Saturday, July 24, 2010

2 kuih bingka yang saya buat.

Kali ini nak buat entry pasal masakan lagi, boleh? Hehehe...tentu saja boleh, kan? Apa yang kita buat, tak salah kita kongsikan untuk panduan kawan. Kot la ada sesapa yang teringin nak buat, bolehlah dirujuk. Tapi, ini bukan blog masak2 yer...sekadar berkongsi.

Saya telah membuat bingka labu. Permulaannya, bingka labu yang saya buat tak menjadi. Bila dah siap dibakar, bingka labu jadi lembek. Saya dah ikut peraturan dan sukatan, tapi tak mahu solid and firm pulak. Sedikit kecewa sebenarnya. Saya mula menyalahkan oven. Oven yang saya ada tak boleh nak bakar kuih ke? Selama ni saya cuma bakar ayam atau ikan je. Tapi, memang sebelum ni pun, kalau buat bingka, tak berapa nak solid bingka tu. Mesti cair dan lembik di dalam walaupun tempoh pembakaran dah lebih 1 jam.

Saya tak berpuas hati. Mula mencari-mencari resepi, meng'adjust' apa yang patut pada resepi tu. Rupa-rupanya, setelah mencuba resepi yang saya 'adjust' tu, dan dengan lafaz Bismillah, penuh berharap agar usaha saya kali ini berhasil. Alhamdulillah, usaha saya berhasil juga. Sungguh tak sangka kuih bingka saya menjadi. Maknanya bukanlah salah oven. Hehehe....lega cik suami saya. Tak de la isteri dia ni minta oven baru.

Ok, suka ingin berkongsi kuih bingka yang baru saya buat. Sebenarnya dah buat minggu lepas, tapi, baru berkesempatan nak kongsikan kali ini. Ini ialah bingka labu + keledek. Mari kita tinjau resepinya,yer....

Bahan-bahan Bingka Labu+Keledek

  • 1 setengah cawan gula
  • 1 biji telur (saya gunakan saiz besar punya!!!)
  • 3 cawan tepung gandum
  • 600gm labu dan keledek
  • 500ml santan / susu cair
  • sedikit vanila
  • secubit garam

Cara membuatnya:

  • Keledek dan labu direbus sehingga lebut dan empuk, kemudia lenyekkan sehingga lumat.
  • Masukkan semua bahan dalam blender, dan kisar hingga halus. 
  • Masukkan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan marjerin/butter. (Saya gunakan periuk nasi letrik, sebab loyang saya kecik.)
  • Bakar pada suhu 200 darjah celcius, selama 40 minit hingga 1 jam.
  • Sejukkan dulu, baru potong. Kalau tak nanti kuih bingka anda tak solid. 
  • Selamat menghidangkan kepada suami dan anak2 tersayang.


Mari lihat gambar saya....
Gambar 1- Proses pembakaran di oven
Gambar 2- Selepas 1 jam dibakar....
Gambar 3- Proses untuk memotong kuih bingka
Gambar 4- Kuih bingka labu+keledek yang siap untuk dimakan.

**********************************************************************************************************************************************************************************************************
Disebabkan kerajinan saya bertambah untuk minggu tu, saya telah membuat satu lagi kuih bingka, iaitu bingka roti. Sangat2 rajin,kan umisofie ni. Jadi untuk kuih ni pun saya seronok ingin berkongsi resepinya. Saya mencipta sendiri resepi ini yer. Sapa nak cilok, silakan. Saya halalkan...hehe.

Bahan-bahan Bingka Roti

  • 1 setengah cawan gula
  • 2 setengah cawan tepung gandum
  • 7 keping roti (direndam). 5 keping dikisar dan 2 keping lagi dicarik2 untuk dimasukkan dalam bancuhan.
  • 1 biji telur (saya gunakan telur saiz besar punya...jugak!)
  • 1 tin susu cair, campurkan sedikit air supaya mendapat sukatan sebanyak 400ml.
  • sedikit esen vanila
  • secubit garam
  • 1/2 tin jagung manis (optional, kalau tak nak pun tak mengapa...)

Cara membuatnya:

  • Roti direndam dahulu.
  • Sementara itu, kisarkan semua bahan dalam blender. (Jagung jangan blend sekali yer)
  • Masukkan 5 keping roti yang telah direndam dalam blender tadi, dan kisar lagi.
  • Kemudian masukkan dalam loyang yang telah disapu dengan marjerin/butter. (sekali lagi saya gunakan periuk nasi letrik)
  • 2 keping roti yang dicarik2 tadi masukan dalam bancuhan beserta dengan jagung manis.
  • Bakar dalam oven pada suhu 200 darjah celcius, dalam satu jam.


(alamak, gambar ni tiada nombor pula yer...)
Gambar 1- Proses pembakaran kuih.
Gambar 2- Kuih dah siap dibakar, dan tunggu ianya sejuk, baru potong.
Gambar 3- Kuih bingka siap untuk dimakan....

Semoga resepi ini bermanfaat untuk semua. Resepi2 ni saya buat masa M saya hilang. Kalau M datang, tentu saja kuih2 ini tak kan menjadi.

9 comments:

  1. sedapnya bingka labu tu...puding roti baru je buat mggu lepas..nk buat mcm2 kuih tp tkde oven..ermmm

    ReplyDelete
  2. org perak sebut bingka roti.(nida org perak)husband nida ckp..itu bukan bingka roti. Itu puding roti (dia org johor)..hehe

    ReplyDelete
  3. waaaaaaaa
    dahlah tengah lapau, tengok gambar kuih2 ni lagi la lapau. mintak sket boleh? hehehe...

    ReplyDelete
  4. sedapnya bingka labu... bingka roti tu pun lady suka makan.... boleh try nanti nih...

    ReplyDelete
  5. samalah kita k.fiza..lately nak tulis pasal resepi je.hehe.bkn blog masak2 pun.

    btw,nmpk sedap bingka tu.teringat kat mak sy.rajin nti nak gak try la..
    smalam try wat donut,nak ty,kalu donutkan,pakai yis kering ok kan?kebetulan ada yis kering je kat umah,tp cam keras sket la donut sy tu...nape ek?

    ReplyDelete
  6. amirah,
    tak de oven tak ngapa. ada satu blog tu akak tgk dia buat bingka guna rice cooker jer. jadi la pulak...

    *****************************************************************************
    nieda,
    hehe...lain tmpt lain pulak namanya yer. tak kisah la...yg penting sedap di makan...

    **************************************************************************
    kak sue,
    la, tgh lapau ke masa nengok ni? siannyer la dia....boleh jamu mata je la.

    *****************************************************************************
    lady,
    kesukaan akak juga lady. mungkin kita sama taste...:)

    *************************************************************************
    ashra,
    akak dah jwb pertanyaan ash kat cbox ash....kena try n error. akak pun memula buat asik tak jadi. mcm fed-up. tapi, sbb anak2 suka, kena gak belajar sampai jadi

    ReplyDelete
  7. memang rajin umisofie ni..
    sampai 2 jenis bingka dia buat..
    nak cilok resepi..hehehe
    tapi tak tau bila nak buat,ambik dulu ye..

    ReplyDelete
  8. amboi..rajinnya memasak..sgt seronok kalau apa yg kita buat menjadi kan..pastu abis dimakan..rasa bangga..betoi dak?

    ReplyDelete
  9. kak mazz,
    amik ler..
    pasni dah buat tu jgn lupa tepek kat blog yer...hehe

    ********************************************************************************
    kak ieda,
    kalau menjadi, mmg le sonok yg amat. bangga, kembang idung tak henti2, lagi2 bila ada org puji. hehehe....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....