Saya tahu, ramai yang ingin mengetahui kisah Sofie. Sukar untuk saya melelapkan mata malam ini. Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Tengahari semalam, 31 Mac 2010, merupakan tarikh bersejarah buat keluarga saya. Tengahari semalam, tepat jam 12 tengahari, Sofie dibawa masuk ke dewan bedah dengan diiringi oleh abisofie. Umisofie berada di rumah ketika itu. Menanti dan terus menanti berita dari abisofie. Masa tu, telefon sentiasa di tangan saya. Lebih kurang jam 12.30 tengahari, saya sms suami saya. "Abang, Sofie masih tidur?". Suami balas, "Sofie masih tidur sambil dioperate. Sian Sofie. Abang balik sekarang". Doktor jangkakan operasi ke atas Sofie dalam 4-5 jam. Itu sebab suami boleh balik ke Rawang mengambil saya.
Tak semena-mena air mata jatuh kembali. Ya Allah, giliran Sofie telah tiba. Saya berdebar-debar. Pagi semalam, saya sempat menunaikan solat dhuha dan solat hajat khas untuk Sofie. Berdoa memohon Allah Yang Maha Besar berikan keselamatan buat Sofie. Mohon Allah lanjutkan usia Sofie. Mohon Allah kuatkan hati kami sekeluarga menerima dugaan yang maha hebat ini. Kami telah berusaha sedaya mungkin untuk Sofie, berdoa dan sekarang kami bertawakal...berserah sepenuhnya kepada Allah.
Saya dan suami sampai IJN jam 2.30 petang. Sempat menjamah sedikit makanan di cafe IJN, saya tak berselera makan, memikirkan Sofie yang sedang bertarung dalam dewan bedah bersama-sama pakar bedah. Namun, saya paksa juga makanan masuk dalam perut demi Hijaz. Kesian Hijaz. Susu hampir-hampir down....
Selesai makan, suami terus meluru ke dewan bedah. Saya ditemani adik perempuan saya, Nurul, masih di cafe. Setelah itu, kami ke lobi utama bangunan lama IJN. Di situ, saya sentiasa menunggu khabar tentang Sofie dari suami.
Jam 4 petang, saya sms suami bertanyakan tentang Sofie, namun, jawapan masih hampa. Saya masih boleh bersabar. Saya tak boleh duduk diam. Berjalan-jalan sambil mendukung Hijaz. Hasrat di hati ingin bersama-sama suami di depan dewan bedah. Tapi, keadaan tak mengizinkan...kerana Hijaz. Saya redha.... mulut dan hati saya tak henti-henti berdoa dan berzikir, sebagai penenang hati dan jiwa.
Agak lama menunggu. Waktu Asar tiba, saya tunaikan solat Asar. Tidak putus-putus saya berdoa mohon Allah selamatkan Sofie.
Jam 6.45 petang, sedang saya tukarkan lampin Hijaz di tandas, suami hantar sms. "Sofie ok, positif. Jap lagi abg turun." Masa tu, saya tak sedar, ucapan Alhamdulillah keluar dari mulut saya. Saya terlupa yang saya berada dalam tandas. Cepat-cepat saya keluar memberitahu keluarga yang lain. Masa ni, PIL, BIL dan 2 orang anak lelaki saya telah sampai dari kampung. Sofie telah selamat menjalani tahap yang paling sukar. Pembedahan Sofie selamat, syukur Ya Allah, Alhamdulillah.
Jam 7 malam, giliran saya naik ke PICU (ICU untuk kanak-kanak). Anak sulong saya, Ikhwan nak ikut serta. Saya memujuk, kanak-kanak tidak dibenarkan masuk. Kesian Ikhwan, dia menangis, Ikhwan nak tengok Sofie. Air mata saya tak dapat dibendung lagi. Ikhwan kata, dia rindu Sofie. Puas juga suami memujuk dia. Akhirnya dia akur. Saya tahu, anak saya taat kata ibu bapa. Saya tahu hati abang yang rindukan adik. Sabar ye, Ikhwan. Saya minta Ikhwan doakan Sofie cepat sihat.
Saya masuk dulu bersama MIL. Sampai di katil Sofie, saya menangis. Air mata saya tak dapat nak ditahan lagi walaupun saya cuba menahannya. Melihat keadaan Sofie sebegitu rupa...Ya Allah. Tak sanggup. Keadaan Sofie yang penuh berwayar, saya jadi tak kuat. Hidung Sofie masuk tiub. Mulut Sofie pun masuk tiup. Belum lagi dengan ntah apa-apa wayar lagi. Saya lihat dada Sofie, masih berplaster. Kesan bedah. Di sini saya cuma gambarkan keadaan Sofie sahaja. Saya tak dapat nak ambil gambar. Tak dibenarkan... dan saya tak terfikir pun nak ambil gambar. Lupa semua perkara apabila melihat Sofie sebegitu.
Sofie masih tak sedarkan diri. Saya pegang tangan Sofie, saya cium dahi Sofie. Saya bisik di telinga Sofie, "Sofie, umi datang, sayang. Umi rindu Sofie, umi sayang Sofie." Saya usap lembut rambut halus Sofie, sambil berdoa mohon kesejahteraan buat anak gadis saya nan seorang itu. Ya Allah, saya tak sanggup melihat Sofie begitu. MIL pujuk saya. MIL usap belakang saya. "Sabar, Fiza. Banyakkan berselawat. Doa untuk Sofie", kata MIL. Saya terdengar MIL berdoa perlahan,"Ya Allah, selamatkan cucuku". Saya tak boleh tahan. Air mata saya bagai air terjun. Akhirnya, MIL ajak saya keluar. Saya dapat tengok 15 minit je. Sebabnya, ada lagi saudara yang nak melawat. Kat PICU dibenarkan 2 orang pelawat sahaja. Saya belum puas. Esok saya nak datang lagi!!!!!
Saya turun bawah. Cuba mengawal air mata. Suami senyum je melihat saya. Suami kata, "Sofie dah selamat melepasi 2 fasa bahaya. Sekarang tinggal 1 fasa saja. Kita berdoa banyak-banyak." 2 Fasa bahaya yang suami maksudkan ialah, bius dan bedah. Doktor kata dulu, 2 fasa ini penting untuk nyawa Sofie. Saya pun kurang faham kenapa. 1 fasa yang belum lepas, ialah fasa Sofie berada dalam ICU. Sofie kena pantau 24 jam sebelum dibawa ke wad kawalan rapi biasa. Selepas wad kawalan rapi biasa selesai, baru Sofie akan dipindahkan ke wad biasa pula. Doakan Sofie dapat melepasi fasa itu ye, sahabat.
Sebenarnya, semasa di depan dewan bedah, suami cerita, dia dah tak senang duduk bila jam 6 petang Sofie tak selesai lagi. Cuba berfikiran negatif, tapi, suami cepat-cepat sangkal. Ah, Sofie ok...katanya. Alhamdulillah, Sofie selamat. Teringat dulu masa beritahu mana-mana doktor, Sofie Mariah, AVSD with Pulmonary Hipertension. Semua doktor kata, teruk tu. Susah nak bedah masalah jantung jenis tu. Dulu, saya hampir putus asa. Sekarang, Alhamdulillah. Namun, hati tetap risau memikirkan Sofie yang masih di PICU.
Saya yakin, pasti ada yang rindukan wajah Sofie,kan? Saya tunjukkan pada semua....
Gambar yang sempat di ambil ketika saya melawat Sofie. Dapat berjumpa dan mencium Sofie sebelum Sofie di bedah 2 hari kemudian. Umisofie, Sofie dan Hijaz.
Sofie dalam katil wad. Suami kata, Sofie ceria sangat...dan gembira. Sofie antara pesakit yang kurang menangis. Kerja Sofie hanya bermain dan tidur.
Saya rindukan wajah ini, sahabat. Doakan anak saya ini diberi sinar hidup dan sihat semula, yer...
Hati saya sentiasa menangis melihat wajah comel ini.
Sebelum masuk dewan bedah. Semasa menunggu giliran.
Maaf, gambar Sofie di PICU tak dapat diambil. Tidak dibenarkan. Nurse sentiasa ada. Nak ambil sorok-sorok pun tak boleh.
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat saya yang saya sayangi kerana mendoakan pembedahan Sofie ini berjaya. Saya berharap, sahabat semua tak putus doakan supaya Sofie terus sihat dan dapat melepasi fasa ketiga ini.
Esok, selepas Subuh, saya akan terus ke IJN, dan menetap di rumah makcik saya, di Hulu Langat. Agak dekat dengan IJN. Jadi, kalau saya tak dapat mengemaskini blog ini, di harap sahabat semua sabar menanti cerita dari umisofie ni yer.... Jangan jemu, sahabat sekalian. Sokongan anda amat saya harapkan. Saya tak sabar menanti hari esok. Saya nak jumpa Sofie yang saya sayangi..... jumpa lagi! Wasalam!
semoga sofie cepat sembuh :) amin2...
ReplyDeletecatatan naima ini mengimbau kembali kenangan yang kakpah lalui hampir duapuluh tahun dahulu. Kakngah anak kakpah menjalani operation jantung berlubang semasa umurnya 8 tahun.
ReplyDeleteKakpah dapat rasakan apa yang naima lalui.
Bersabarlah... Sama2 kakpah doakan semuga sofie sehat.
"ya allah.. selamatkanlah anak ini.. ya allah.." aminn..
ReplyDeletealhamdulillah..syukur kak..sekarang kita tunggu 1 fasa lagi ok..
ReplyDeletebarulah lega hati sy da tau perkembangan sofie..hehe :-)
mengalir air mata pagi² ni baca luahan Kak Fiza
ReplyDeletealhamdulilah, semoga Sofie cepat sembuh
fiza..i nangis tau baca tulisan fiza ni..huhu..tp lega dgr sofie dah slmt di bedah...fiza sabar ok..doa byk2..semoga semuanya selamat sejahtera...insyaallah sofie akan sihat sepenuhnya...
ReplyDeletefiza...sbg seorang ibu, saya tetap menangis walaupun hanya membaca di skrin komputer, kalau jumpa fiza dan melihat sendiri sofie entah macam mana agaknya...
ReplyDeletesabar ya...dugaan itu utk menguji dan tanda ALlah sayangkan kita...
besar juga ganjaran di akhirat nanti...semoga sofie sihat dan selamat, insyaAllah...aminn
kuatnye sofie msh ceria..sonok tgk die cmtu ;-) pe2pn smoga sofie cpt sembuh ye
ReplyDeletelega dengar sofie dah selamat dibedah.. semoga proses penyembuhan sofie berjalan lancar...
ReplyDeletemenangis eyta baca entry Fiza ni,
ReplyDeletealhamdulillah sofie dah selamat dibedah. Semoga Sofie cepat sembuh.
Fiza...bersabarlah ats ujian Allah ini. Sesungguhnya kita Diuji kerana kita disayangi... Sbg ibu, kita semua mempunyai naluri yg sama pabila melihat permata hati bertarung nyawa melawan sakitnya... Sofie Mariah, semoga kuat menghadapi segala dugaan ini, dan semoga cepat sembuh demi senyuman seorang umi...Amin!!!!
ReplyDeleteerm..sedeynye...moga sofie selamat dan sihat seperti sedia kala.... amin...
ReplyDeletealhamdulillah 2 fasa sofie berjaya melepasinya...moga sofie berjaya melepasi fasa PICU...
ReplyDeletemenangis nuyue bila baca catatan kak fiza...sabar yer kak fiza..sama2 lah kita berdoa moga sofie cepat sembuh
ReplyDeletebaru sempat baca blog akak..akak, tiem doakan semoga sofie cepat sihat & sembuh mcm biasa...comelnya dia..budak baik xbyk ragammm...ape2 pun ada berita terkini update je..insyaAllah tiem akan jenguk..
ReplyDeletetake care kak..peluk cium utk sofie dr tiem..
salam..
ReplyDeletemoga sofie cepat sembuh ye kak fizah... eja tau sofie anak yg kuat dan tabah... :) utk kak fiza... u have to be a strong ibu (memang senang cakap).... tp yg pastinya, Allah sentiasa mendengar doa hambanya... insyaAllah...pasti ada hikmah di sebalik semua ni kak...
salam sayang,
mamaeja
salam Umiesofie
ReplyDeleteAlhamdulillah
2 fasa itu memang berbahaya
semoga Sofie berjaya menempuhi ujian fasa ke 3 ini
dan semoga Sofie selamat..amin
Alhamdulillah..selamat dah..
ReplyDeleteCepat2 kuar spital yek Sofie.. :)
Salam,kak..pekaba? TQ 4 visiting my blog, tp maafla sbb tak perasan akak yg mana satu, x uia ke?
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletemaaf semu, saya baru dapat online. sibuk sgt sejak akhir2 ni...
ReplyDeleteMysDear,
terima kasih yer...
***********************************
kak pah,
saya dapat rasakan bagaimana perasaan ibu yg anaknya menjalani pembedahan. sblm ni tgk kat tv jer...alhamdulillah, Allah bg kesempatan kita merasai apa yg insan terpilih rasa.
***********************************
l@n@,
tq, l@n@...doakan sofie dan saya,yer...
**********************************
sasha,
sha tak pernah putus doakan sofie,kan? terima kasih. sian tgk sofie kat PICU...
**********************************
wina,
air mata dah jadi kwn akak,wina.
tapi, syukur semuanya selamat.tq, dear.
**********************************
della,
terima kasih atas keprihatinan della. semoga ada sinar buat sofie...
**********************************
Leen,
terima kasih sudi membaca coretan saya. terima kasih atas kata2 hikmah dari leen.
*********************************
miss tora,
sofie mmg anak yg ceria. terima kasih yer..
*********************************
lady,
atas doa sahabat, alhamdulillah sofie selamat,lady. terima kasih,lady.
*********************************
eyta,
tq, eyta.
doakan yer.
*********************************
noor,
Sofie srikandi saya. dia anak yg kuat. tq yer...
*********************************
terima kasih ye, mummy nad.
tak tahu nak balas jasa mcm mana. hanya Allah yang boleh balas.
*********************************
kak fisa,
semua urusan Allah. fiza pun tak sangka bleh berjaya. Allah panjangkan usia sofie, kak. terima kasih atas doa akak utk sofie.
*********************************
nuyue,
akak ingat hati akak kuat. rupanya, akak ni masih insan lemah. akak kalah dgn air mata. tq, nuyue...
*********************************
tiemc,
walau kita kenal melalui blog, rasa hubungan rapat. terima kasih luangkan masa baca coretan akak.
**********************************
mama eja,
ye, eja. semua Allah ketentuan Allah, pasti ada hikmah utk hamba-Nya. Akak redha dgn setiap dugaan Allah. doakan akak kuat.
**********************************
qaseh mas,
saya takut bila doc beritahu 2 fasa bahay tu. tapi, saya bertawakal. alhamdulillah...
**********************************
noina,
alhamdulillah,ina.
doakan sofie cepat kuar spital yer...
*********************************
Mas,
tak ingat akak kot. tak pe...mas pun ramai kawan,kan? kat KISAS la ,yang.
Alhamdulilah kak, sofie telah melalui 2 fasa dengan jayanya. syukur ya Allah.
ReplyDeletesaya doakan yang terbaik untuk Sofie dan akak sekeluarga.
semoga sofie cepat sembuh dan kembali ceria :)