Entry ini sapa tak nak baca pun tak pe. Entry ini entry luahan permintaan saya untuk suami saya yang tercinta....hehehe....
Hari ni, umi penatnya....sepanjang hari mendukung Hijaz. Hijaz sekarang tak mahu diletak. Nak bertepek je dengan umi. Sakitnya bahu umi. Sakitnya badan umi. Abi, tolong la umi....!!!! Abi bayangkanla, berat Hijaz dah 8.3kg. Mana larat umi nak dukung sentiasa. Jadi, umi mohon sangat supaya abi faham. Bila umi dukung Hijaz sebelah tangan, semua kerja rumah umi tak dapat selesaikan. Jemur kain, petang jugak baru dapat jemur. Basuh pinggan pun, tak selesai-selesai. Nak melipat kain yang bertimbun pun, tak sempat. Macam mana nak buat semua tu kalau Hijaz asyik nak dukung je.
Pagi tadi, menjerit-jerit Hijaz menangis sebab umi tinggalkan dia. Umi kena mandikan Sofie, basuh poo poo dan pee pee Sofie. Belum Amniy nak susu, Sofie nak susu. Umi tak boleh buat kerja sebelah tangan. Lenguh tangah satu lagi mendukung Hijaz. Umi ada permintaan dari abi. Umi nak ring sling. Boleh, bi? Alaaaa....boleh la. Umi dah search kat google. Banyak web yang jual ring sling. Kalaula umi ada ring sling, tak de la penat umi nak dukung Hijaz yang debab dan montel tu.
Kalau dah ada ring sling, boleh kita sekeluarga pergi jalan-jalan, shopping-shopping, tanpa merisaukan kepenatan nak mendukung Hijaz. Hijaz bukan nak duduk lama kat stroller. Mau melalaknya dia. Abi tahu tak ring sling tu apa? Ni umi tunjukkan..... umi nak sangat ring sling macam ni.
Gambar ni saya ambil dari sini
Inilah Ring Slingnya, bi....
Ini pun dari sini
p/s: terima kasih kepada http://www.kasihkusayangku.com, kerana saya pinjam gambar2 di atas untuk entry ini.
Tengok orang tu pakai ring sling... nampak comfortable je time bawa baby. Kalaula umi boleh dapat ring sling macam tu.....
Cuba abi tengok gambar bawah ni pula, elok je si bapa mendukung baby dia. Baby pun nampak more comfortable je dalam pelukan bapa. Kalau ada ring sling, abi pun senang nak dukung Hijaz. Nak dukung Sofie senang,kan? Boleh la,yer?
Image ini dari sini
p/s: terima kasih juga kepada http://jumpsac.blogspot.com kerana saya pinjam gambar ini untuk ditunjukan kepada insan kesayangan saya.
Abi, umi pun dah telek harga ring sling ni. Memang agak mahal.....huhuhu. Kalau abi senang-senang, abi pergi la layar website tu yer. Kot la abi pun berkenan.
Umi nak kumpul duit la. Umi nak beli ring slig. Umi tak mahu lagi sakit bahu, sakit badan dukung Hijaz. Tolong ye, bi. Abi sayang umi,kan? Umi harap sangat abi akan izinkan umi beli ring sling ni.
Kalau abi tak beri izin, nampaknya, umi terpaksalah teruskan mendukung Hijaz macam ni... sampai Hijaz pandai jalan sendiri. Tak pe la... umi redha la dengan keputusan abi. Apa pun, umi masih berharap abi boleh beri izin. Tolongla, bi!
suamiku itu macam tak nak baca je coretan ini. huwaaaaa!!!!!!!
ReplyDeletebacala bang. kalau abang tak baca, macam mana abg nak tahu permintaan hati fiza ni...huhuhu.!!!!!
salam Umi sofie.
ReplyDeletebaby sling ni memang bagus.saya tengok pembantu saya gendong anak saya,senang je dia nak buat kerja.anak saya pun minta gendong tu sendiri dengan pembantu.suami pun dah belikan baby sling ni selain gendongan pembantu.
fiza...e mel jer entry ni kt hbby fiza tu..nanti dia mesti baca.
ReplyDeleteakak rasalah kalau nak berjalan2 oklah pakai sling tu tapi kalau nk buat kerja rumah baik letakkan anak kt bawah.coz bahaya gak anak kt sling ni.tgn dia masih boleh mencapai.
haha fiza... nak beli ring sling mmglaa mahal... tp bule jerr gantikan ngan kain batik.. ala2 indon2 kendong anak2 dia pakai kain biasa jerr!!! sama jerr concept nyer tu... hehe
ReplyDeletealahai fiza...hope cik abg fiza dapat tunaikan permintaan fiza ye...:D
ReplyDeletesy guna pouch sling je fiza...tak pon buat sementara, guna je kain batik..function sama je fiza..
ReplyDeletekalo la sy ade masa..boleh je tolong jahitkan pouch sling utk fiza...:P
apapun try la tanya kak shada (bigeyesshop)kot2 dia boleh bg diskaun utk fiza....
saya tak penah pakai ring sling ni..
ReplyDeletejuz bawak Mawar pakai stroller jek jalan ke sana ke mari..
tapi kalo d rumah tu,dia dok dalam walker la..
now dia dah ada kaki sendiri,takde la susah lae bawak stroller..hehehe
anyway,memang nampak confy bile org pakai ring sling..
teringin,tapi tak terbeli2 sampaila anak dah berjalan..
hahaha~
ring sling ni si ibu nampak selesa anak pun nampak selesa kan....
ReplyDeleteqaseh mas,
ReplyDeletesaya tgk org bawa baby guna ring sling tu, nampak best sgt. tu yang nak sangat tu...hehe.
***********************************
kak ieda,
ok gak kalau nak email. takut dia bo layan je ngn email kita. huhu...
kalau masak, fiza takut gak nak dukung anak kak ieda. kalau jemur kain ke, basuh pinggan ke, sapu rumah ke....ok je kan?
***********************************
nadie,
aku pernah gak gunakan kain batik tu, tapi tak menjadi. mungkin kain batikku kurang besar la....bibik indon tu dorg pakai kain batik lepas,kan? aku tgk maid abg ipar guna kain batik lepas. nampak best jer....relax je dia buat kerja. nak kena belajar ni.
***********************************
kak fisa,
kalau dia dpt tunaikan, wah.....bestnyerrrrr....
***********************************
Della,
oh! guna pouch sling yer....
mmmm....kain batik tak de la, della. kain batik yg ada, tak menjadi, tak reti gak nak guna. alahai...terharu fiza, della!
***********************************
krsty,
ni anak dah 4, hati ini amat2lah teringin benda yang namanya ring sling tu...hehehe...
masalah dak debok Hijaz ni, tak suka kita letak dia kat stroller, selalunya melalak sakan dia. huhuhu...
***********************************
lady,
haah, sambil kendong anak, boleh sambil breastfeed sekali. tak yah nak keluarkan dari ring sling.
tak de ring sling, ikat pakai kain batik pun boleh :D
ReplyDelete