Beberapa hari ini, saya tercari-cari topik yang sedikit berfedah untuk saya dan semua pembaca. Blog ini banyak bercerita sekitar kehidupan semua anak-anak saya terutamanya Sofie Mariah. Dan untuk waktu ini, saya cuba mengorek beberapa perkara yang mungkin saya terlepas pandang dalam memberi pendidikan kepada Sofie. Sungguh, sedikit perasaan kesal. Tapi, saya masih belum terlewat.... Sebenarnya, sebelum ini ada juga tercari2, tapi kekangan waktu untuk saya menghadap komputer lebih lama menyebabkan saya abaikan seketika hasrat di hati.
Saya terjumpa satu laman Mengenali Sindrom Down. Banyak yang saya belajar di situ. Antara yang saya dapat:
Suasana membesarkan kanak-kanak SD:
- Suasana persekitaran penting, membantu pembesaran kanak2 SC. Ketenangan dan kemesraan dalam keluarga dapat merangsang penerimaan pembelajaran lebih cepat.
- Alat permainan perlu sesuai teknik pengajaran. Ia perlu ditambah untuk mengelak kebosanan mereka
- Kanak-kanak SD perlu berasa selamat, disayangi dan diterima keluarga serta masyarakat. Ini membantu membentuk imej diri positif dan mendorong mereka belajar.
- Disiplin perlu diterap pada awal usia. Nyatakan had tingkah laku yang dibenar dan tidak dibenarkan.
- Perlu diberikan pujian pada setipa kecemerlangan yang telah dicapai.
Membantu kanak-kanak SD bertutur
Ini penting untuk saya saat ini kerana dalam usia Sofie 2 tahun 7 bulan, (hampir 3 tahun Disember nanti) Sofie belum mampu bertutur. Saya sedikit risau melihatnya. Bukanlah saya ingin memaksa dia sangat, cumanya, perasaan seorang ibu itu pasti gembira bila anak istimewa ini mampu mencapai sesuatu yang membanggakan seperti kanak-kanak normal lain. Mungkin langkah tersebut perlu saya kerapkan bagi merangsang Sofie untuk terus bercakap:
- Adakan kegiatan atau permainan bahasa yang dapat menarik perhatian mareka.
- Cuba dapatkan perhatian sebelum bercakap dengan mereka
- Jangan terlalu banyak bertanya. Tunggu tindak balas mereka dan beri peluang mereka menjawab.
- Gunakan ayat yang pendek dan bahasa mudah difahami
- Sambil bertutur buat aksi atau lakonan
- Latihan berterusan.
- Pilih masa sesuai, terutama ketika mereka masih segar dan aktif.
- Tumpu kepada satu perkara. Beri masa, peluang dan latihan sebelum beralih kepada latihan baru.
- Guna setiap peluang, berinteraksi dengan mereka.
- Selalu beri tindak-balas kepada setiap percakapan mereka.
Peringatan kepada ibubapa:
- cara terbaik kanak-kanak SD mempelajari perkara baru adalah melalui boneka
- pilih alat permainan sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak
- sediakan bahan sampingan untuk permainan khayalan
- jangan terlalu memaksa mereka melakukan sesuatu
- boneka pilihan atau kesayanan, dapat dijadikan pendorong
- apabila kanak-kanak SD boleh bermain dengan alat permainan mudah, mereka boleh dibiarkan bermain sendirian
- jangan biarkan kanak-kanak SD bersendirian. Mereka perlu bergaul, memberi dan menerima tindak balas daripada rakan.
Kepentingan permainan
Permainan penting dalam membantu tumbesaran setiap kanak-kanak. Ia membantu pemahaman mereka mengenai kehidupan. Melalui permainan juga, kanak-kanak SD menjadi cerdik dan berkeupayaan memahami hubung kait, sebab dan akibat.
Permainan selidik dan rajah
- tertarik kepada semua benda
- mengutip san membelek objek
- mengigit, membaling dan menggosok objek pada permukaan lantai untuk mendapatkan tindak balas
- merangkak dan bertatih serta berminat membuka almari, laci, bakul atau kotak.
Permainan membina dan kognatif
- misalnya, mencantumkan gambar berdasarkan corak, bentuk atau warna
Permainan sosial
- ketawa apabila digeletek
- bermain sembunyi-sembunyi
Permainan khayalan
- berpura-pura menjadi orang lain dalam suasana berbeza
- bermain masak-masak
Permainan merangsang pergerakan otot
- berlari, melompat, memanjat, menari dan mengayuh basikal
Permainan bahasa
- meniru gaya cakap
- menyanyi
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nota Umisofie:Saya sedang cuba untuk perbaiki mana2 kelemahan saya dalam mendidik Sofie selama ini. Mungkin artikel yang saya copy paste ini sedikit sebanyak membantu perkembangan mental dan fizikal Sofie.
Ada internet ni macam2 kita boleh pelajari kan..semoga fiza tabah mendidik si comel sofie :)
ReplyDeleteSelagi kita ada kemahuan, segalanya tidak mustahil utk kita lakukan. InsyaAllah.
ReplyDeletetak terlewatla kak..boleh cari byk lagi info yg brguna.. : )
ReplyDeletebagus ilmu k.fiza kongsikan ni..boleh jadi panduan tuk ibu2.
ReplyDeleteinsyaallah..sy yakin,berkat didikan k.fiza,sofie akan jadi anak yang solehah dan bijak.
insyaAllah sofie anak yang baik dan bijak..
ReplyDelete:)
berterima kasih pada internet kan..
ReplyDelete