Tengah hari tadi, sewaktu saya sedang solat zuhur, datang sebuah van pos laju ke rumah saya. Suami yang menerima bungkusan itu. Agak terperanjat, siapa pula yang hantar barang ke atas nama saya? Bila saya saya tengok nama pengirim, terkejut saya. Fakardellawarni Muhammad? Ya Allah! Ini Della. Patut pun kelmarin dia minta alamat penuh saya melalui sms. Ini rupanya.... Hadiah dari Della ini khas untuk Sofie.
Terharu sangat dengan pemberian dari Della untuk Sofie ini. Bersusah payah Della membuatnya demi untuk diposkan pada Sofie. Sungguh! Saya sangat terharu. Terima kasih yang tak terhingga. Walau persahabatan ini hanya melalui alam maya, (RH, FB dan blog) saya sangat menghargai susah payah Della.
Inilah sebahagian dari aksi Sofie menggayakan dress yang Della hadiahkan. Terima kasih aunty Della! tak menyempat nak mandi, terus bergaya dengan dress baru...hehehe.
comelnya sofie pakai baju ni... pandai kan della jahit baju ni... cantik sangat...
ReplyDeletelady,
ReplyDeletesofie excited kalau ada baju baru. pandai della jahit.
amboi, seronoknya sofie dapat gaun khas dari auntie della...
ReplyDeleteboleh lah nanti berposing dengan aisyah... seronok tengok sofie senyum gembira tu.. :D
sya,
ReplyDeletedress dari della dah dpt. nak jumpa tuan yang buat dress tu tah bila. Sofie mmg suka kalau dapat baju baru....tak sabar dah nak pakai!
alamak...sy dah agak dah..tang leher tu mmg beso sikit..nnti ek..kalo ade masa auntie della buatkan yg lain pulak....tenkiu la puji2..tp bukan kemas pun jahitannya...jahit tergesa2..2jam siap..hehe..ade jodoh kita jumpa ek fiza...sy selalu g bkt beruntung..umah abg..kalo ade rezeki, nk juga jumpa sofie...
ReplyDeletedella,
ReplyDeleteish dellah ni, tak yah susah2...hehe. 2 jam siap? sepantas kilat betul della menjahit. pandai betul...saya setakat jahit lurus, jahit kain batik, boleh ler...hehe.
senang2 dtg rawang, dtg rumah yer...