Lambat betul kali ni Ijaz berceloteh. Dah lama pun kan Ijaz tak muncul kat blog umi ni. Umi Ijaz tu sibuk sangat la. Kak cik pulak baru lepas operation. 2 minggu Ijaz dan umi berkampung kat IJN. Ok, ada sesapa tunggu bebelan Ijaz tak? Nak tahu perkembangan Ijaz tak?
Bulan ni, sebenarnya Ijaz dah 6 bulan. 6 bulan 3 minggu dah. Berat Ijaz sekarang dah 8.3kg. Lagi seminggu Ijaz nak masuk 7 bulan. Ijaz sekarang dah master dalam merangkak. Habis satu rumah Ijaz dah explore. Kalau Ijaz penat merangkak, Ijaz berguling pulak. Pastu kan, Ijaz dah pandai kutip benda2 kecik, masuk dalam mulut. Umi selalu bising bila nampak Ijaz masukan benda dalam mulut Ijaz. Sian umi, umi selalu risau.
Bila Ijaz mula merangkak, Ijaz suka angkat montot tinggi2 macam ni. Hehehe...
Haaa...ni Ijaz dah nak start explore satu rumah ni. Bersedia ye,umi!
Yang bestnya bila Ijaz dah 6 bulan ni, umi dah mulakan Ijaz dengan solid food. Umi banyak belajar cara nak buat solid food dari blog aunty Hana. Umi suka sangat ziarah blog aunty Hana, sebab umi boleh dapat banyak ilmu. Walaupun umi Ijaz ni dah ada 4 orang anak, banyak lagi ilmu yang umi kena tuntut. Yela, nak didik Ijaz dengan abang2 dan kakak Ijaz ni, kenalah berilmu, kan, umi.... hehehe....
Oh ye...pasal solid food tu kan, umi dah buat macam yang aunty Hana ajarkan. Umi dah kisar beras, simpan dalam bekas kedap udara. Beras ni khas untuk bubur Hijaz. Bila bubur dah masak, umi tapis bubur tu, pastu umi bagi Ijaz makan. Hari ni umi dah bagi Ijaz makan bubur kosong.
Mula-mula Ijaz rasa bubur tu, macam pelik je. Tak rasa apa pun. Masin tak, manis pun tak. Tapi, bila umi dah suap untuk kali kedua dan seterusnya, Ijaz dah boleh terima. Sedap.... Ijaz rasa perut Ijaz kenyang. Tapi, sebelum Ijaz tido, nenen umi pasti Ijaz cari. Susu umi paling sedap, tiada bandingannya. Nyum...nyum...nyum....
Ini bubur kosong yang Ijaz makan hari ni bersama air putih
Suapan pertama, rasa pelik je bubur ni....
Suapan kali seterusnya....nyum...nyum....nyum. Arrkkk!!! Alhamdulillah.
Tapi,kan...Ijaz nak beritahu rahsia umi dulu sebelum umi masakkan bubur kosong ni untuk Ijaz. Dulu, umi Ijaz malas. Umi cuma bagi Ijaz makan nestum je. Ijaz selalu tolak, tapi umi ni tak faham2 kot. Hehehe...umi jangan marah yer. Lepas umi tengok Ijaz macam tolak nestum, tu yang umi jadi rajin buatkan bubur kosong untuk Ijaz. Bagus umi.....
Kat bawah ni, gambar masa Ijaz makan nestum. Comot habis!
Comot! Umi paksa Ijaz makan nestum.... huhuhu...
Ijaz tolak nestum sebenarnya.... sekarang baru umi tahu.
Lepas ni, umi kena rajin masakkan bubur untuk Ijaz. Ijaz sekarang dah pandai nak makan. Ok, kita jumpa lagi di lain entry yer.... sayang aunty2 yang baca celoteh Ijaz ni.
Alaaa.. terharunya akak Fiza.. Sekadar berkongsi maklumat.
ReplyDeleteWah! Ijaz dah merangkak yer.. Firas baru dok posisi merangkak, tapi merangkak ke belakang. Berat Ijaz pun dah ngan Firas.. 8.35kg.
Bagus Ijaz ni, tolak nestum, sebab Ijaz boleh pilih yang mana natural, yang mana artificial. Sama macam Ijaz pandai pilih, susu umi vs susu tiruan.
Sebenarnya Fiza, baby yang makan makanan dimasak sendiri ni jarang makanan. Bila start ngan nestum yang rasanya sangat manis, baby tendency nak jadi picky eater dan suka yang manis2 jer.
beratnye anak2 korg ni..
ReplyDeleteanak ku Mawar baru 7.5kg jek tau..
padahal dh setahun Mawar..
1 hari mkn byk kali pn besau tu jek..
huhu~
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSyafiah tak suka rice based foods. Buatlah bubur ke, nasi biasa ke. Dia lebih sukakan roti. Tak kiralah roti apa pun.
ReplyDeletekak Hana,
ReplyDeletememang betul pun,kan? baby ni pandai pilih yang natural. nampaknya umi Ijaz ni kena rajin masak ler... hehehe..
***********************************
krsty,
mungkin sebab Bonda Mawar tubuh kecil kot. tu sebab Mawar besar tu...tak pe, janji dia sihat.
***********************************
kak sue,
hamboi2 Syafiah ni, tak nak makan nasi yer. suka makan roti je yer... ok2, tak pe la...janji nak makan. jgn jadi macam Sofie, makan ikut mood. kadag nak, kdg tak nak.
lama tak singgah blog akk..ijaz dah pandai merangkak ye..debot betui badan dia tu..hehe :p
ReplyDeletehaah...sha dah lama tak masuk blog akak yer...
ReplyDeleteHijaz skrg dah makin ligat. tak terkejar dibuatnya.
sha sibuk yer....
sufiya 6 bln ni dh 8kg..hehehe...ari2 mkn nasi bubur cmpur susu mama dia..
ReplyDeletenestum ka slain dr bubur dia xmo.now dh nk merangkak..menyusur dh laju..stiap hari praktis nk ddk plak..
if ade ms ms tghari ni nk upload gmbr dia.;)
izwa,
ReplyDeleteupload la pic sufiya...
nak tgk...hehe.