sahaja melalui bersolat, berpuasa dan membaca al-Quran. Malah segala amalan baik yang kita lakukan ikhlas kerana Allah Ta`ala, Allah akan beri ganjaran berlipat kali ganda. (Tapi, dapat ke saya kejar khatam al-Quran dalam bulan penuh rahmat ini? :-( )

Suami saya berpesan, wanita amat mudah masuk syurga selagi kita taatkan perintah Allah dan Rasul serta taat perintah suami. Jadi pada bulan Ramadhan ini, walaupun kita tidak berpuasa kerana uzur, kita masih boleh melakukan ibadah. Menyediakan juadah berbuka (tapi, juadah berbuka keluarga saya disediakan oleh suami terchenta. Bagaimana tu? :-)), menyediakan makanan sahur, melayan anak2, mengurus rumahtangga, dan banyak lagi. Tak semestinya ibadah2 khusus sahaja kita boleh peroleh pahala Allah. 

Menyusukan anak pun dikira ibadah tau kalau kita buat ikhlas Lillahita`ala..... seronok,kan? Menyusu anak sambil berbaring2 dengan anak, kita dah boleh dapat pahala Allah. :-) Apalagi sambil2 menyusu tu kita baca buku2 yang bermanfaat dan penuh ilmiah ke, atau mulut boleh berzikir sambil tidurkan anak.... (peringatan buat umisofie juga ni, sebab saya ni tiap kali menyusukan anak, sambil berbaring, mesti saya pun lena sekali...adeh!)

Budak tecik yang suka bergantung dengan umi, dan penaman saya ketika saya menyediakan sahur di pagi hari.... hehe.

Kadang2 waktu berpuasa ni, kita rasa sedikit malas dan tak bertenaga. Lebih penat melayan karenah anak. Penat tau! Lagi2 anak lelaki saya yang bongsu tu amat kuat menyusu. Asyik nak bergantung. Jadi, belum pun sampai tengahari perut dah berdondang sayang. Nak buat macam mana,kan? Kena harung dengan sabar. Di situlah juga letaknya kunci kesabaran kita sebagai ibu. Paling menguji kesabaran, bila tengah2 menyusukan si kecil, anak lain minta perhatian. Nak minta buatkan susulah, nak basuh montot sebab poo-poolah, kang belum masuk bab tersepit kat bawah meja tak boleh nak keluar, belum lagi si gadis kecil saya yang dah laju mengesot ke dapur menyelongkarkan tong sampah......kalau tak difikirkan sabar, mau menjerit juga saya ni tau. 

Satu hal lagi, bila menjelang tengahari, si abang sulong balik sekolah, merengek kata "umi, lapar la...." "umi, haus, nak minum." hari ni penat la, umi". Macam2 lagi gaya dia pujuk uminya ini minta kesian sebab nak buka puasa. Memang masa tu peranan kita untuk memujuk sangat2 perlu. Kalau tak kena gaya, mau goyah iman si anak. Anak sulong saya, Ikhwan, baru dapat berpuasa 6 hari. Masa di kampung, dia tak berpuasa sebab tak bersahur. Saja la tu, ambil kesempatan dengan nenek. Mengada sungguh! Tak tercapai cita-cita saya melihat dia berpuasa penuh 30 hari. Saya jadi cair hati bila nenek Ikhwan pun kesian tengok Ikhwan berpuasa..... Macam mana nak buat?

Ok lah....panjang pulak bebelan saya pada entry kali ini. Ini entry saja2, hilangkan boring, di waktu orang boleh bersolat tarawikh, saya menghadap PC meng'update' blog ini. Maklumlah...uzur! Hehehe....So, jangan boring dengan bebelan saya yer.... See u! Wassalam!

Monday, August 16, 2010

Hijaz nak balas dendam ke tu?

Ingat tak dulu, saya pernah ceritakan pasal aktiviti Sofie yang buat saya geram dan hangen satu badan? Boleh tengok sini. Perangai Sofie tu masih ada dan dia masih lagi buat masa adiknya, Hijaz sedang tidur dalam buaian.

Ok, kali ni pasal Hijaz pulak....hahahaha. Saya nak gelak dulu. Lucu sebenarnya melihat aksi mereka ni. Hijaz sekarang sudah pandai mengacau kak chiknya tidur dalam buaian. Kan Sofie dah kena balik dengan Hijaz. Ingat Sofie sorang je boleh kacau Hijaz, sekarang.... Hijaz sudah pandai membalas dendam. Hehehe...

Bila nampak saya ni masukkan kak chik dalam buaian, dan saya biarkan buai tu beroperasi sendiri, maka Hijaz pun akan merangkak bagai kura-kura menuju ke arah buaian. Hijaz akan berdiri dan kononnya nak tolong buaikan kak chiknya. Aduhai... anak-anak umi ni. Masa ni selalunya kak chik tak jadi tidur. Dia mesti main dengan Hijaz. 

Hijaz nak tolong umi buaikan kak chik yer....tengok tu, siap menjeling manja lagi. Buat umi geram jer.... nak kena geget ni.....

Budak2 begitula,kan? Macam2 perangai yang buatkan kita geram dan gembira.... Hehehe..... (Saje je buat entry ni sebab terhibur dengan gelagat Hijaz tu)

Berbuka puasa di kampung, terapi Sofie....

Salam Ramadhan semua.
Umisofie kembali bercerita, baru malam tadi pulang dari  kampung. Jadi sedikit lewat update blog ini. Penat sangat hari ni tau...basuh kain yang amat banyak. Maklum saja, pulang ke kampung, kain berlonggok. Jadi hari Isnin ialah hari selesaikan semua kain kotor dari kampung. 

Sedia maklum, saya dan keluarga pulang ke kampung untuk berbuka puasa bersama orang tua. Asalnya niat di hati ingin batalkan rancangan minggu ini, tapi kesian dengan  pulak dengan PIL yang berbuka berdua saja di hujung minggu. Anak2 yang lain semua punya urusan masing2, jadi kami korbankan sedikit masa untuk berbuka bersama PIL dan umi saya juga. Puas hati bila dapat berbuka bersama kedua2 belah keluarga. PIL gembira, keluarga saya juga gembira.

Ini 2 orang budak yang tak berpuasa. Tengah2 hari, budak berdua ni disajikan dengan biskut oleh nenek mereka. Sangat asyik mereka makan biskut, sesukahati sungguh mereka itu yer...makan biskut di depan orang berpuasa. Nak kena babab anak2 umi ni....hehehe.

Ok, hari ahad, pagi, seperti biasa aktiviti saya membawa Sofie ke Gedangsa untuk berjumpa dengan Kak Raw. Sebenarnya dah 3 minggu saya tak bawa Sofie jumpa Kak Raw, sebabnya, masa minggu pertama tu, ibu Kak Raw baru je meninggal dunia. Jadi minggu tu Kak Raw tak buat rawatan. 

Minggu kedua dan ketiganya pula, road tax kereta kami mati. Di sebabkan kereta kami yang cantik itu terlibat dengan saman ekor, road tax kereta tak boleh dihidupkan selagi saman tak dilangsaikan. Aduhai...2 saman ekor berjumlah RM600....banyak woooo. !!!! Rasa rugi je bagi duit banyak tu kat bapak polisi. Lagi pun nak guna duit untuk raya nanti. Walaupun kabinet dah tarik balik saman ekor ni sehingga Februari 2011, tapi, sistem online JPJ masih belum berfungsi untuk menghidupkan road tax kereta kami.

Sebenarnya, inilah sebab kenapa saya batalkan niat untuk pulang ke kampung pada mulanya, tapi, kami terpaksa putuskan untuk pulang juga. Kami tawakal `alallah. Niat di hati, pulang ke kampung untuk ziarah ibubapa. Semoga Allah selamatkan perjalanan kami. Alhamdulillah, perjalanan kami selamat tanpa berjumpa dengan bapak polisi. Bukan takut dengan bapak polisi tu, cuma kami tak mahu bertambah wang untuk dilabur kepada bapak polisi. Tiada gunanya. Lebih baik wang itu digunakan pada perkara yang lebih banyak manfaatnya... :-)

Berbalik kepada cerita hari Ahad semalam, kami ke Gedangsa dari Sabak Bernam. 2 anak lelaki, kami tinggalkan di kampung, sebab selepas selesai tugas di Gedangsa, kami pulang kembali ke Sabak Bernam. Malam  tu saya nak berbuka dengan umi saya pula. Malam sebelum tu, dah berbuka dengan PIL. Jadi, adillah,kan? Hehehe... Untung tau satu kampung dengan suami ni. Tak yah gadoh nak balik berbuka atau raya... hehehe. Alhamdulillah, rezeki saya la kan? :-)

Sofie lepas diterapi oleh Kak Raw. Baik sangat dia kali ni tau! Sangat baik. Masa Kak Raw urut Sofie, Sofie diam je. Tak menangis pun macam biasa. Tengoklah, masa tengah berdirikan kat alat tu pun dia diam je....
Dan kami pulang ke Rawang malam tadi, selepas berbuka dan solat Maghrib di rumah umi saya...... Itu saja aktiviti keluarga kami minggu ini. Kita jumpa di lain entry yer.... Daaaa...

Friday, August 13, 2010

Sofie pandai berdiri, pandai menyakat adik

Sofie sekarang punya banyak perkembangan. Walau tutur bicaranya masih saya tak faham langsung, tapi,  saya masih boleh berkomunikasi dengan Sofie si cantik manis saya tu.  :)  Sofie juga sekarang sudah boleh berdiri tanpa sokongan. Kalau dulu, Sofie berdiri mesti nak berpaut pada sesuatu, sama ada berpaut dengan kita atau sofa. Tapi, sekarang Sofie sudah pandai berdiri sendiri, dengan usaha dia sendiri. Mula2 Sofie berdiri, saya sendiri terkejut. Menjerit saya dibuatnya. Gembira dengan perkembangan kecil ini.

Walaupun berdirinya masih belum seimbang, dari sehari ke sehari, Sofie akan cuba perbaiki. Tapi, satu masalah Sofie, kaki Sofie agak kekok....bila saya bezakan cara Hijaz berdiri dengan Sofie berdiri, memang jelas Sofie punya keistimewaan yang Hijaz tiada. Kedua-dua kaki Sofie nampak sedikit tidak stabil, dan mudah jatuh. Cuba kalian lihat gambar sebelah kanan, kaki Sofie sedikit terkepak,kan? Itulah salah satu punca kenapa Sofie belum boleh jalan. Kalau saya tatih dia, dia mampu ikut, tapi agak terkedek2. Kesian juga. Seolah2 saya memaksa Sofie untuk berjalan pula. Dan kadang2 dia merengek mahu diberhentikan.


g.Usaha Sofie nak berdiri (gambar kiri) dan Sofie dah berjaya berdiri (gambar kanan) sambil tangannya memegang pedang kertas buatan abang

Mulut Sofie jangan kata la...walaupun tutur bicara belum jelas, dia mampu dah untuk berkata "nnak" dan "nanak" sambil gelengkan kepala. Kalau saya bertanyakan sesuatu, contohnya, "Sofie nak makan?" Nanti dia jawab, "nnak!" sambil anggukan kepalanya. Kalau saya mengajak Sofie mandi, "Sofie, jom kita mandi." Nanti serta merta dia cuba nak buka baju yang dia pakai. Nak buka seluar.... clever la anak umi ni. Hehhehe...lucu tau aksi dia tu. Buat saya tersenyum sendiri. Maknanya, Sofie faham benar apa yang kita sampaikan pada dia.

Satu lagi hal Sofie, perangai baru, nak kata baru, tak la baru sangat pun. Tapi perangai yang satu ni selalu buat saya hangen satu badan yer.... Sofie amat suka mengetuk kepala Hijaz dengan objek yang dia jumpa. Permainan ke, bedak ke, sikat ke, atau apa2 saja yang dia jumpa. Mungkin masa ni mood dia kureng sikit.... jadi, Hijaz akan menjadi mangsa Sofie. Dan saya akan cakap dengan Sofie, "Sofie, tak nak buat adik macam tu. Umi babab nanti". Nak tahu tindakan Sofie, dia akan babab diri sendiri. Cute sangat!

Gambar2 Sofie cari pasal dengan Hijaz. Ngeh....ngeh....Hijaz menangis dikerjakan dek Sofie. Sian Hijaz. Hijaz kata, "nanti Ijaz dah besar, kak chik tak boleh dah buat Ijaz cam ni." Hehehe.....


Ok, cukup dulu untuk kali ini. Selamat berpuasa dan berhujung minggu. Kalau saya tak update blog ini dalam hujung minggu ini, bermakna saya pulang ke kampung untuk berbuka puasa bersama keluarga. Daaaaa.....

Thursday, August 12, 2010

Pengunjung...maafkan saya

Dah hari kedua Ramadhan. Saya tak banyak cerita untuk dikongsikan. Pertamanya, nak ucap maaf banyak2 pada semua pengunjung blog saya ini. Saya sememangnya tak sempat untuk ber'blogwalking' sekarang ini. Banyak masa saya dihabiskan menguruskan keluarga, di samping menggunakan kelebihan yang ada dalam bulan Ramadhan. Saya tak mahu sia2kan bulan Ramadhan kali ini. Rugi rasanya....

Setiap hari, saya dapati pengunjung blog saya semakin bertambah. Untuk minggu ini saja saya dapati ada 529 pengunjung. Terima kasih tak terhingga buat anda semua. Insya Allah, saya cuba cari masa untuk berbalas kunjungan anda semua. Ada sebahagian saya sudah balas, tapi ada sebahagian terpaksa saya tangguhkan dahulu demi komitmen yang lebih penting. Maafkan saya....

Analitik daripada Nuffnang

Semoga ukhuwah terjalin lebih mesra. Kita saling sokong menyokong antara kita. Saya tak lupakan jasa baik kalian, insya Allah saya akan berbalas kunjungan.... Selamat Berpuasa!

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan tanpa TV :)

Salam 1 Ramadhan 1431H..... Sudah bermula Ramadhan hari ini. Sangat pantas masa berlalu. Ramadhan tahun lepas, saya sedang sarat mengandungkan Hijaz Muhammad, tup...tup..., Ramadhan tahun ini saya punyai 4 orang anak, Hijaz pun sudah 10 bulan. Alhamdulillah. Rezeki Allah masih ada buat keluarga kami.

Ramadhan kami sekeluarga tahun ini tanpa TV. Erk...TV? Penting sangat ke TV dalam kehidupan? Penting juga sebenanrnya. Banyak pengetahuan yang boleh kita perolehi dari TV. Sudah hampir 3 bulan rumah kami tanpa TV. Huhuhuuhuhu......amatlah bosan! Hidup dari kecik sampai la ke besar TV sentiasa ada. Tiba2 tahun ini kami tak berTV. Sebabnya, TV kami yang besar dabak berbentuk kotak tu dah rosak. Dah hantar 2 kedai, tapi mereka tak mampu nak betulkan TV kami. Alasan yang sama kedua-dua kedai, "spare part TV ni dah tak de sekarang". Akhirnya, kami terpaksa akur yang TV kami tu sudah ketinggalan zaman. Zaman sekarang orang pakai TV nipis2 tu la...mana ada lagi TV berbentuk kotak tu. Tengokla nanti, kiranya ada rezeki, akan kami sambar sebijik TV nipis..... :)

Bila dah tiba Ramadhan ni, hidup tanpa TV terpaksa kami teruskan.... Macamla bila tak ada TV Ramadhan tak boleh nak teruskan.  Ikhwan dah bising... "umi, macam mana nak buka puasa. TV tak ada." Adeh anak aku itu....macam la kita ni nak berbuka dengan TV. Sebab dia cakap macam tu, petunjuk dia waktu berbuka hampir tiba ialah iklan2 berbuka kat TV. Kalau ada iklan Celcom ke, iklan air2 yang mengiurkan ke, atau ada pengumuman masuknya berbuka puasa, itulah saat yang dia tunggu2kan. Jadi, buat anak umi, Ikhwan....tahun ini, petunjuk berbuka puasa kita ialah azan di surau. Faham!

Untuk akhir kata hari ini, saja saya papar gambar2 Ikhwan ketikan bersahur pagi tadi. Gambar pertama tu, muncung je dia sebab kejut dia bangun tido. Biasa la moody bangun tido ni. Kita masa kecik2 dulu pun cam tu jugak, ye tak? Hehehe..... Hari ni Ikhwan bersahur makan roti sandwich telur je. Itu permintaan dia. Tak mahu makan nasi. Tengoklah, berselera sungguh dia makan roti tu,kan.... selamat berpuasa ye Ikhwan. Sebelum Ikhwan pergi sekolah tadi, macam2 pesanan umi untuk Ikhwan.....ntah Ikhwan ingat, ntah tidak.

Ok, that`s all 4 today. See u all in the next entry....... SALAM RAMADHAN PENUH BARAKAH. SEMOGA KITA BERJAYA MENGHARUNGI RAMADHAN HARI INI DENGAN PENUH RASA KEIMANAN DAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH. AMINNNNN!!!!!!!

Tuesday, August 10, 2010

Maafkan umi, sayang!

Pagi ni saya sangat2  cemas, takut dan mendebarkan. Bangun pagi macam biasa, bawa Hijaz turun ke tingkat bawah. Dia macam nak tido lagi, jadi saya letakkan dalam buaian. Saya biarkan buai tu on, speed slow je...paling slow. Saya masuk bilik air untuk mandi pagi dan mengambil wuduk. Suami dan 2 orang anak lelaki saya telah pun ke surau untuk solat subuh.

Selepas saya keluar dari bilik air, saya terdengar Hijaz terbatuk2 macam tersedak. Cepat2 saya berlari meluru ke arah dia. Terus saya angkat dia dari buaian. Hijaz masih terbatuk2, hati terus risau kot2 dia tertelan apa2 tanpa pengetahuan saya. Saya tonggengkan kepala Hijaz ke bawah, nampak macam Hijaz nak keluarkan sesuatu dari mulut dia, tapi tak boleh. Hijaz keluarkan air liur dan campur sedikit darah. Masih tak puas hati, sebab belum tahu punca. 

Saya masih tonggengkan lagi kepala Hijaz ke bawah, saya tepuk2 belakang Hijaz. Saya baca al-Fatihah, sambil tepuk2 lagi belakang Hijaz. Dengan izin Allah, keluarlah sesuatu yang saya betul2 tak jangkakan....kerongsang!!!! Sangat2 saya terkejut. Macam manalah dia boleh makan benda alah tu, saya tak tahu. Dan...baru saya teringat sebenarnya kerongsang kecik tu memang dah lama terpin di kain buai. Ya Allah! Masa tu saya betul2 menyalahkan diri sendiri. Semuanya atas kesalahan saya. Saya yang pinkan kerongsang tu pada kain buai tu. Dah lama dah saya pinkan.... mungkin dah hampir setengah tahun kerongsang tu terpin di situ. Tiba2 pulak pagi ni kerongsang tu nak tercabut dan Hijaz masukkan dalam mulut.

Dalam fikiran, macam2 saya fikirkan. Saya ni dah la jenis orang berimaginasi lebih sikit. Suka fikir macam2. Saya terus menangis sambil peluk Hijaz. Peluk dia kuat2, saya ucap syukur pada Allah sebab masih panjangkan umur Hijaz untuk saya. Kesian Hijaz....terus longlai dia dalam dakapan saya. Dalam pada tu, saya cuba buat Hijaz tersenyum...mula tu, dia tak nak langsung tersenyum. Saya peluk dia lagi, sambil beristighfar, minta Allah ampunkan kelalaian saya . Akhirnya Hijaz tersenyum juga. Baru lega hati saya. Hijaz nampak penat, dan akhirnya tertidur di bahu saya.

Selepas Hijaz tidur, saya tunaikan solat subuh, dan sujud syukur tanda terima kasih kerana Allah masih panjangkan usia Hijaz. Maafkan umi, sayang. Semuanya salah umi...... umi tak boleh nak ber'kalau-kalau' lagi. Tu semuanya bisikan syaitan. Abi pun marah.....Maafkan umi yer. Umi sayang Hijaz!

Wajah ceria dan gembira Hijaz sentiasa membuatkan hati bahagia

Monday, August 09, 2010

Hijaz kena gegata

Kesian anak Fiza oi...ujian sungguh buat umi dan abi Hijaz. Ntah datang dari mana, anakanda saya yang bongsu lagi comel tu terkena gegata pulak dah. Aduhai....malang betul la si Hijaz ni. Sian dia tau! Dah la baby lagi, mana tau nak cakap2, "umi, Ijaz gatal", "umi, Ijaz sakit".... Huhuhu...mengalir air mata saya tau!!!! Sedih sangat sebab anak kita yang comel tu dah rupa dinosaur. Sempat lagi nak perasan anak dia comel, ceh! Abi Hijaz kata Hijaz dah macam dinosaur....huuhuhuhu.

Ni mula2 Hijaz nak kena, pagi tu nampak kesan2 merah kat muka dan badan. Takut jugak, ingatkan bintik2 tanda denggi ke, tapi Hijaz tak demam. Kesan merah tu pun besar2, bukan bintik2 merah yg kecik2.

Petang tu, terus nampak tanda lain. Hijaz bangun tido, mata dah bengkak. Ingat kena gigit semut ke, tapi bila check kat badan, sah gegata..... huhuhu. Sian dia. Nangis2. Masa gambar ni tak nangis sebab saya umpan dia dengan kamera. Hehehe.... Saya cuci badan Hijaz dengan air garam bukit. Nampak dia selesa sikit. Saya sapu dengan calamine lotion, nampak gegata makin surut.

Tak berhenti di situ rupanya, esoknya, muka Hijaz dah bengkak. Sian sangat anak umi ni. Badan dah kurang, ada la macam sikit2 lagi, tapi tang kat muka tu....mak aih! Abi Hijaz kata Hijaz dah rupa dinosaur. Tak rupa anak umi dan abi dah. Huhuhu..... Malam tu, klinik dah tutup, jadi abi Hijaz minta direct dengan Allah. Abi Hijaz buat solat hajat dan baca Yassin khas untuk Hijaz. Abi Hijaz buatkan air Yassin, air tu campur dengan garam bukit. Bila sapu je air garam tu, Hijaz menangis semahu2nya. Mungkin pedih.... tapi, tak lama tu, dia dah boleh main dan tidur. Tu pun dah pukul 1 lebih baru dia tido.

Sian anak umi tu....tak pe la. Ini ujian Allah untuk umi dan abi. Umi dan abi kena tempoh ujian ni dengan sabar. Sekarang Hijaz dah nampak makin ok...gegata pun makin surut sikit-sikit. Semoga Hijaz kembali comel macam dulu yer...hehehe. Walaupun muka Hijaz dah rupa dinosaur, Hijaz tetap comel di mata umi. Muuuaaahhh...!!!!!

Sunday, August 08, 2010

Puding Roti Mentega Kacang

(Ini bukan blog masakan, tapi, sekadar berkongsi apa yang Fiza masak)

Cerita semalam.....punya la semangat dan rajin si Fiza ni, petang semalam sempat buat puding roti. Mula2 bicara, nak bagi kredit pada kak Sue Aleen, saya ambil resepi ni melalui FB kak sue.( Kak sue, sangat sedap puding roti ni. Suami fiza pun puji tau..... hehehe. Tq ye kak...)
Meh kita jengah dia punyak bahan,ok!

Bahan-bahan:
10 Keping roti Gardenia
1 tin krimer sejat F&N (400gm)
1/2 cawan gula
2 biji telur
3 sudu besar mentega kacang

Cara membuatnya:
1- Carikkan 8 keping roti, kemudian masukkan dalam blender dan kisar hingga lumat.
2- 2 keping selebihnya dicarik-carik dan campurkan dalam adunan tadi tanpa perlu mengisarnya.
3- Sapukan loyang anda dengan marjerin.
4- Masukkan adunan dalan loyang, dan taburkan kismis sebagai hiasan.
5- Bakar selama 30 minit, suhu oven 200 darjah celcius.

Keterangan gambar:
Gambar 1 - Saya gunakan periuk nasi, sebab malas nak guna loyang. Adunan yang telah siap untuk dibakar.
Gambar 2 - Proses pembakaran sedang berjalan.
Gambar 3 - Selepas 30 minit, walaupun nampak sedikit hangit di permukaan atas, ia sedap sebenarnya. Hehehe.... 
Gambar 4 - Siap dipotong untuk di makan....rasanya, amatlah sedap dan lazat. Percayalah!

Nak buat puding roti mentega kacang ini amatlah mudah dan senang. Silalah mencuba.....

Saturday, August 07, 2010

Kenangan Ramadhan lalu

(Entry syok sendiri kot ni....hehe)

Minggu depan dah nak masuk Ramadhan. Sangat seronok menanti bulan ibadah ni. Masa ni setiap amalan, perbuatan baik kita di kira ibadah. Menyusukan anak satu ibadah, melayan karenah anak penuh sabar satu ibadah, layan suami lagi la satu ibadah, belom lagi solat, baca al-Quran, berpuasa, berselawat, berzikir menyebut nama Allah, dah tentu ibadah,kan? Seronok sangat....bulan Ramadhan boleh tambah pahala kita yang kurang ni. Saya sangat2 excited dan tak sabar menanti saat Ramadhan tiba.

Bercerita tentang ramadhan, saya ada beberapa pengalaman yang saya tempoh dalam bulan Ramadhan. Semuanya bersangkut paut dengan anak2. Pengalaman itu sungguh bermakna dalam hidup saya. Mari imbas kembali:

Ramadhan (2008)
Pada tahun itu, Ramadhan, Sofie berusia 8 bulan. Namun, saiz Sofie tidak seperti bayi 8 bulan. Sofie umpama bayi baru lahir. Berat Sofie waktu itu hanya dalam 3 kg sahaja. Mendukung Sofie juga umpama bayi baru lahir. Saya menempuh permulaan Ramadhan di hospital bersama Sofie. Sofie admitted ward kerana broncholitis. Abisofie juga menempuh permulaan Ramadhan bersendirian di rumah tanpa saya. Sedih....jgn kira la. Saya bersahur sekadar minum air bersama roti sahaja. Tiada nasi. Jadilah sekadar mendapat berkat bersahur. 

Saya kurang sedih kerana ramai di wad itu yang senasib dengan saya. Berpuasa di hospital, kerana masing-masing menemankan anak yang sakit. Menempuh hari siang di hospital sungguh bosan. Apa lagi yang mampu kita buat selain temankan anak, tidur, menanti kehadiran ubat2an, menanti kedatangan doktor untuk memeriksa anak.... sangat2 bosan. Tapi, masa tu hati perlu ikhlas. Setiap aktiviti kita di kira ibadah. Allah akan kira setiap apa yang kita lakukan. Jadi setiap keboringan dan kesedihan bertukar menjadi seronok dan gembira. 

Tiba waktu berbuka puasa, saat yang saya paling tunggu2. Masa ni abisofie ada untuk bersama kami. Pihak pengawal keselamatan memberi kelonggaran bapa-bapa pesakit untuk berbuka puasa bersama ibu pesakit. Jadi suami saya mengambil kesempatan ini untuk berbuka bersama saya. Abisofie membawa makanan dari rumah. Percaya atau tidak setiap makanan abisofie masak sendiri, dan ada juga beli sikit2. Walau berbuka di hospital, hati tetap gembira sebab dapat berbuka dengan suami tersayang. :D

Saya dan Sofie berada di hospital pada waktu itu selama 14 hari. 6 hari berpuasa di wad.....dan bila doktor bagi Sofie balik, saya yang paling gembira. Tak sabar menunggu berpuasa dan berbuka di rumah sendiri.

Ramadhan (2009)
Ramadhan tahun tu, saya tak berpuasa di hospital. Sangat2 berharap dan berdoa Sofie saya tu sihat selalu. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya. Sofie sihat...ada juga waktu dia sakit, tapi tak teruk. Kebetulan pula saya waktu tu mengandungkan Hijaz, dah agak sarat juga..... Yang menjadikan saya rasa sedikit tercabar bila tengah2 mengandung ni kita nak menjaga anak kecil lain pula. Anak lain belum kira lagi....

Tapi, memang sangat2 teruji kesabaran, dah la sarat mengandung, karenah anak, badan tak kuat....untuk maklum, setiap kali tiba waktu berbuka, cik suami tersayang lah yang menyiapkan persiapan. Sebab bila tiba waktu petang saya jadi sangat2 lemah. Tak boleh nak bangun, kaki longlai, tangan mcm tak boleh nak angkat. Maklumlah.....ibu mengandung. 

Tapi, untuk makanan sahur, sayalah yang sediakan. Tak kanlah dia nak buat juga,kan? Sungguh tak patut.... :)

Saya berharap sangat, Ramadhan tahun ini saya dapat tempuh dengan penuh sabar. Saya ada anak kecil 2 orang, anak besar 2 orang, besar pun tak berapa besar sangat. Belum bulan Ramadhan pun saya dah rasa betapa penatnya saya. Semoga Allah membayar segala kepenatan saya dengan ganjaranNya. Jangan banyak merungut ye Fiza....!!!! Tu sebab saya selalu berharap ada pertolongan dari suami saya, nak-nak saya menyusukan anak sepenuhnya. Tentu badan saya akan bertambah lemah menjelang waktu petang. Perlukah saya ambil apa2 supplement utk memberi tenaga lebih dalam bulan Ramadhan ini? Mungkin....nanti saya fikirkan supplement apa yang patut saya ambil. Abang, tolong yer.... Dan paling saya berharap, janganlah menempuh bulan Ramadhan di hospital lagi. Tak sanggup rasanya..........

Semoga Allah panjangkan umur kita menempuh bulan Ramadhan penuh barakah ini...