Friday, August 20, 2010

Kisah puasa anak

Salam Ramadhan ke 10.....
Sudah selesai berbuka puasa untuk hari ke-10 ini. Alhamdulillah, rezeki melimpah2 ke atas kita. Jangan lupa ye, mengucapkan syukur tanda terima kasih kita kepada Yang Maha Kaya, memberi kita rezeki tak putus2. Untuk buka puasa tadi, saya berbuka dengan sesuatu yang sangat2 saya gemari. Hehehe...amatlah seronok bila dapat benda tu.

Tengahari tadi, sewaktu suami berada di sekolah, saya sms cik suami saya. "Hari ni amatlah teringin nak berbuka nasi beriyani kambing." Si dia membalas, "bisa diatur!" Hehehe...berbunga hati saya. Dan untuk pertama kalinya kami membeli juadah berbuka tadi. Sangatlah lazat dan enak. Minuman untuk berbuka pula, cik suami buat air carrot susu (1 jug), air sirap pandan soda (1 botol) dan minuman hot chocolate coffee (1 jug). Untuk pengetahuan, semua jug yang dimaksudkan bersaiz kecil sahaja yer.... hehe. 

Nasi beriyani kambing
Gambar dari sini

Ok, itu cerita waktu berbuka saya... Yang nak ceritakan sekarang ialah cerita anak-anak lelaki saya, Ikhwan dan Amniy. Ikhwan, setakat hari ini, baru dapat berpuasa 9 hari penuh. Alhamdulillah! Walaupun tak cukup sehari dari orang lain, saya berbangga dengan dia kerana dia berusaha menahan diri dari lapar dan dahaga. Saya mula melatih dia untuk berpuasa sejak dia berusia 5 tahun. Tapi, semasa 5 tahun, dia tak puasa penuh pun. Cuma dapat 15 hari je. Itu pun saya dah cukup gembira dan seronok. Saya ada juga nak mula melatih dia pada usia 4 tahun. Tapi, masa tu dia terlalu kecil dan tak tahan. Kesian jugak nak paksa2 ni.

Saya perlu berhadapan dengan pelbagai karenah Ikhwan ketika siang hari. Saya cuba melayan segala kemahuan dia selain dari makan dan minum. Biasalah, bila tengahari pulang dari sekolah, pasti dengar rengekan dia..."umi, nak minum"....."umi, lapar"...aduhai, macam2 kehendak dia. Tapi saya cuba memujuk dia. Ajak dia masuk bilik mandi dan mandi supaya segar. Itulah yang selalu saya buat. Lepas mandi je, langsung tak dengar rengekan dia lagi. Saya akan benarkan dia melayari internet....melihat apa sahaja kartun yang dia nak lihat di internet, bermain apa sahaja game secara online. Dan, apa yang dia mainkan selalunya saya pantau. Alhamdulillah, dia pandai memilih bahan untuk ditonton. Saya sudah ajar dia mana yang boleh diklik, mana yang tak boleh. Selalunya, dia akan memilih untk menonton youtube nasyid dan doa kanak-kanak islam.

Untuk rekod, berat badan anak bujang saya yang sulong ni, dah turun sebanyak 5 kg tau dalam masa seminggu dia berpuasa. Saya ulangi.... 5 kg,ok! Sebelum berpuasa berat dia 35kg, selepas seminggu berpuasa turun jadi 30kg. Wah...wah...wah...kalaulah berat badan umi boleh turun macam tu, kompom, abi Ikhwan tak pandang orang lain. Eh, sekarang pun tak pandang sesapa la....hehe. Saje je nak timbul kontroversi,ok! :-)  :-)

Ini gaya seorang budak yang sedang berpuasa keletihan tidur di depan pintu rumah selepas bosan melayari internet. Aci letak kepala je kat mana2 yang dia suka....dan.....zzzzzzzz.

Kisah anak kedua saya, Amniy. Aduhai....budak sorang ni amat-amat menguji hati saya dan cik suami saya. Memang selalu sangat dia menguji kesabaran kami. Anak kedua kami ni lain sikit perangainya. Ada perangai dia tersendiri yang membuatkan saya hengen satu badan,ok!. Mungkin dia anak kedua....macam2 perangai, sehinggakan ada topik yang membincangkan tentang sindrom anak kedua ni. Huhuhu....saya berharap sikap dia  yang 'baik ' ini akan berubah menjadi betul2 anak yang soleh. 

Konon2 si Amniy nak berpuasalah kan. Tetiba jam 12 tengahari...."umi, nak susu. Nanti sambung puasa". Amboi...banyak cantik! Dah minum susu tu dikira tak puasa la nak oi! Setiap hari begitu. Setiap malam, sebelum tidur, dia ingatkan saya supaya kejutkan dia, nak bersahur. Kadang2 je dia bangun. Selalunya tak bangun pun. Sahur dia pukul 8 pagi,ok! Dan setiap malam sebelum tidur juga dia ikut saya dan abangnya membaca niat puasa. Niat puasa dah hafal tau! Cuma puasa je belum lepas lagi.

Minta minum susu dalam botol, terpaksa menyorok dari abang Iwan. Sian kalau abang Iwan tengok Amniy minum. Umi dah suruh minum dalam bilik, nak jugak menyempit tepi sofa.....

Amniy mula berpuasa mungkin umur 5 tahun nanti la.... Kesian jugak tengok dia berpuasa setengah hari. Terjelepuk je kat sofa. Muka pula masam mencuka, mulut tak renti-renti merengek minta susu. Letih gak la melayan.

Ok, itulah kisah anak2 saya berpuasa. Seronok sebenarnya bila kita berjaya melatih anak kita berpuasa dari kecil ni. Senang, bila dah besar nanti, tak perlu kita nak paksa2 mereka. Sendiri sudah mengerti tanggungjawab masing2. Lagipun mereka sudah belajar rukun Islam di sekolah, jadi praktik dalam diri tu lebih mudah.

5 comments:

  1. bagusnya anak2 kak fiza awal2 dilatih berpuasa... hehe kalau bab ngantuk tu bukan budak2 je lady pun kadang2 berat jer mata ni bila tengahari hehe

    ReplyDelete
  2. seronok dgr fiza cerita pengalaman anak2 berpuasa..yelah si amniy tu kecil lagi, tak boleh nak paksa sangat..

    sindrom anak kedua..hehe..nida pun anak kedua. mungkin betul ada peel lain sikit

    ReplyDelete
  3. sindrom anak kedua ni glamour laaa

    ReplyDelete
  4. besnye beriani kambing!..ni yang ngidam ni.kekeke.

    bagus anak2 k.fiza.tak pe,wpun ikhwan baru sehari buang,kita trus bagi galakan melatih.
    zaman2 kita dulu,mmg 5,6 thn da diajar puasa.ingat lg,mak kate,tak larat bukak la.punya la sy tak nak buka..smpi nak termuntah perut kosong..hehe.

    risaula k.fiza.anak2 muda skang mana kisah nak puasa.diperlekehkan lg kita2 yg berpuasa ni.

    ReplyDelete
  5. Seronoknya nengok gelagat ikhwana berpuasa. hehehe... makin hensem la.bila dah kurus. :D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....