Tuesday, February 16, 2010

Buku Cerita Buat Si Anak

Assalamualaikum semua....

hari ni rasa nak share sikit la buku-buku yang dibeli untuk si anak. sebenarnya buku ni dah lama dibeli. cuma asyik tertangguh je nak buat entry berkaitan buku cerita ini. memandangkan anak terunaku yang sulong sudah pandai membaca, so, saya dengan berbesar hatinya telah membelikan beberapa buah buku cerita untuk dia biasakan diri dengan amalan membaca.

saya berkenan sangat dengan buku-buku cerita ni sebab, ilustrasi menarik dan colourful, di warnakan tiap suku kata dengan warna merah dan hitam untuk anak yang baru belajar membaca. dan yang menariknya, buku- buku cerita yang dibeli ni ada dwi bahasa, so, saya belikan sekali supaya anak lebih mahir berbahasa Inggeris.

tak nak bebel panjang-panjang....jom layan buku-buku tersebut.....


antara isi kandungan di dalam buku....ni buku berbahasa Inggeris!




dan yang ini pula bahasa Melayu.....

yang menariknya tentang buku-buku cerita ni ialah, dalam setiap buku terdapat 16 buah cerita yang berbeza. dan yang penting, harganya sangat berbaloi.... percaya tak kalau saya katakan buku ni berharga bawah RM10 sebuah. berbaloi-baloi!



2 buah buku cerita ini dibeli ketika kami sekeluarga ke IJN. beli kat kedai buku IJN. masa tu, boring-boring tengah menunggu giliran dipanggil masuk ke bilik doktor, jalan-jalan ke kedai buku dan ternampak buku ini. dan apa lagi sambar la untuk anak....hehe.

antara kandungan dalam buku ini...... ilustrasi pun menarik. gambarnya besar, menarik perhatian anak-anak untuk membaca.

so, ini je untuk entry kali ni. lain kali kalau saya ada beli buku lagi, saya sharekan untuk semua....

3 comments:

  1. suka!!share lagi kak fiza..ku buleh jadikan panduan :)

    ReplyDelete
  2. hehe... rajin umi ijaz ni beli buku cerita.. tapi, memang bagus kan.. bagus untuk perkembangan bahasa, dan perkembangan moral.. lebih2 lagi setiap cerita tu diselitkan dengan moral nya sekali, kan?

    ReplyDelete
  3. teringat masa kecik dulu kalau buku ada gambar2 cantik mcm ni mesti tertarik nak baca...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....