Monday, August 09, 2010

Hijaz kena gegata

Kesian anak Fiza oi...ujian sungguh buat umi dan abi Hijaz. Ntah datang dari mana, anakanda saya yang bongsu lagi comel tu terkena gegata pulak dah. Aduhai....malang betul la si Hijaz ni. Sian dia tau! Dah la baby lagi, mana tau nak cakap2, "umi, Ijaz gatal", "umi, Ijaz sakit".... Huhuhu...mengalir air mata saya tau!!!! Sedih sangat sebab anak kita yang comel tu dah rupa dinosaur. Sempat lagi nak perasan anak dia comel, ceh! Abi Hijaz kata Hijaz dah macam dinosaur....huuhuhuhu.

Ni mula2 Hijaz nak kena, pagi tu nampak kesan2 merah kat muka dan badan. Takut jugak, ingatkan bintik2 tanda denggi ke, tapi Hijaz tak demam. Kesan merah tu pun besar2, bukan bintik2 merah yg kecik2.

Petang tu, terus nampak tanda lain. Hijaz bangun tido, mata dah bengkak. Ingat kena gigit semut ke, tapi bila check kat badan, sah gegata..... huhuhu. Sian dia. Nangis2. Masa gambar ni tak nangis sebab saya umpan dia dengan kamera. Hehehe.... Saya cuci badan Hijaz dengan air garam bukit. Nampak dia selesa sikit. Saya sapu dengan calamine lotion, nampak gegata makin surut.

Tak berhenti di situ rupanya, esoknya, muka Hijaz dah bengkak. Sian sangat anak umi ni. Badan dah kurang, ada la macam sikit2 lagi, tapi tang kat muka tu....mak aih! Abi Hijaz kata Hijaz dah rupa dinosaur. Tak rupa anak umi dan abi dah. Huhuhu..... Malam tu, klinik dah tutup, jadi abi Hijaz minta direct dengan Allah. Abi Hijaz buat solat hajat dan baca Yassin khas untuk Hijaz. Abi Hijaz buatkan air Yassin, air tu campur dengan garam bukit. Bila sapu je air garam tu, Hijaz menangis semahu2nya. Mungkin pedih.... tapi, tak lama tu, dia dah boleh main dan tidur. Tu pun dah pukul 1 lebih baru dia tido.

Sian anak umi tu....tak pe la. Ini ujian Allah untuk umi dan abi. Umi dan abi kena tempoh ujian ni dengan sabar. Sekarang Hijaz dah nampak makin ok...gegata pun makin surut sikit-sikit. Semoga Hijaz kembali comel macam dulu yer...hehehe. Walaupun muka Hijaz dah rupa dinosaur, Hijaz tetap comel di mata umi. Muuuaaahhh...!!!!!

8 comments:

  1. kesian hijaz kene gegat plak..nakbuat camne kak, baby nak membesar ni macam2 berlaku..anak saya pon demam jugak tu..

    ReplyDelete
  2. Salam..
    kesiannya hijaz..masih nampak kecomelan wlupn muka berbintik2 merah. moga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  3. rina,
    dia bukan kena gegt apa2 pun...
    gegata jer...huhu.

    ***************************************************************************************
    sakinah,
    salam sakinah....terima kasih yer...

    ReplyDelete
  4. Gegata tu apa Fiza jelita? Pertama kali dengar dan tengok. Sampai bengkak2 muka hijaz. Kesian dia

    ReplyDelete
  5. alo alo alooooo...cian untie tgk hijaz yg bam bam ni...
    mana ada mcm dinasor...comel la tu...
    cian dia...
    gatal tau menatang tu...
    mas dulu kerap kene....
    siap guna belakang pisau bc selawat 3x pastu hiris2 kt gegata yg bapaknya (ibu gegata)....
    sekadar petua org dulu2...

    tp alhamdulillah skang da ok...

    mayb sebab darah kot...

    tp klu baby yg kene mmg kesian...
    sedey tgk hijaz...tp hijaz strong boyz kan syg...:)

    ReplyDelete
  6. kesiannya hijjaz moga cepat sembuh.. gatal ke kak gegata tu? gegata tu gegat ke?

    ReplyDelete
  7. ala la la..kesiannya acik tgk hijaz. Tak apala..jd dinasour yg comel kejap ye.. Dah baik dah kannn? Smg sht slalu pas ni..

    ReplyDelete
  8. salam,fiza..trjumpa blog fiza waktu googled on gegata :) salam kenal..jmput follow kmbali,ye :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....