Friday, July 23, 2010

Saya buat donat lagi...lebih yakin!

Pagi tadi, dah beberapa kali alarm handset saya berbunyi, suruh tuannya bangun. Saya offkan, maklumlah tengah "cuti" dari bersolat. Tiba2 Amniy kejutkan saya, "umi, donat dah buat ke?". Baru teringat, "haah la...nak buat donat. Dah janji dengan anak2." Terus bangun, cuci muka, menuju ke dapur.

Donat saya kali ini, saya lebih yakin membuatnya. Ingat tak dulu saya pernah buat entry yang pasal donat? Sila rujuk sini kalau tak ingat. (Sesuka je umisofie ni kan, arah2 orang. Sapa nak rujuk, boleh la... Sapa tak nak, tak pe...) Bagi saya, donat saya yang saya buat dulu, walaupun nampak macam gebu2, montok2 gitu, tapi, lepas digoreng, dan bila dah sejuk, donat jadi liat dan sedikit keras. Tak lembut dan tak gebu.

Dalam tempuh itu, saya menuntut lagi dengan MIL. MIL saya dulu jual donat. Donat dia sedap, gebu, lembut walaupun dah sejuk. Sampaikan donat MIL dicari oleh penggemar donat kat kampung saya. Menuntut dan mencuba beberapa kali. Mula2 buat, ok...tapi macam terlebih marjerin. Jadi, rasa donat sedikit rapuh. Kali kedua mencuba lagi, donat sedikit berongga. MIL kata mungkin terlebih yis. Tapi masih enak dimakan. Masih berani memberi sedikit pada jiran kiri kanan. 

Tapi, kali ini saya lebih yakin membuatnya. Suami saya kata ok, sedap. Macam MIL punya. Siap order lagi, suruh saya buat donat untuk pot luck sekolah minggu depan. Saya juga pernah mencuba pelbagai resepi donat dari internet. Tapi tak sama macam resepi MIL saya. 

Ish...tak de coklat curah pulak tu, sekadar gula yang diblender halus jer....

Ok....suka untuk kongsi resepi dari MIL saya.
Bahan-bahannya:
  • 2 cawan tepung gandum
  • Yis basah - direndam dengan 250ml(lebih kurang) air suam bersama sedikit garam (sukatan untuk yis ni saya tak pandai nak sukat, sbb timbang saya dah rosak,  jadi saya agak2 je)
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar susu pekat manis

Cara-caranya:
  • Campurkan tepung bersama marjerin, sebatikan (dengan tangan tau!)
  • Masukkan susu pekat manis, sebatikan lagi.
  • Lepas yis dah cair, masukkan air rendaman yis tadi. Biar air terlebih sikit,tak mengapa dan gaulkan. Memang bancuhan akan sedikit melekat kat tangan, gaul lagi, letakkan tepung sikit-sikit, sampai bancuhan boleh didoh. 

  • Petua nak bagi donat tu lembut : masa buat doh tu, bancuhan tu jangan terlalu byk tepung. Biarkan ia melekat2 kat tangan tu. Masa ni, kena banyak bermain dengan tepung, ambil tepung tu sikit2 la.... (faham tak bahasa saya ni... sah!umisofie ni memang tak boleh keluarkan buku resepi,kan?) Jangan terlebih tepung ye, nanti donat dah sejuk akan keras dan liat!!!

  • Pastu, terap sikit2 (macam kita nak terap biskut raya tu, tapi tak yah la guna penggelek tepung. Gunakan tangan je. Sebab nak terap sikit je) dan acukan dengan mulut cawan yg kecik. Sebab donat akan membesar..... dah naik sikit, lubangkan tengah (saya gunakan buku benang untuk menghasilkan lubang tengah)

  • Goreng la donat tu..... dah siap goreng tu, letak la coklat ke, gula ke.....

Ini donat yang saya goreng separuh untuk di'frozen'kan. Bila dah sejuk, masukkan dalam peti sejuk. Kalau nak, esok hari boleh goreng semula.

15 comments:

  1. thanks kak, sudi berkongsi resepi..boleh mencuba nanti ni..

    ReplyDelete
  2. sedap nyerrrrr..meliur kan!...nyum nyum nyum..;)

    ReplyDelete
  3. rajin bebenau ni..gebu macam pipi i kan kan kan
    pandai nye buat donut ye:)

    ReplyDelete
  4. uii...sedapnya..nak cuba nak cuba la kak..resepi dia sebenarnya simple kan..tapi ke'expert'an yg tk simple..hehe

    ReplyDelete
  5. bes bes..amik resepi ye..tq.hehe
    lama la tak mkn donat...hehe

    ReplyDelete
  6. wahhh rajinla ummie sofie neh...bonda dadif nk blaja la ngn ummie sofie..boye x nak???

    ReplyDelete
  7. sedap ni..nabila suka donat..sekali jalan boleh habis 2 biji..

    ReplyDelete
  8. hmm..pandai masak fiza ni ye..nsb baik bagi resepi skali. tak yah akak sibuk2 nak tanya.. :D

    ReplyDelete
  9. rina,
    ok je...sharing is caring, caring is loving,right? hehe...silalah mencuba ye. akak ni pun berkurun baru mnejadi donat yg lembut dan gebu ni.

    *******************************************************************************
    izwa,
    nyum...nyum...nyum... sila menjamu dgn mata je yer...hehe. kalau izwa dekat dgn akak, boleh akak bagi kat syahmi n sufiyah tu.

    *******************************************************************************
    kak risa,
    hehe....sudi akak baca blog fiza. tq. sayang akak. pipi akak gebu mcm donut ke?

    *********************************************************************************
    amirah,
    silalah mencuba ye. kalau tak cuba kita tak tahu kita ada bakat...hehe

    ******************************************************************************
    ashra,
    sila, sila ash...amik le resepi tu mudah jer...
    pasni buat donat tepek kat blog yer. nak tgk hasilnya.

    ********************************************************************************
    cik puan akish,
    nak belajar? boleh je...ilmu kena share. try la guna resepi tu...insya Allah jadi. saya pun berkali2 baru menjadi.hehe

    *****************************************************************************
    JMY,
    mmmmm....sedap sgt tau! hehe

    *****************************************************************************
    kak ieda,
    nabila suka donat ke? kalau dekat boleh kasi nabila, bukan sahaj 2 biji, 3, 4, 5 biji pun boleh. hehe..

    **********************************************************************************
    k.azma,
    hehe...dah bg resepi tu kena buat utk hasif pula yer...

    ReplyDelete
  10. bestnya..akak cilok ya..minta halal fiza jelitaaaaaaaa

    melurjelita

    ReplyDelete
  11. kak laili@ azarni...
    oooo, nak cilok yer...hehe, sila,sila. dah buat nanti hantar rumah fiza yer.

    ReplyDelete
  12. gebunya donut kak fiza... suka lady tengok... boleh la lady cuba nanti...

    ReplyDelete
  13. lady,
    silalah mencuba....
    kalau betul gayanya, insya Allah menjadi.

    ReplyDelete
  14. Waw..tgok gamba pun boley agak yg donut tu lembutttt..waduh..eh,takyah pakai telur ke.. sy dlu penah buat,tapi bile sejuk, agak keras dan kat tgah tak banyak rongga, agak padat huhu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....