Monday, August 23, 2010

Dugaan Ramadhan

Banyak saya nak cerita....pasal Sofie, pasal Ikhwan.... Tapi, saya cerita pasal Ikhwan dulu la....

Saya bercita-cita, berazam dan berniat sejak dari bulan Rejab dan Syaaban lagi mahu melihat Ikhwan berpuasa penuh 30 hari pada Ramadhan tahun ini. Namun segalanya berubah bila minggu lepas Ikhwan melepaskan 1 hari berpuasa kerana tidak bersahur. Dan pada minggu ini, sudah 2 hari Ikhwan terlepas berpuasa kerana Ikhwan demam. Sedih juga hati saya kerana cita2 saya tidak kesampaian. Saya tak suka memaksa. Saya ni jenis memaksa ke? Kejam ke saya? Tak la.... Ikhwan sudah berumur 6 tahun, sudah sampai masanya saya melatih dia untuk tunaikan rukun Islam ini.

Kadang2 saya merasakan Ikhwan demam berpunca dari kekurangan nutrien dalam badan. Saya mula menyalahkan diri saya sendiri. Saya menyuruh dia berpuasa, menyebabkan dia kekeringan. Masa berbuka, Ikhwan tak banyak makan macam hari2 biasa. Semasa bersahur juga dia makan sikit sangat . Minum air pun sikit je. Sudah di suruh minum air banyak pun tak mahu. Jadi mungkin sebab itu dia demam dan batuk. Dan lagi satu, Ikhwan jenis lasak sikit. Walaupun berpuasa, waktu petang, sementara menunggu waktu berbuka, dia main bola kat luar dengan kawan2. Kadang2 waktu tengahari pun nak main bola kat laman rumah dengan Amniy. Uminya ni selalu bising suruh dia rehat. 

Tapi, kenapa saya menyalahkan diri sendiri. Niat saya mahu melatih dia. Melatih dia merasa kesusahan yang ditanggung oleh insan2 yang tak punya makanan dan minuman. Dia mengerti, walaupun letih melayan segala pertanyaan dia tentang puasa. Saya dan abi Ikhwan sering kali memberitahu Ikhwan ganjaran yang Allah berikan bagi orang sabar berpuasa. Selalunya, pertanyaan Ikhwan macam dia tak puas hati je kenapa kita kena berpuasa. Maklumlah...pertanyaan budak berumur 6 tahun yang ingin mengetahui segala macam. Abi Ikhwan rajin melayan. Saya pun kena rajin melayan sebab nak bagi semangat dan motivasi pada dia. Setakat ini, alhamdulillah, segala apa yang kita terangkan dia mengerti...... 

Saya amat berharap, Ikhwan cepat sembuh dan boleh sambung tunaikan rukun Islam ketiga ini. Insya Allah....


p/s: kalau ada masa, nanti saya cerita pasal Sofie pulak...dengki sungguh masa dengan saya...huhuhu. Terma kasih pada yang sudi membaca setiap post saya. :-)

18 comments:

  1. xper fiza...slow2...psttt nnti bile dadif dah beso pon ...kalo bole me mau dia pose penoh..:)

    ReplyDelete
  2. bebudak baru nak belajar pose...kena bersabar...klu dia tak nak ker jangan dipaksa...

    ReplyDelete
  3. alahai, kesian ikhwan ye kak..ala kak fieza, skang ni musim budak² demam..akak jgnlah salahkan diri akak plak..takpe, tahun depan insyaallah ikhwan akan puase penuh sebulan..

    ReplyDelete
  4. sian tp nk latih mmg mcm nie.hehehe...ape pun hrp akak sabar ye..;D

    ReplyDelete
  5. Salam kak,

    Kena bagi dia berpuasa berperingkat kut..mungkin boleh tambah masa berpuasa tu dari masa ke masa, ikut kemampuan dia..

    ReplyDelete
  6. laa siannya abang..puasa sampai demam...tp mmg sekarang musim demam pun..takpe fiza...slow2.insyaAllah tahun depan boleh puasa penuh.

    ReplyDelete
  7. siannya ikhwan.... maybe badan dia tgh nak adjust tu... lepas baik demam, mesti terus jadi kuat... dan boleh habiskan puasa...

    ReplyDelete
  8. cuaca pun takleh nak tekala skrg kak..kejap hujan lebat kejap panas..agaknya sebab tu demam kut..takpela...insyaAllah next year blh cuba puasa lagi.. : )

    ReplyDelete
  9. tak pe k.fiza..baru 6 tahun.da kira bagus tu mencuba.
    insyaallah,trus bg semangat tuk ikhwan posa bila da sihat nti ye.wpun tak penuh 30 hari,tetap berikan pujian padanya bila akhir ramadan nti ek..

    ReplyDelete
  10. Fiza jelita,
    jangan salahkan diri...tak puasa pun demam juga kan...tak apalah kalau dia demam, tak perlulah puasa. Setakat yang dia mampu...

    ReplyDelete
  11. IKHWAN; antie doakan cepat sembuh yer, kesian tgk awak :( antie plak rasa sedih....teringat kat allysha masa sebaya awak dulu (6thn) dia pon demam diakhir-akhir puasanya, maka tk cukup dia berpuasa. Tapi tak per, usia 7thn pastinya awak dpt cukupkan puasa:):)

    FIZA: Take care kat awak juga...:):)

    ReplyDelete
  12. moga ikhwan cepat sembuh..takpe slow2, dia pun masih kecil lagi

    ReplyDelete
  13. akish,
    harapan kita sbg ibu begitulah akish, mahu dia biasa dgn keadaan itu. tapi, ikut kemampuan anak jugak. kalau dia tak boleh, kita tak boleh nak paksa. sian pulak... :-)

    **************************************************************************************
    zaidah,
    betul tu...saya pun tak pernah nak paksa dia. kalau dia tak mampu, saya bagi kelonggaran pada dia juga. saya tahu, anak saya tu mampu buat...cuma belum diberi kekuatan agaknya. bila dah sakit cam gini, terpaksalah tak berpuasa. kalau paksa juga, kita yg susah nanti,kan? :-)

    ********************************************************************************
    rina,
    kalau anak2 demam, mmg kesian. kesian kat budaknya, kesian kat uminya...hehe. tak de la kecewa sgt sebenarnya, cuma tak tercapai la cita2 kita ni,kan? hehe

    **********************************************************************************
    izwa,
    terima kasih, izwa...
    beginilah cabaran melatih anak berpuasa. hehehe...
    nanti bila syahmi dah kena latih berpuasa, izwa pun akan rasa apa yg akak rasakan.... :-)

    ************************************************************************************
    sakinah,
    terima kasih atas tip itu. saya mmg latih scr berperingkat2. alhamdulillah, dia ok je. cuma kali ni la agak tewas.

    ************************************************************************************
    k.ieda,
    cuaca kita tak brp elok, kan kak. budak2 mudah demam...kita pun kalau tak jaga demam sekali. :-)

    *************************************************************************************
    desprate mama,
    budak lasak pun ye juga. tu yg demam tu kot...hehe :-)

    *************************************************************************************
    amirah,
    mmg iye pun ami...
    tapi tu la...harap2nya, tahun depan dapat la dia puasa penuh.

    **********************************************************************************
    ashra,
    betul tu ashra, kalau nak bandingkan budak seusia dia masih ada yg belum dilatih berpuasa. lagi kesal kalau kita tak latih langsung... hehe. :-) tq, ash

    ReplyDelete
  14. eh, ada kome lagi yang belom berbalas...

    kak laili melur jelita,
    betul tu kak, tak puasa pun demam juga. sakit sihat kitakan dtg dari Allah. kita perlu redha,kan kak...hehe.

    **********************************************************************************
    kak mieja,
    terima kasih aunty, ikhwan akan berpuasa penuh tahun depan, insya Allah.....

    terima kasih ye kak... :-)

    *********************************************************************************
    nieda,
    aminnn....moga makbul doa awak.
    dia masih kecik, tapi badan dah besar. hehe :-)

    ReplyDelete
  15. sabar kak fiza.. dugaan di bulan mulia ni insyaAllah ada hikmahnya..

    ReplyDelete
  16. betul tu lady...
    akak anggap ni semua dugaan Allah utk family akak...tq, lady.

    ReplyDelete
  17. sabar ye fiza...budak2 ni kadang2 diaorg mmg tak tahan..mmm, maybe fiza boleh tanya kat ikhwan nak makan apa utk bersahur, & sekiranya dapat puasa penuh sehari boleh balas ngan masak makanan kegemaran dia..ni tips dari kakak ipar ayu yg sedang latih anak dia berpuasa..^_^

    ReplyDelete
  18. ye ayu,,,terima kasih atas tip tu. mmg itu yg kita buat. kalau berbuka tu, bila tanya nak makan apa, dia jwb, "tak nak makan apa2. nak minum jer" time sahur pulak, mesti nak makan sandwich jer. hari2 nak sandwich.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....