Monday, April 19, 2010

Kerisauan Umisofie

Selepas Sofie selesai menjalani pembedahan, saya sebenarnya amat risaukan hal Sofie. Kesihatan Sofie terutamanya. Dan sekarang saya amat risaukan parut pembedahan dan parut yang masukkan tiub ke paru-paru Sofie. Terutamanya, tali jahitan yang masih belum ditanggalkan lagi. Sofie cukup gemar bermain sambil tarik-tarik tali yang berada di perutnya. Aduh! Sungguh, saya sangat ngeri. Kadang-kadang Sofie menangis. Mungkin terasa sakit..... Tu la, notty girl! Umi dah kata, jangan tarik, nak jugak tarik. Kan dah sakit. Sofie, Sofie.....

Sebenarnya, Isnin, 19 April 2010 baru boleh buka jahitan itu. Eh, petang ni la.....Kena buka di klinik kesihatan. Tak sabar menanti petang nanti. Bila dah selesai jahitan dibuka, baru hati lega dengan keadaan Sofie. Tak de la tangan gatal Sofie merayap di perut untuk tarik-tarik tali jahitan tu. Ikhwan dan Amniy kata, "Ala, Umi seletep je baju Sofie tu. Stepler ker....., tak de Sofie nak tarik-tarik lagi." Wakakaka....Ikhwan dan Amniy memang pandai buat lawak. Kalaulah umi boleh seletep ke, stepler ke baju Sofie......

Tali jahitan yang belum dibuka inilah amat merisaukan saya.

3 comments:

  1. ngilu lady rasa bila kak fiza kata sofie dok tarik tali jahitan tu... lady boleh bayangkan macam mana rasanya.... takpe sofie besok dah boleh buka jahitan... semoga sofie bertambah sihat ye..
    :)

    ReplyDelete
  2. betul la Fiza, macam Lady cakap,
    saya pun ngilu..seriau je tengok tali tu.
    Moga Sofie sihat an cria selalu,amin

    ReplyDelete
  3. mak aih..ngilu tgknye...
    kite kalo pas bersalin pn rs benang tu..
    tak berani sentuh..
    berani pulak sofie sentuh ye..
    huhu~

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....