Monday, April 19, 2010

Sofie Di Hujung Minggu

Assalamualaikum,
2 hari tak update blog ini rentetan terlalu sibuk menguruskan Sofie baru sahaja discharge dari wad. Hujung minggu yang sangat memenatkan. Sabtu semalam, nenek dan atuk Sofie (PIL) dari Sabak Bernam, datang ke rumah kami di Bandar Tasik Puteri, Rawang dan bermalam di rumah kami. Esoknya, Ahad, adik beradik, ipar duai pula bertandang untuk melawat Sofie. Reaksi Sofie? Nanti umisofie ceritakan......

Saya sebenarnya telah bernazar, sekiranya Sofie selamat dibedah dan sihat kembali ke rumah, saya ingin menjamu sedikit adik beradik dan ipar duai dengan membuat jamuan kecil di rumah. Disamping menjemput jiran sebelah menyebelah, serta saudara terdekat. Jadi, memandangkan minggu ini mereka semua ingin berkumpul di rumah saya, saya dan suami telah mengambil kesempatan ini. Sebelum tu, saya ingin bercerita kisah Sofie dulu.....

Pulang dari wad IJN, Sofie sebenarnya amat gembira. Sedia maklum semua, kan bila tengok gambar-gambar Sofie di wad pada entri lepas. Yang belom berkesempatan melihat kegembiraan Sofie semasa di wad, boleh tengok disini. Malam minggu semalam pun Sofie masih bergembira, satu rumah dengar kekekan gelak tawa Sofie. Lagi-lagi bila nenek, atuk dan cik Eddy bermalam di rumah. Seronok dan bahagia hati saya dengar suara Sofie gelak bermain bersama Ikhwan dan Amniy. Malam tu pun, Sofie tidur dengan lena.

Pagi Ahad, Sofie bangun dari tidur, tiba-tiba Sofie demam, batuk-batuk dan pernafasan agak semput. Tangan dan kaki Sofie sedikit kebiruan. Sofie menangis sepanjang masa. Saya sedikit cemas. Di dapur saudara yang dah datang sedang bersiap menyediakan sedikit juadah untuk dimakan bersama pada waktu petang. Kononnya macam kenduri la, tapi kenduri untuk keluarga je. Saya sebagai tuan rumah, tak boleh nak buat apa-apa kerja di dapur selain melayan segala macam karenah Sofie. Ntah kenapa hari saudara ingin berkunjung Sofie meragam. MIL dan FIL yang sibuk menguruskan semua juadah, sambil dibantu oleh kakak biras saya. Kesian mereka. Tuan rumah sibuk menguruskan anak.

Saya beri cadangan pada cik abang saya supaya membawa Sofie ke klinik, risau hati saya kerana Sofie baru saja keluar dari wad. Sofie dibawa ke klinik berhampiran, dan Sofie perlukan nebulizer. Cik abang cerita, bila disua saja nebulizer ke muka Sofie, tangan Sofie pantas memegang. Seolah-olah Sofie dah mengerti, itu yang diperlukan olehnya saat itu. Sofie nampak agak selesa selepas mengambil nebulizer. Suhu badan Sofie pun agak tinggi. Sofie demam! Itu sebab Sofie meragam.

Waktu tengahari, rumah kami sudah penuh dengan ahli keluarga lain. Sepupu-sepupu Sofie pun dah ramai yang datang, semuanya ingin menziarahi Sofie. Rupanya, bila tengok orang ramai, Sofie lagi mengamuk dan meragam. Jalan penyelesaian, saya, Sofie dan Hijaz terpaksa berkurung dalam bilik atas, 'onn'kan 'aircond', alhamdulillah, nampak Sofie lebih tenang di bilik atas. Sofie memang tak suka suasana hiruk pikuk. Susah betul nak bawa Sofie berkumpul bersama saudara mara.

Bila keadaan Sofie agak stabil, saya bawa Sofie turun bawah. Rupanya, jiran sebelah rumah dah datang, saudara lain pun dah datang. Masing-masing ingin berjumpa dengan Sofie. Saya sentiasa mendukung Sofie supaya Sofie tenang. Mujur Hijaz beri kerjasama, dijaga oleh saudara yang lain. Sebelum berjumpa dengan saudara lain, saya beri Sofie PCM, sebab badan Sofie panas. Selepas tu baru berjumpa dengan saudara. Semuanya ingin melihat dada Sofie yang baru dibedah. Akhirnya, Sofie tertidur dipangkuan saya, terus saya masukkan Sofie dalam buaian. Mungkin Sofie rasa mengantuk selepas saya beri PCM. Dan saya pun selesa melayan saudara mara yang datang.

Bila semua tetamu sudah pulang, keadaan di rumah agak reda, Sofie bangun dari tidur. Sudah malam pun Sofie bangun. Jam 8.30 malam. Sofie nampak lebih ceria dan sihat. Bertuah betul. Bila orang dah tak de baru Sofie tunjukkan perangai Sofie yang sebenar. Hai...Sofie, Sofie. Buat umi risau je.

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua saudara yang hadir menziarahi Sofie. Terima kasih juga buat yang tersayang, ibu dan bapa mertuaku nan seorang, yang sangat baik dan penyayang....menolong saya menjadi tukang masak, memasak segala macam makanan untuk dihidangkan kepada para tetamu yang berkunjung menziarahi Sofie. Nak tahu apa yang dimasak oleh PIL saya? Satay ayam bersama kuah kacang dan sambal yang best, bakso yang sedap, dan sedikit kuih. (malam tadi kami ramai-ramai mencucuk satay yang dibuat oleh PIL). Terima kasih juga buat suami saya yang tercinta kerana membantu membuat cucur udang yang sedap. Terima kasih kepada pembakar-pembakar satay, abang-abang ipar dan bapa mertua saya, juga adik ipar. Lain kali datang, tolong lagi yer...hehe! Terima kasih kerana berusaha menjadikan nazar saya ini tertunai. ALHAMDULILLAH. Hutang saya dengan Allah terlaksana!

p/s: tiada gambar untuk aktiviti minggu ini, kerana saya terlupa di mana saya letak kamera saya. bila semua tetamu dah balik, baru saya jumpa kamera saya. aduhai...kecewa sungguh saya!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....