Sunday, May 09, 2010

Ber'piknik' dan Shopping!


Pemandangan Pantai Remis, Jeram

Semalam tak sempat nak update blog, kepenatan, keletihan, mengantuk yang amat..... malam tadi nak tonton cerita Serapuh Arang, lastnya, cerita hanya dalam mimpi. Anak2 dah bergelempangan tidur di ruang tamu sampai ke pagi.

Jadi, hari ini ingin berkongsi cerita tentang aktiviti keluarga saya. Aktiviti berlangsung semalam. Pagi semalam, saya sekeluarga bersarapan di tepi pantai. Sudah lama aktiviti seperti ini tidak dilakukan kerana hal Sofie. Jadi, memandangkan Sofie pun dah sihat, saya mengembalikan aktiviti ini sekali lagi.

Saya sebagai ibu, bangun seawal pagi. Jam 4 pagi saya telah masuk ke dapur menyediakan makanan yang akan dibawa. Saya menyediakan nasi lemak yang sedap buat keluarga. Sedap ke? Tentulah, nasi lemak yang saya sediakan sangat sedap (perasan sangat la tu!). Cik abang saya bukan saja menambah, malah menambah-nambah nasi lemak. Alahai....kalau macam ni gayanya, tak kurus2 la laki bini ni. Nak kurus konon!!!

Dalam entry ini, saya malas nak karang cerita panjang2. Cuma nak ajak korang layan je gambar2 keluarga saya beraktiviti makan2 di tepi pantai yang indah!

Makan2 bersama.....ada calon tak sebagai bapa mithali? Mestila ada,kan? Hehehe....

Banyak monyet di sini. Monyet2 ni telah menyebabkan Amniy ketakutan dan makan sambil nyorok2 belakang abi.

Kenapa, sayang? Sofie tunjuk ke arah monyet2 yang menonton aktiviti makan2 kami.

Asyik sekali abi dan Amniy. Ikhwan kenapa jeling macam tu? Hehehe...lucula Ikhwan ni.
Sedap makan nasi lemak umi masak yer...


Sofie sedang asyik menikmati makanan....Sedap ke, Sofie?

Selesai makan, Ikhwan dan Amniy posing dulu. Kekenyangan, Alhamdulillah.....

Romantik sungguh pasangan ini bertentang mata. Tataplah mata umi, sayang..... hehe!

Kasih abi berkorban nyawa. Apa saja untuk kebaikan Sofie, abi akan lakukan.

Aktiviti 2 anak lelaki ini, biasa la....berlari2 di tepi pantai, mengutip kulit kerang. Kali ni tak boleh panjat pokok sebab kebanyakkan pokok dah ditebang.

Kutip kulit kerang.

Selepas saya dan keluarga makan2 di tepi pantai nan indah (indah ke?), kami terus meluru ke Kuala Selangor. Kami ingin menghabiskan masa di Tesco pula. Lama tak ke Tesco, jalan2, tengok2, ambil itu, ambil ini, beli permainan untuk anak2, beli bahan buku aktiviti anak2 dan macam2 lagi. Dapatlah anak2 bergembira bermain di taman permainan yang disediakan di Tesco itu.

Sorry sangat, masa masuk ke Tesco, kamera kesayangan saya tertinggal di dalam kereta. Jadi gambar di bawah ini saya menggunakan kamera hp saya. Disebabkan saya memang belum pandai menggunakan hp ini sepenuhnya, gambar pun macam tak cantik je dan tak dapat nak snap gambar banyak2. Pastu, saya belum pandai nak transfer gambar dari hp ke pc. Huhuuhuh....naif betul saya ni.

Hijaz dalam troly Tesco. Waktu ni anak debab ni dah ngantuk sangat. Jadi dia macam relakan je apa yang umi nak buat. Perut pun dah kenyang.....

Sofie sangat teruja bila masuk je ke Tesco. Seronok betul dia. Semua benda nak dicapainya. Maklum saja, dah lama tak jalan2 macam ni.

Gambar yang sempat disnap ketika bermain di taman permainan. Anak2 seronok sangat. Rugi betul tak bawa kamera. Kalau tak boleh snap gambar anak2 keriangan. Tu la Fiza, lain kali tuntut apa saja ilmu. Jangan tau dok kat dapur je. Kan dah tak pandai nak guna kamera hp.

Setelah selesai segala urusan, kami sekeluarga terus pulang ke Rawang. Kepenatan dah semuanya, namun, anak2 tak sabar menunggu sampai rumah. Masing2 nak bermain dengan permainan yang baru dibeli..... layan gambar lagi yer.....

Amniy dapat robot....jeng,jeng....

Ikhwan sibuk dengan robot yang boleh tukar jadi dinasor...

Sofie sangat penat, dah tertidur bersama soft toy baru. Pink lagi....

Hijaz pun dapat juga....yea! yea!

Sampai je di rumah, masing2 sibuk dengan permainan. Tengok la Sofie tu, nak turut serta bersama abang2nya..... (sila abaikan rumah yang bersepah tu yer...)

Itulah aktiviti kami sekeluarga pada hari semalam. Semoga ianya dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan diantara kami sekeluarga. (Penat betul nak meng'upload' gambar dalam entry kali ini).

6 comments:

  1. seronoknya tgk xtvt satu fam ni..
    tula,bile anak ramai,macam besh jek tgknye...
    huhu~

    ReplyDelete
  2. wah..seronoknya kak..piknik lagi.. :)

    Selamat Hari Ibu kak..Moga kita di beri ketabahan terus menerus.. Amin.. :)

    ReplyDelete
  3. besnye..blum pernah bawa aleesya berpiknik.
    hepi btul mereka tu.mmg budak2 ni suka main ramai2 nak2 tepi pantai.le main air,main pasir.

    samalah k.fiza..
    kalu nk gi bercuti ke berjalan jauh,saya pun bangun seawal 4 pg,kemas barang,siapkan itu ini.tu br anak sorang tu.hik hik..

    ReplyDelete
  4. krsty,
    hehe...mmg seronok anak ramai ni. mencabar minda dan jiwa. menguji kesabaran. tapi, kalau sorg tak de, terasa sgt kehilangannya...

    ****************************************************
    noina,
    selamat hari ibu,ina.
    semoga ina dan kita semua terus tabah.

    ****************************************************
    ashra,
    anak2 kak fiza ni mmg gemar pergi pantai. mandi ke, tak mandi ke, asal pegi pantai je excited. paling best pegi pantai minta beli layang2.pastu tak tahu nak main, abi dorg yg main....

    ReplyDelete
  5. bestnye..meriah sgt nampak gaya tu..ni yg buat sha nak ada ramai anak ni..hehe :p

    ReplyDelete
  6. sha,
    ramai anak yg berkualiti yer....
    akak sdg dlm pembelajaran mendidik anak berkualiti....
    mmg meriah!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....