Tuesday, April 20, 2010

2 kisah berbeza....

Pertamanya, ingin bicara hal Sofie. Pagi tadi, Sofie ada appointment di HSB. Sofie hanya pergi bersama abisofie. Sejak ada Hijaz dan Ikhwan sudah bersekolah, segala appointment di HSB dan IJN saya dah tak pernah turut serta. Semasa mengandungkan Hijaz, saya telah biasakan abisofie dengan keadaan ini.

Hari ini ada 3 appointment. Pead Clinic, ENT dan Audiologi. Memang saja minta semua appointment dibuat pada hari yang sama supaya suami saya tak ambil cuti yang banyak. Kesian juga dengan dia. Kerja asyik cuti je. Kena simpan cuti juga, kot la ada kecemasan di masa akan datang. So, setelah pulang dari HSB tengahari tadi, saya bagaikan polis menyoal siasat suami apa yang terjadi di hospital. Hari ini, Sofie ke Klinik Peadeatrik, diperiksa oleh Doktor Zaila. Oh! Doktor ni sudah jadi doktor pakar yer. Alhamdulillah, pemeriksaan ke atas Sofie baik semuanya. Cuma, Sofie ada batuk sikit. Jadi, Sofie diberi nebulizer, dan sambung sedut gas guna inhaler di rumah, 4 hourly!

Appointment dengan ENT pun, baik semuanya. Telinga Sofie ok dan normal. Harapan saya keadaan ini akan berpanjangan selamanya. Ujian audiologi pun menunjukkan keputusan yang baik. Bagus Sofie! Umi bangga dengan Sofie. Sofie kuat mengharungi segalanya.

Dan keduanya, sedikit emosi. Baru-baru saya ikuti satu blog yang bagi saya amat menyentuh hati saya sebagai ibu. Banyak sebenarnya blog yang saya ikut menyentuh hati saya. Tapi, ntah kenapa, beberapa hari ni, blog ini menjadi pilihan saya. Blog yang saya maksudkan ialah blog Mayyonizz. Blog berkaitan anak penulis yang tidak sihat dan masih di ICU HKL.

Saya tak pernah jumpa dengan pemilik blog. Saya mengenali blog ini daripada blog Noina. Saya sangat terharu bila mengetahui tentang anak Mayyonizz iaitu Allana Qish. Kesian, sedih tiap kali membacanya. Saya terpanggil untuk sertai blog ini kerana adik Allana mendapatkan rawatannya di HSB, dan duduk di wad yang biasa Sofie duduk, wad 8c. Tapi, sekarang adik ini berada di ICU HKL. Keduanya, kerana adik Allana juga mendapatkan rawatan alternatif di Gedangsa, bersama Kak Raw, sama seperti Sofie. Kedua-dua faktor itu yang menjadi penyebab saya mengikuti blog Mayyonizz.

Jadi, seolah-olah saya dan Mayyonizz ada ikatan sehingga meruntun jiwa saya tiap kali saya membaca coretan Mayyonizz. Tabahlah, Mayyonizz. Kita insan terpilih, dipilih oleh Allah untuk peroleh anak istimewa. Semoga ada sinar kehidupan yang lebih baik buat adik Allana Qish. Harapan saya, moga satu hari nanti saya dapat bertemu dengan adik Allana Qish. Coretlah selalu di blogmu, Mayyonizz... saya sentiasa menanti coretanmu tentang Allana.

3 comments:

  1. berat mata memandang berat lagi mata yg memikul... insyaAllah kak berkat doa semua, Allah akan permudahkan urusan akak dan Allah akan berikan kesihatan yg baik pada sofie.. sama2 kita doakan..

    ReplyDelete
  2. moga sofie dan adik Allana Qish kuat menghadapinya..moga kedua-dua anak ini di berikan kesihatan yang baik...

    ReplyDelete
  3. salam sis,
    terpanggil datang melawat ke sini...
    nak tau sebabnya...? nama kita sama bahagian depan tuh..hehe
    my name naimatul farah :)
    baca pasal kisah sofie dan allana..
    hope mereka berdua cepat sembuh..
    dan dapat aktif mcm2 kanak2 yg lain...amin!!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....