Tuesday, August 17, 2010

Saje je saya nak bebel, boleh tak?

Sudah seminggu kita menyambut Ramadhan yang mulia. Rasa sangat2 gembira menempuh Ramadhan. Cuba jadikan Ramadhan ini sebagai Ramadhan terakhir kita, tapi dalam masa yang sama kita panjangkan doa semoga kita boleh bertemu Ramadhan akan datang. Mudah2an Allah perkenankan doa kita untuk bertemu Ramadhan akan datang bersama ahli keluarga kita. Amin....

Puasa anda bagaimana? Amalan di bulan penuh barakah ini bagaimana pula? Semoga semuanya baik-baik sahaja, dan semoga kita semua beroleh rahmat Allah berlipat kali ganda. Saya sendiri sudah masuk 3 hari tertinggal puasa. Uzur la katakan. Kadang2 rasa rugi, tapi semuanya Allah yang tentukan. Pahala yang kita peroleh bukan sahaja melalui bersolat, berpuasa dan membaca al-Quran. Malah segala amalan baik yang kita lakukan ikhlas kerana Allah Ta`ala, Allah akan beri ganjaran berlipat kali ganda. (Tapi, dapat ke saya kejar khatam al-Quran dalam bulan penuh rahmat ini? :-( )

Suami saya berpesan, wanita amat mudah masuk syurga selagi kita taatkan perintah Allah dan Rasul serta taat perintah suami. Jadi pada bulan Ramadhan ini, walaupun kita tidak berpuasa kerana uzur, kita masih boleh melakukan ibadah. Menyediakan juadah berbuka (tapi, juadah berbuka keluarga saya disediakan oleh suami terchenta. Bagaimana tu? :-)), menyediakan makanan sahur, melayan anak2, mengurus rumahtangga, dan banyak lagi. Tak semestinya ibadah2 khusus sahaja kita boleh peroleh pahala Allah. 

Menyusukan anak pun dikira ibadah tau kalau kita buat ikhlas Lillahita`ala..... seronok,kan? Menyusu anak sambil berbaring2 dengan anak, kita dah boleh dapat pahala Allah. :-) Apalagi sambil2 menyusu tu kita baca buku2 yang bermanfaat dan penuh ilmiah ke, atau mulut boleh berzikir sambil tidurkan anak.... (peringatan buat umisofie juga ni, sebab saya ni tiap kali menyusukan anak, sambil berbaring, mesti saya pun lena sekali...adeh!)

Budak tecik yang suka bergantung dengan umi, dan penaman saya ketika saya menyediakan sahur di pagi hari.... hehe.

Kadang2 waktu berpuasa ni, kita rasa sedikit malas dan tak bertenaga. Lebih penat melayan karenah anak. Penat tau! Lagi2 anak lelaki saya yang bongsu tu amat kuat menyusu. Asyik nak bergantung. Jadi, belum pun sampai tengahari perut dah berdondang sayang. Nak buat macam mana,kan? Kena harung dengan sabar. Di situlah juga letaknya kunci kesabaran kita sebagai ibu. Paling menguji kesabaran, bila tengah2 menyusukan si kecil, anak lain minta perhatian. Nak minta buatkan susulah, nak basuh montot sebab poo-poolah, kang belum masuk bab tersepit kat bawah meja tak boleh nak keluar, belum lagi si gadis kecil saya yang dah laju mengesot ke dapur menyelongkarkan tong sampah......kalau tak difikirkan sabar, mau menjerit juga saya ni tau. 

Satu hal lagi, bila menjelang tengahari, si abang sulong balik sekolah, merengek kata "umi, lapar la...." "umi, haus, nak minum." hari ni penat la, umi". Macam2 lagi gaya dia pujuk uminya ini minta kesian sebab nak buka puasa. Memang masa tu peranan kita untuk memujuk sangat2 perlu. Kalau tak kena gaya, mau goyah iman si anak. Anak sulong saya, Ikhwan, baru dapat berpuasa 6 hari. Masa di kampung, dia tak berpuasa sebab tak bersahur. Saja la tu, ambil kesempatan dengan nenek. Mengada sungguh! Tak tercapai cita-cita saya melihat dia berpuasa penuh 30 hari. Saya jadi cair hati bila nenek Ikhwan pun kesian tengok Ikhwan berpuasa..... Macam mana nak buat?

Ok lah....panjang pulak bebelan saya pada entry kali ini. Ini entry saja2, hilangkan boring, di waktu orang boleh bersolat tarawikh, saya menghadap PC meng'update' blog ini. Maklumlah...uzur! Hehehe....So, jangan boring dengan bebelan saya yer.... See u! Wassalam!

11 comments:

  1. suka baca bebelan ni... semuanya... ada benarnya... :-)

    ReplyDelete
  2. perempuan senang masuk syurga..seronok dgr bebelan fiza

    ReplyDelete
  3. salam fiza...
    suka baca bebelan fiza nih...i like u
    apa yg ditulis ada benarnya...kan
    akak pun cuti puasa jugak ni...
    lagi satu..pasal menyusu baby kita tu...sambil baring..selalunya akak yg lelap dulu...baby main,tak tido pun :)

    ReplyDelete
  4. akak saya dh masuk hari ke 5..baru perasan konon2 tahun ni penuh lagi..hihi..mmng penatla kak rasa bln puasa ni..rasa badan kering je...

    ReplyDelete
  5. Banyak info. Suka baca ape je bebelan umisofie. Hijaz dah teman umie ye? esok-esok hijaz masak untuk umie pula!

    ReplyDelete
  6. salam..suka ayat fiza yg satu nih..(peringatan buat umisofie juga ni, sebab saya ni tiap kali menyusukan anak, sambil berbaring, mesti saya pun lena sekali...adeh!)..sbb saya pon begitu juga..jd utk elakkan terlelap saya akan pastikan tepuk2 filzah sambil zikir..

    ReplyDelete
  7. sepanjang bulan puasa ni akak balik pk 4 ptg..(konon nak masak tapi...hampeh..hihi)..so masa yg ada ni dikuasai oleh nabila..mmg ambik kesempatan sungguh budak ni.tp mmg seronok layan dia.
    betullah fiza...keletah anak2 ni mmg mencabar kesabaran..tp seronok tengok.

    ReplyDelete
  8. desprate mama,
    mmg kebenaran seorang ibu,kan? hehe... :-)

    ********************************************************************************
    nieda,
    pesan suami akak pd akak....wanita mmg senang masuk syurga dan senang masuk neraka...

    *********************************************************************************
    kak mazz,
    hjehehe...
    utk elakkan fiza tertido sambil menyusu, fiza akan online kak....

    ******************************************************************************
    amirah,
    kita jumpa cik p la ye ami...biasa la puasa,kan? kita yg tgh ada cik p ni pun bukan nak makan sgt time bulan ramadhan ni....mcm tak de mood je nak makan. lagi pun malu la kat anak2...hehe

    ******************************************************************************
    ica,
    tq ica suka baca bebelan saya. suka membebel saya ni.

    ********************************************************************************
    k.fara,
    sama kita yer... hehe...

    ************************************************************************************
    k.ieda,
    sgt2 mencabar,kan? kalau anak kecil lain cabarannya, bila dah besar sikit lain pulak, kang bila dah makin besar, mcm mana tah ....huhu

    ReplyDelete
  9. seronok baca..
    btul tu..wpun kita duk umah je,banyak benda yang le mendatangkan pahala tanpa kita sedari kan..

    wpun penat,hanya2 kita yang tau penatnya cane...(ye la kan,mgkn ada yg pk suri rumah ni senang lenang le rehat kat umah..)penatnya,smpi kita pun terlelap tak senjaga time2 jaga anak kan.hehe

    ReplyDelete
  10. bebelan ke tu? rasa siok je baca..teringin gaks nak dok rumah..tp, adoiii org cepat busan cam akak ni boleh ke dok umah ye..emmm

    ReplyDelete
  11. betul lah fiza..k sara ni pun selalu terlelap bila nyusukan waidi, mmg x terlarat kadang tu..
    waidi ni pun mcm hijaz peneman ammi menyediakan sahur :)
    sesungguhnya ibu2 mcm kita byk pahala boleh dpt, antara kelebihannya kita boleh dielakkn dr fitnah becoz selalu di rumah, bila keluar pun selalunya ditemani suami betul tak..
    tq atas bebelan/peringatan..:)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....