Wednesday, February 10, 2010

Kuih Gertas

Assalamualaikum....

pernah dengar tak nama kuih gertas. tak silap ni kuih zaman tok nenek kita dahulu. orang jawa panggil kuih kemplang. memang lucu kan nama yang orang jawa bagi? tapi, itulah hakikatnya. saya suka makan kuih ni. kuih turun temurun dari arwah nenek saya dulu, pastu umi saya yang ajar saya cara membuatnya. nak tahu rupanya macam mana? jeng,jeng,jeng......
:
:
:
:
:
:
:
:


haaaa....inilah kuih gertas tu atau pun kuih kemplang.
rasanya sangat sedap, bagi sayalah. tak tahu lah orang lain rasa macam mana.

korang nak tahu resepi kuih ni? boleh juga saya sharekan resepinya di sini. kot la ada yang nak cuba try test bila2 free,kan...

ok, bahan-bahan untuk kuih ni ialah:
  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu tepung gandum
  • sedikit nasi-tujuannya bagi kuih ni lembut je masa gigit...hehe
  • sedikit garam
  • air
cara membuatnya begini yer...:

  • satukan tepung pulut, tepung gandum, nasi dan garam dalam satu bekas.
  • gaulkan sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit.
  • bancuh sampai bancuhan menjadi doh.
  • kemudian, bentuk-bentuk ikut suka. nak bulat ke, bujur ke, nak buat empat segi pun boleh.
  • perap seketika dalam sejam atau dua jam. tujuan di perap ni adalah....ketika kita gorengkan nanti, kuih ni tak meletup. kalau korang tak perap, terus je goreng, alamat jawabnya korang akan berperang la dengan minyak panas. tepung pulut ni akan menyebabkan kuih ni meletup-letup ketika dalam minyak panas. tu sebab kena perap dulu. ini petua orang lama.....
  • lepas dah perap tu, boleh la goreng.
  • dan setelah selesai goreng, bolehlah disira kuih tu sebagaimana korang menyira kuih keria.
p/s: nak tanya korang ni....korang pandai tak menyira kuih. kihkihkih! saya pandai menyira kuih setelah usia saya 28 tahun. terukkan? nak tahu tak cara menyira kuih? senang jer....

caranya begini..... masukkan sedikit air dalam kuali. jangan banyak sangat tau. agak2la.... bila air tu dah mendidih, masukkan gula dalam 2 atau 3 sudu. masakkan air dengan gula tu sampai agak likat. bila air gula tu dah likat, masukkan kuih gertas tadi dan gaul dengan cepat. tutup api....dan teruskan menggaul kuih tadi sampai gula tadi kering dan melekat dikuih tersebut. siap....senang,kan?

sapa nak mencuba, silakan....

8 comments:

  1. salam fiza..
    tak pernah dengar kuih gertas atau kuih kemplang ni.. boleh kelly cuba,, thanx 4 sharing yah..

    ReplyDelete
  2. kelly,
    cuba la....
    rasa dia liat2 lembut. sesetengah orang buat liat kematu, sebab tak letak nasi.

    ReplyDelete
  3. aku x tau pon cane nak sira kuih hahaha ni ko tulis baru aku tau.lambat setahun dr ko kui kui kui bila da jd mak ni kena rajin masak ekk...siyes aku x pandai masak.ni baru nak blaja sbb baru dok sama2 dgn asben n akan dok umah sendiri...anak pon x pndai mntk mkn lg...

    ReplyDelete
  4. Sedapnya..da lama x makan..lepas ni boleh la try buat..Thanks umisofie..
    Btw, kat Sabah pon panggil kuih gertas..hihihi

    ReplyDelete
  5. tak pe leq,
    sekarang pun boleh belajar lagi....belum terlambat.

    ReplyDelete
  6. hai mrs. azad...
    lama tak nampak. thank`s sudi singgah sini...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....