Monday, February 01, 2010

HARI WILAYAH

pic from google


Hari Wilayah disambut pada 1 Februari setiap tahun. Hari Wilayah bukanlah untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja, malah di sambut oleh Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. dan yang menariknya, pada hari tersebut semua warga yang berada di ketiga-tiga wilayah tersebut akan bercuti.... tahun 2010 ni, 1 Februari, jatuh pada hari Isnin. jadi warga wilayah dapatlah tambahan cuti sehari lagi.

aku mencari-cari sejarah terjadinya hari wilayah ini. jalan kesana kemari dan terjumpa satu blog yang berceritakan tentang sejarah hari wilayah. boleh ketahui lanjut dari sini.

Tahukah anda bilakah bermulanya sambutan Hari Wilayah dan sejarah kewujudan Kuala Lumpur?

Kuala Lumpur pada mulanya dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ia telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada 1 Februari 1974. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mula membangun dengan begitu pesat sesuai dengan gelaran bandaraya yang diperolehinya pada tahun 1972.

Pembangunan Kuala Lumpur boleh dikatakan sebahagian daripada rentetan sejarah lampau Kuala Lumpur setelah ditemui oleh pelombong bijih timah berbangsa Bugis, Raja Abdullah. Hasil perut bumi yang ditemui di Sungai Gombak dan Klang telah mengundang Kapitan Cina, Yap Ah Loy untuk meneroka kekayaan Kuala Lumpur. Aktiviti perlombongan menjadi titik tolak kepada perkembangan pembangunan ekonomi Kuala Lumpur.

Migrasi pelombong Cina dan juga India sebagai pekerja ladang akhirnya mewujudkan tiga bangsa utama di negara ini. Kepelbagaian kaum yang wujud sejak generasi ke generasi ini menjadi kesinambungan citrawarna budaya yang unik lagi menarik hingga ke hari ini.

Aktiviti perlombongan ini menjadi titik tolak kepada perkembangan pembangunan ekonomi di Kuala Lumpur.Hasil daripada perkembangan ekonomi telah menukar wajah Kuala Lumpur daripada perkampungan tradisional dengan rumah beratap rumbia kepada bangunan moden dan pencakar langit seperti Bangunan Sultan Andul Samad dan Keretapi Tanah Melayu, Masjid Negara, Muzium Negara, Stadium Merdeka dan Stadium Negara.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terbahagi kepada 11 kawasan Parlimen iaitu kawasan parlimen Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Setiawangsa, Titiwangsa, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras dan Bandar Tun Razak.

*tu semua serba sedikit la tentang hari wilayah yang aku dapat. bila bercerita tentang hari wilayah ni, teringat kembali zaman belajar kat UM dulu. disebabkan UM ada 2 pintu masuk, dari PJ dan dari KL, bila tibanya hari wilayah, semua kawan2 dok berpakat....nak cuti kuliah kita masuk melalui pintu KL. disebabkan dulu aku ni menetap di Kerinchi, selalunya aku masuk melalui pintu KL lah. so, pada hari tersebut, aku pun cutilah....walaupun pada hari tu kelas berjalan seperti biasa. cuti sendiri...hehehe....

so, kepada warga KL, Labuan dan Putrajaya, selamat bercuti yer.... jeles la... suami aku mengajar kat Rawang, Selangor. tak boleh nak bercuti..... tapi, sekolah suami aku bercuti hari jumaat hari tu, sempena hari Thaipusam. kira adil la.....

5 comments:

  1. pandai apanya,kelly. jalan dari website ke website. pastu copy n paste jer...hehehe.

    ReplyDelete
  2. wah..penceritaan yang lengkap ni..hehe..sha kerja kat putrajaya..cuti hari ni..yeyyy!!ehehe

    ReplyDelete
  3. sha...selamat bercuti.
    hehe..
    kita ni, org cuti sempena apa pun, kita tak pernah bercuti. kerja manjang...hehehe...
    maklumlah, surirumah!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....