Monday, August 16, 2010

Hijaz nak balas dendam ke tu?

Ingat tak dulu, saya pernah ceritakan pasal aktiviti Sofie yang buat saya geram dan hangen satu badan? Boleh tengok sini. Perangai Sofie tu masih ada dan dia masih lagi buat masa adiknya, Hijaz sedang tidur dalam buaian.

Ok, kali ni pasal Hijaz pulak....hahahaha. Saya nak gelak dulu. Lucu sebenarnya melihat aksi mereka ni. Hijaz sekarang sudah pandai mengacau kak chiknya tidur dalam buaian. Kan Sofie dah kena balik dengan Hijaz. Ingat Sofie sorang je boleh kacau Hijaz, sekarang.... Hijaz sudah pandai membalas dendam. Hehehe...

Bila nampak saya ni masukkan kak chik dalam buaian, dan saya biarkan buai tu beroperasi sendiri, maka Hijaz pun akan merangkak bagai kura-kura menuju ke arah buaian. Hijaz akan berdiri dan kononnya nak tolong buaikan kak chiknya. Aduhai... anak-anak umi ni. Masa ni selalunya kak chik tak jadi tidur. Dia mesti main dengan Hijaz. 

Hijaz nak tolong umi buaikan kak chik yer....tengok tu, siap menjeling manja lagi. Buat umi geram jer.... nak kena geget ni.....

Budak2 begitula,kan? Macam2 perangai yang buatkan kita geram dan gembira.... Hehehe..... (Saje je buat entry ni sebab terhibur dengan gelagat Hijaz tu)

8 comments:

  1. sungguh comel aksi mcm ni..keletah adik beradik pastinya menghiburkan uminya..hehe

    ReplyDelete
  2. umisofie mintak maaf yer... sy dah tgk cuma tercicir update... sy dah update nama awak dah...

    ReplyDelete
  3. so sweet...ayu pun nak tumpang sama geget hijaz, boleh tak ^___^ ayu pun suka bila tgk danial main2 dgn hariz..tapi selalunya hariz ni tak suka share mainan dgn adik dia..huhu..sian danial..

    ReplyDelete
  4. ololo, comei leh hijaz..pandai dia nak tolong buaikan kak chik dia ek..good boy lah hijaz ni..

    ReplyDelete
  5. tomeiinyaaa......nak buai kak chik plak yerk...:):)

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum...

    Tembamnya pipi Hijaz...comey jer.Haihh..lama tak de baby kecik cmni.

    ReplyDelete
  7. Comelnya Hijaz...
    Bulat, debab dan montel macam buah melaka...hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....