Monday, August 30, 2010

Eh, Merdeka ke? Baru nak sahut kempen.

Saya mahu menyahut seruan sahabat2 blogger, Kempen 1 Blog 1 Bendera. Baru nak letak bendera kat blog. Blog lain semua dah sahut kempen ni. Teruk betul,kan?

Eh esok ke 31 Ogos....?  Saya ni, sangat2 tak perasan, esok merupakan hari kebangsaan negara kita. Dah la kat rumah tak ada TV, jadi kehangatan kemerdekaan tu memang tak terasa langsung. Nak-nak pulak bulan Ramadhan, jadi Ramadhan lebih diutamakan. 

Demi negaraku terchenta, saya buat satu entry khas untuk mengucapkan "Selamat Hari Merdeka" kepada semua blogger. Tengoklah gambar bawah tu, saya dah tepek satu bendera kat blog ni tau. Korang jangan marah tau. Saya lambat menyahut seruan.......


Semoga rakyat negara kita sentiasa dilindungi Allah. Harap2nya malam 31 Ogos, (eh, malam ni la) tiada la pesta2 yang melalaikan, tiada konsert2 yang tidak memberi faedah dan tiadalah remaja muda mudi lupa diri.... Kebetulan jatuh pada bulan Ramadhan. Diharap bulan Ramadhan ini janganlah dicemari dengan perkara2 yang tidak berfaedah dan boleh mendatangkan kemurkaan Allah. TAKBIR!!!!!!!! ALLAHU AKBAR!!!!!!!

5 comments:

  1. bebanyakkan beribadat dibulan yang mulia nie

    ReplyDelete
  2. selamat menyambut hari kebangsaan ke 53 esok..pastikan jiwa sentiasa merdeka.

    ReplyDelete
  3. selamat hari kemerdekaan negara yg ke-53..semoga malaysia terus kekal aman dan damai..kitalah yg harus mendoakan kemaman itu terus berkekalan, amin.

    ReplyDelete
  4. hehe.samalah kita.da baca blog k.fiza br nak letak bendera.nasib blum terlambat

    ReplyDelete
  5. semoga malaysia terus aman damai dan dijauhkan dari anasir-anasir buruk

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....