Monday, May 31, 2010

Server Down!


(Gambar ni saya ambil dari pakcik google. terima kasih yer pakcik!)


Assalamualaikum....
Sudah hampir seminggu tuan rumah tidak mengemas rumah ini. Terlalu rindu dengan rumah ini. Kerinduan ini tak dapat di tahan lagi, jadi sebelum masuknya waktu maghrib, saya perlu kemaskini rumah yang hampir seminggu ditinggalkan oleh tuan rumah.

Saya kecewa sangat, 3 hari internet rumah saya tak dapat berfungsi. Server down! Setiap hari cuba 'connect', tapi tak berhasil. Cuba hubungi pusat servis, tapi tidak berjawab, mungkin kerana hari cuti. Dan hari ini, cuba juga selesaikan masalah internet ini... Akhirnya...... hoooorrrreeeyyyy!!!!! Saya tidak lagi merasa seperti katak bawah tempurung! Rupanya, silap saya juga. Ntah macam mana, internet tak boleh connect kerana salah setting pada komputer. Masalah kecil itu pun tak mampu saya selesaikan...huh!

Satu sebab lain kenapa saya menyepi diri, kerana Allah menguji saya. Saya diduga dengan demam. Hehe...lama betul tak demam. Bila demam, aduh terasa betapa Allah sayangkan kita. Namun, syukur kesihatan diri menyebelahi saya. Sebelum saya demam, suami saya demam 2 hari, kemudian saya, dalam tempuh saya demam, anak kedua, Amniy juga demam....dan akhirnya demam berjangkit pada Hijaz pula. Mujurlah Ikhwan dan Sofie sihat...alhamdulillah!

Insya-Allah, saya akan ziarah blog rakan2 semua nanti. Sekarang saya sekadar membuat entry baru di blog saya yang cantik ini (hehehe...!!!). Jumpa di lain entry....adios!

10 comments:

  1. owhh..patutla senyap je =)
    rindu la jugak.hehe..

    cantiknye umah baru! kaler2.ceria skali!..suka suka

    ReplyDelete
  2. patutla senyap jer..ingatkan pi makan angin kat mana2 ke..maklumla,cuti kan..

    ReplyDelete
  3. patut la lama tak nampak kak fiza...
    :)

    ReplyDelete
  4. semoga sihat sepenuhnya ya...:)

    ReplyDelete
  5. semoga cepat sembuh..kami anak beranak batuk & selsema.hehehe..

    cantik la layout ni...;)

    ReplyDelete
  6. ashra,
    tu la dianya...kita pun sampai rindu nak berblog.
    cantik ek rumah baru kita....hehe...mekaceh!

    **********************************************************************
    atun,
    pi makan hangin mananyer? hahaha....dok terbongkang kat umah...cuti habis cam tu jer..seb baik kena time cuti. ada la cik hubby nolong kita buat keje umah...

    *********************************************************************
    lady,
    tak sihat dik...tu yg sepi jer...

    **********************************************************************
    mysdear,
    terima kasih ye kak!

    ReplyDelete
  7. me mrs. eady,
    eh...izwa punya tak balas komen pulak. hehe....
    skrg musim la izwa....anak2 akak pun dpt batuk n flu. fever pun dpt gak. termasuk mak pak jugak....kita ni bukan saja nak kena jaga kesihatan sendiri, kesihatan seluruh keluarga nak kena jaga....

    ReplyDelete
  8. ku juga merindui mu fiza...;)

    moga d kurniakan kesihatan yang baik ye Fiza...

    ReplyDelete
  9. fiza,
    semoga cepat sembuh ye..
    kena kuat, supaya boleh jaga anak2 juga...

    psssttt..patut la lama tak nampak fiza ...btw, cantiknya rumah baru ni...suka gak...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....