Saturday, August 28, 2010

Sofie demam, Shopping raya Fasa 1

Sian Sofie, korang. Semalam, dari petang sampai ke malam Sofie meragam. Nangis je sepanjang hari. Badan dah panas, demam rupanya. Bila abang2 Sofie demam, dan mereka hampir pulih, Sofie pulak yang demam. Bertimpa2 ujian buat umi dan abi Sofie ni. Sofie sebolehnya nak berpeluk saja dengan umi atau abi. Kalau tak ada abi, pastilah umi yang Sofie cari. Kalau ada abi, memang umi akan minta abi yang layan Sofie.

Masa abiSofie ada di rumah, boleh la abi layan. AbiSofie banyak benda nak buat. Pergi kedai, pergi surau...malam pulak ada solat tarawikh, yang dah tentu abiSofie balik lambat. Lepas solat tarawikh, ada kuliah/tazkirah Ramadhan pula. Biasanya abiSofie akan balik dari surau dalam jam 11 malam. Agak letih juga umisofie nak melayan karenah Sofie. Belum lagi Hijaz di debab. 

Wah, kali ni Sofie demam nampak lebih 'matang' dari dulu. Sebabnya apa, dia sangat2 cemburu dengan si Hijaz. Bila umisofie ni menyusukan Hijaz, Sofie pun mula datang ke arah umisofie ni dan pukul2 Hijaz. Hijaz yang tak tahu apa2, mula sengeh2 kambing tengok kak chiknya begitu. Ada sedikit lucu kat situ, sebab Sofie pukul2 sambil nangis2 minta perhatian. Sian anak dara umi ni.....

Saya biasa menyusukan Hijaz dalam keadaan baring, dan Sofie akan berkepit juga dengan saya. Baru rasa, oh, beginilah kalau saya ada anak kembar agaknya. Sorang nak perhatian, sorang lagi akan cemburu inginkan perhatian ibu.....:-). 

Bila Sofie asyik meragam, terpaksa bawa masuk bilik, onkan aircond dan umpan dia dengan handset saya. Diamlah dia....sambil pasangakan lagu Sumayyah, dari Hijjaz.  :-)


Sofie hampit tertidur, seperti biasa bila anak2 demam, saya akan lumurkan kepala mereka dengan bunga raya. Alhamdulillah, selepas sekali makan ubat, dan sentiasa lumurkan kepala dengan lendiran bunga raya ini, Sofie sedikit lega. 

Ok, hari ini hari Sabtu. Kami pergi shopping pagi tadi. Shopping raya fasa pertama. Hehehe.... Siap ada fasa lagi,kan. Bukan apa, tak selesai lagi membeli belah baju anak2 ni. Korang bayangkan ye, nak shopping bawa anak2 yang 4 orang tu, dengan 2 orang kecil yang tidak boleh berjalan, tentu ibubapanya penat,kan? So, lain hari kita sambung shopping raya untuk fasa kedua pula ye....

Masa shopping tadi, Sofie dalam stroller, dan cik suami saya mendukung Hijaz guna baby wearing. Saya tolak stroller, dan tukang pilih baju dan seluar anak2. Hijaz tu pulak bukan betah duduk lama2 dalam baby wearing tu. Dah gelisah sana sini. Budak lelaki dua orang tu pun dah sibuk penat berjalan. Umi ni masih sibuk memilih itu ini. Maklumlah, bershopping setahun sekali.... sakan la sikit. Tapi, tak banyak beli pun. Yang perlu sahaja!
Ini baju anak2 yang sempat disambar masa shopping. Saja la nak tayang sikit.....Biasa2 je pun. Saya ni paling tak tahan tengok baju cute miut budak pompuan....rasa macam nak sambar banyak2 je tadi. Sabo je la.....

Ok, itu cerita umisofie untuk hari ini. Biasalah....hari Sabtu ni hari untuk tidak menghadap PC lama2. Sebab dok berebut dengan cik suami. Kihkihkih....masa weekday, saya yang menguasai PC, masa weekend ni, cik suamilah pulak. Maklumlah, PC ada satu je. Kenalah kongsi2..... Bang, nak laptop sebijik! Tak yah lah kita berebut lagi.....hehehe. :-) Huh! tak payah!!!!!!!! (Kuwang...kuwang....kuwang. Padan muka ko, Fiza) :-(

8 comments:

  1. Musim demam la sekarang :( risau betul kalau budak kecik demam.

    ReplyDelete
  2. musim panas skrg sebab tu anak senang kena demam..

    wah shopink sakan, siap ada fasa2 lagi..tapi tulah baju budak skrg ni mahalnya. Belikan Humaira hari tu 4 helai dah hampir RM100..Nasib baiklah setahun sekali je nk melaram

    ReplyDelete
  3. YA...skrg ni musim demam laa.. semoga sofie cepat pulih n sentiasa ceria ya! Amin

    ReplyDelete
  4. alaa siannya sofie..demam ye..
    tapi kan sekrg ni panas sgt kan...budak-budak tak tahan...risau kalau anak demam ni..meragamlah.

    ReplyDelete
  5. siannya sofie.moga cepat sembuh ye..
    hehe.wahh.sakan.ada fasa2 ye shopping.hehe.a'ah..faham2.mmg.bawa kuar anak2 ni bes,tp,mmg kita tak le lar jalan cam anak dara kan..ke hulu ke hilir sesenang je.hehe

    sy shopping apa pun tak lg.mabuk ar..pening je,hubby ajak kuar,rasa tak larat.dgn ramai org nye.tatau la bile nak belikan bj aleesya ni.hehe

    ReplyDelete
  6. ala,bestnya...
    nak beli baju baby perempuan jugak... hehehe....

    sofie, kita samalah.. suka dengar lagu sumayyah jugak... nanti raya ajak umi jumpa dengan acik ye? :D

    ReplyDelete
  7. ica,
    risau tang anak2 kecil la....anak2 besar pun risau jugak sebenarnya. cuaca pun kejap panas kejap hujan, bulan posa pulak tu, mmg senang dorang kena jangkitan,kan?

    **************************************************************************************
    umialya,
    ye...demam la...sian tau! hehe

    *************************************************************************************
    nieda,
    baju budak mmg mahal,kan? tapi saya ni jenis sederhana, so, cari yg harga sederhana dan selesa anak2 pakai. yg penting bg saya fabrik dan harga....

    *************************************************************************************
    Aishah,
    semoga anak2 kita sihat... :-)

    ***************************************************************************************
    kak mazz,
    sementara nak tunggu anak2 ni besar, mmg tu la ragamnya. sabo je la,kan?

    ****************************************************************************************
    ashra,
    mabuk yer...alahai, siannya. akak faham. tak ngapa la, nanti ada masa boleh cari baju utk leesya. jgn la risau, tak habis baju kat mall tu. hehehe...
    take care, ok!

    **************************************************************************************
    sya,
    insya Allah...
    kita jumpa kalau diizinkan ye. sofie pun tak sabar nak jumpa cik sya ni.... :D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....