Thursday, February 25, 2010

Fax Dari IJN!

surat yang difaxkan oleh IJN

Assalamualaikum pembaca tersayang....
Kisahnya, hari ni ingin bercerita berkaitan Sofie. Abang pulang dari sekolah, terus hulurkan satu surat kepada saya. Oh! fax dari IJN. Akhirnya, keputusan yang kami tunggu-tunggu sejak tahun lepas dapat juga. IJN faxkan surat ke sekolah abang memberitahu, Sofie akan masuk wad pada tarikh 27 Mac 2010, jam 9 pagi. Kemungkinan dalam 3 hari selepas itu baru prosuder pembedahan akan berlangsung.

Dapat surat tu, macam-macam yang berlegar dalam fikiran saya. Hati saya berat ingin menjaga Sofie, ingin sekali disisi Sofie ketika di wad. Namun, abang melarang...abang kata, Hijaz lebih perlukan umi. Senjata nak bagi Hijaz berhenti nangis hanya ada pada umi. Senjata nak bagi Hijaz tido lena juga hanya ada pada umi. Jadi, biarlah abang jaga Sofie di wad. Lagipun sepanjang Sofie keluar masuk wad di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Ampang, saya yang jaga. Ini kali kedua Sofie akan masuk wad IJN. Biar abang yang jaga.

Saya risaukan sessi persekolahan abang. Abang kata, abang akan ambil cuti. Habiskan cuti yang ada demi Sofie. Hati seorang ibu mula tak keruan bila memikirkan bagaimanakah keadaan Sofie menghadapi hari-hari pembedahan. Tanpa umisofie disisi, hanya ada abi. Saya dapat rasakan betapa ketika itu Sofie sedih...tapi, semua tu Sofie perlu laluinya. Setiap orang akan berkorban.

Abang korbankan persekolahan, saya korbankan masa bersama Sofie demi anak-anak lain, Sofie juga harus korban perasaan. Semua harus kuat menghadapi dugaan ini. Saya, Sofie dan semuanya. Kami redha.....

Saat menulis entry ini, perasaan saya sebagai ibu, berbagai-bagai. Bercampur antara gembira, sedih, risau, takut dan sebagai. Pertamanya saya gembira kerana penderitaan Sofie akan berakhir. Sedih kerana saya terpaksa berpisah dengan Sofie untuk jangka masa yang agak lama. Pasti saya akan merindukan puteri hati saya yang sorang ni. Perasaan risau dan takut kerana macam-macam yang saya fikirkan. Berjayakah pembedahan tersebut? Apa akan jadi pada Sofie selepas pembedahan? Kenapalah saya begitu negatif? Percayalah Fiza, kita telah berusaha, sekarang, bertawakkallah...berdoa mohon semoga semuanya selamat. Ya Allah! Kenapa begini perasaanku?

Saya tak tahu apakah saya dapat melawat Sofie atau tidak,nanti. Saya tiada kenderaan lain. Kereta yang kami ada hanya sebuah. Itu yang membuat hati saya bertambah sedih. Tak kanlah sepanjang Sofie berada di IJN, saya tak boleh nak melawat Sofie? Ingin saja saya upah sesiapa yang sudi menjadi pemandu sementara saya. Tapi, mampukah saya? Ah....celarunya hati ini. Abaikan! Semoga ada jalannya kelak.

Sofie, umi berharap dan berdoa Sofie kuat menghadapi dugaan ini. Umi tahu, Sofie anak umi yang kuat dan tabah. Walau kadang kala hati umi rapuh memikirkan hal Sofie, umi harus kuat, demimu sayang. Umi sangat-sangat berharap Sofie cepat sembuh dan dapat hidup dengan gembira....

Dan dalam tempoh sebulan ini, tak tahulah apa lagi nak dikata. Saya percaya, inilah ketentuan Allah buat saya sekeluarga. Semoga saya tabah dan terus kuat.......

15 comments:

  1. sedih la pulak rasa baca entry kali ini.. Ina doakan segalanya akan berjalan dengan lancar.

    Buat kak fiza, tabahkan ati. Yelah mesti berbelah bagi kan. Takpelah..biar cik abg jaga..lagipun si adik perlukan maknyer kan..

    Moga akak terus tabah dan kuat.. :) AMIN..

    ReplyDelete
  2. terima kasih,ina.
    masa sebulan dari sekarang...tak lama pun lagi. kak fiza dah rasa macam2 skrg ni. tak tahulah nak kata apa ....

    ReplyDelete
  3. Semoga terus tabah menghadapi hari-hari yang bakal tiba..
    insyallah Sofie akan cepat sembuh

    ReplyDelete
  4. jangan difikirkan sangat fiza..
    masa tu akan tiba juga...
    kuatkan semangat, dan banyakkan berdoa...
    insyaAllah, hari sofie di wad nanti, Allah akan permudahkan semuanya...

    ReplyDelete
  5. terima kasih, tihah. doakan kesihatan Sofie yer...

    ReplyDelete
  6. betul kata sya...
    usah difikirkan sangat, sbb hari itu akan tiba. doakan saya ye sya...

    ReplyDelete
  7. faham sangat perasaan fiza saat ini..
    saya telah melaluinya sebanyak 3 kali dan saya enggan untuk melaluinya lagi.. tp sbg ibu kita kena redha, ini semua adalah untuk kebaikan dia jugak...

    semoga Allah swt pelihara kesihatan sofie dan semoga fiza sekeluarga tabah melaluinya...

    ReplyDelete
  8. semoga Allah sentiasa bersama kak fiza sekeluarga..

    ReplyDelete
  9. umiesofie....percaya la..doa seorg ibu tu mmg makbul..percaya padaNya..insyaallah semua akan normal..sy doakan...

    ReplyDelete
  10. semoga segala urusan di permudahkan...sabar ye :)

    ReplyDelete
  11. fiza kena kuat & tabah...fiza sumber inspirasi sofie...jangan bersedih sgt yer...moga segalanya di permudahkan...

    ReplyDelete
  12. salam...
    xaperlaa fiza, sebenarnya kalau pergipun tiada apa yg kita boleh lakukan kecuali menjaganya saja dan mengalirkan air mata kita kasihankan dia....tapi yang paling penting dari semua2 tu adalah doa seorang ibu kepada anaknya..ya, berbekalkan doa ibu, lautan yang bergelorapun akan reda, kilat yang menyabungpun akan berhenti, insya Allah, sofie akan selamat dengan doa fiza...jangan sedia, La tahzan....kami juga sentiasa mendoakan adik sofie

    ReplyDelete
  13. Thank you for the auspicious writeup. It in fact was
    a amusement account it. Look advanced to far added agreeable
    from you! However, how could we communicate?
    Also visit my web page :: insomnia cures

    ReplyDelete
  14. Hi, every time i used to check website posts here in the early hours in the break of day, because
    i like to learn more and more.
    Feel free to surf my web-site : insomnia treatment

    ReplyDelete
  15. I think this is among the most vital information for me.
    And i am glad studying your article. But want to
    remark on few general issues, The website style is ideal, the articles is in reality excellent : D.

    Just right job, cheers
    Here is my site insomnia

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....