Friday, February 12, 2010

Sofie Demam!

Umi tak tahulah macam mana nak mulakan cerita tentang anak dara umi yang sorang ni. aduhai...malam tadi Sofie tak tido. bila Sofie tak tido, abi dan umi pun turut tak tido. ntah kenapa, malam tadi, tiba2 kepala Sofie panas. patut pun Sofie merengek jer....rupa-rupanya Sofie demam. umi pulak tak perasan yang Sofie demam, sebab umi tido dengan adik Hijaz.

malam tadi, kita satu family tido kat ruang tamu. umi tak larat dah nak mengangkut Sofie dan Hijaz naik atas, sebab umi pun dah tertido sekali. sesekali, umi terdengar Sofie merengek dan menangis. umi biar je, sebab lepas tu Sofie diam semula, dan sambung tido. baru umi nak lelapkan mata, tak sampai 10 minit, Sofie menangis dan merengek lagi.....

umi ambik Sofie dan basahkan kepala. lap2kan kepala Sofie dengan kain lembap. bawa Sofie pergi sinki, Sofie diam bila umi lap air kat kepala dan badan Sofie. kepala Sofie panas. berapa tempreture badan Sofie pun umi tak tahu. sejak tempreture rosak, abi tak sempat je nak beli baru.

pagi tadi, umi terlewat bangun Subuh. jam 6.45 pagi baru umi terjaga. umi terkejut jugak bila tengok sofie tido kat dada abi. abi pulak tido sambil duduk. umi sempat tertido sekejap bila adik Hijaz nangis nak susu.

abi dan abang Iwan lewat ke sekolah hari ni. umi tak sempat nak buat breakfast untuk abang Iwan . sibuk melayan Sofie yang belum habis merengek.sian, abang Iwan. nasib baik la kat sekolah disediakan makanan untuk budak pra.

umi mandikan sofie pagi tadi, dan beri PCM kat Sofie. umi tahu Sofie tak suka PCM hospital. tapi stok PCM yang beli kat farmasi dah habis. umi paksa Sofie minum PCM hospital.....akibatnya, habis semua susu yang sofie minum terkeluar balik. maafkan umi, sayang. umi paksa Sofie yer... umi nak demam Sofie kebah. umi nak Sofie yang ceria macam semalam-semalam.

dan selepas Sofie selesai ambil semua ubat jantung, Sofie tertido sendiri. sian anak umi.... umi tahu, anak umi ni tak kan tido kalau umi bersama dia, tu sebab umi biarkan Sofie tido sendiri. yang umi sedih, Sofie tido kat depan pintu rumah. Sofie suka tempat sejuk. selalunya, kat situla port Sofie tido. tadi, umi rasa nak angkat Sofie naik ke bilik umi. umi nak pasangkan aircond. tapi, nanti kalau umi angkat Sofie, mesti Sofie terjaga dan menangis semula. tu yang umi biarkan je Sofie. Sofie dah penat dan menangis sejak malam tadi. tido la sayang....jangan menangis lagi.

Sofie, umi berdoa semoga Sofie cepat sembuh dari demam ni. umi tahu, Sofie kalau demam, teruk sangat. walaupun orang nampak macam demam sikit je, tapi, sebenarnya teruk sangat. umi tak sanggup tengok Sofie demam. biarlah umi yang demam, asal jangan Sofie. umi nak Sofie sihat dan gembira.

semalam petang, umi pergi klinik utk ambil pil perancang dan check-up Hijaz. pastu, nurse tanyakan tentang Sofie. umur Sofie dah 2 tahun, dan nurse tu cadangkan umi hantar Sofie ke PDK (Pemulihan Dalam Komuniti). PDK ni dari jam 8 pagi hingga jam 12 tengahari. tapi, masalahnya satu je, Sofie masih belum berjalan. makan sendiri pun tak pandai lagi. lepas tu umi rasakan Sofie terlalu kecil untuk umi hantar ke PDK.

nurse kata, kalau Sofie dihantar ke PDK, kerajaan bagi elaun RM150 sebulan. dia kata lagi, daripada Sofie duduk rumah, lebih baik hantarkan Sofie ke PDK. Sofie dapat bersosial dan berdikari. betullah tu, umi setuju dengan nurse tu. kalau Sofie dah pandai uruskan diri sendiri, basuh poo-poo dan pee-pee sendiri, pandai makan sendiri, dah pandai berjalan, umi tak kisah pun nak hantar Sofie. ini masalahnya, Sofie umpama bayi. Sofie dengan Hijaz, sama je.... walaupun Sofie kakak, Hijaz adik, umi merasakan menguruskan Sofie dengan Hijaz tak de beza. macam mana umi nak hantar?

bila umi bincang dengan abi petang semalam, abi kata, kita bukan herankan RM150 tu.... umi dan abi risaukan Sofie yang langsung belum pandai menguruskan diri sendiri. kalau umi boleh ikut serta kat PDK tu, tak pe lagi. masalahnya, umi kena balik rumah....umi ada anak lain jugak. dan akhirnya, kata putus dari abi dan umi, kita hantar Sofie ke PDK selepas Sofie boleh berdikari sendiri. tak pe la...biarlah abi bawa Sofie ke Occupational Therapy kat HSB dulu, sambil buat rawatan terapi dengan Kak Raw kat Gedangsa. itu pun umi dan abi dah nampak sangat perbezaan Sofie dulu dan Sofie sekarang.

umi dan abi akan terus berusaha untuk Sofie. apa yang penting sekarang, umi dan abi nak selesaikan major problem Sofie, iaitu jantung. hai IJN, kata nak call panggil Sofie. sampai sekarang masih belum call lagi. umi dan abi sabar je menunggu panggilan dari IJN, nak selesaikan masalah jantung Sofie yang sangat komplikated. tak, pe....umi dan abi akan terus menunggu.

Sofie, sayang....umi nak kan Sofie yang sihat dan ceria....seperti......



ini



begini



dan begini.... cerialah Sofie sayang!

UMI SAYANGKAN SOFIE....SAYANGKAN SOFIE SANGAT-SANGAT. UMI TAK SANGGUP KEHILANGAN SOFIE. SOFIELAH PUTERI HATI UMI DAN ABI.......

dan buat anak-anak umi yang lain, umi dan abi sayangkan korang juga. umi tak bezakan pun kasih sayang buat semua anak-anak umi, cuma umi perlu berikan lebih sikit perhatian buat kak cik kita ni. anak2 umi semua faham,kan?


14 comments:

  1. sebak kelly baca entry kali ni.. sabar ye fiza.. semua ni dugaan dari NYA..
    kelly sentiasa doakan yang terbaik untuk fiza dan keluarga.. untuk sofie.. cepat sembuh ye sayang..
    semoga fiza terus tabah, setabah sofie menjalani hari2 mendatang.. aminnn..

    ReplyDelete
  2. sabar fiza yer..banyak pahala fiza jg anak istimewa mcm sofie.. x semua wanita dan ibu yg tabah dan sabar mcm fiza... sabar yer...

    ReplyDelete
  3. dee,
    mudah2an ada ganjaran utk kami sekeluarga. org tgk fiza wanita kuat... tapi, tak sekuat mana pun. cuba jugak kuatkan hati.

    anyway, thank`s dee...sudi singgah kat blog fiza. fiza hargai sangat...

    ReplyDelete
  4. mmg sebak..moga fiza di beri kekuatan memenpuhi dugaan ini..
    moga sofie cpt sembuh

    ReplyDelete
  5. alahai kak fiza..entry mu meruntun jiwaku..insyaallah anak2 yg lain akan memahami..sofie bertuah dan harus berbangga dpt umi dab abi yg cenggini..semoga sofie sihat selalu :)

    ReplyDelete
  6. kak isma...
    jgnlah sebak. fiza lagi la...rasa nak mengalir je air mata ni, selagi sofie tak sembuh.

    ReplyDelete
  7. Salam kak fiza..

    tentang PDK tu..ina dulu pun ada gak cadangan nak antar Nabila ke PDK. tapi masih lagi belum buat..sebab ina kena pilih PDK betul2..takut ada yang 'kureng sket'. Cadang kak Fiza nak bawak kat mana? Klu boleh, akak survey dulu. Tgk keadaaan tmpt tu bersih atau tidak..kakitangan dia mesra ke idak..tu yang penting. Dan lagi satu tak silap ina ..akak boleh temankan Sofie masa wat treatment kat situ. Klu bleh jgn tinggalkan dia la..Lagi2 akak kan tak keje..boleh la tumpu pada sofie kan..

    Siannyer sofie demam..nabila aituh dah kena..huhu..cuaca panas betul kan kak..Moga sofie cepat2 sembuh yek..

    ReplyDelete
  8. berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul... tapi doa lady, dan doa kawan2 semua sentiasa bersama akak sekeluarga... semoga sofie cepat sembuh dan semoga Allah berikan akak sekeluarga kekuatan..

    ReplyDelete
  9. ina,
    akak duduk BTP, so, PDK yg terdekat buat masa ni kat batu Arang. PDK kat situ, baru je beroperasi dlm 2 atau 3 tahun la gitu. akak pun tak confirm lagi tmpt tu. tapi dah tgk2 la.....setakat yg akak tgk ok je. tak tahu la nanti mcm mana, ina.

    akak ada anak kecik lain, akak ingat nak temankan sofie sekali. memandangkan akak ada anak2 lain....akak jadi pening mikirkannya. nantila dulu....

    tq,ina....sudi singgah ke blog akak.

    ReplyDelete
  10. tq, dear Lady....
    doa Lady amat kak fiza harapkan. terima kasih banyak2...

    ReplyDelete
  11. Sedih plak baca entry ni.. terlupa nak sedia tisu..hihii.. umie sabar yer.. semoga sofie yang kiut tu cepat sembuh.. umie kuatkn semangat.. jangan tunjuk sedih2 depan sofie.. Fatihah doakan semoga umie & keluarga tabah menghadapi semua ini dah sofie cepat sembuh..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....