Entri saya kali ini bukanlah artikel saya, saya sekadar mengulas apa yang saya dapat sahaja. Entri ini juga saya terbitkan di blog ini kerana saya ingin mengaitkan perkembangan 2 orang anak lelaki saya yang makin besar itu. Mungkin entri ini sedikit panjang, harapnya sahabat semua tidak bosan membacanya. Ini juga sebagai rujukan dan simpanan saya. Masih banyak yang perlu saya pelajari.
Suka saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat dari rancangan Semanis Kurma minggu lalu. Tajuknya ialah "Mendidik Anak Pintar". Dalam rancangan tersebut panel jemputan ialah ahli keluarga Adik Muhammad Ahmad Zahid, ayahnya Tuan Haji Ahmad Zahid Zainal Abidin serta ibunya, Dr. Siti Khadijah Fadzil.
Secara ringkasnya, menurut bapa adik Muhammad, untuk mendidik anak yang cemerlang dunia dan akhirat, ibu bapa haruslah menjadi ibubapa yang cemerlang dahulu. Ibubapa wajib menunjukkan contoh yang baik buat si anak. Jangan suruh anak-anak bersolat, tapi ibubapa pun tak bersolat. Jangan nak suruh anak-anak rajin membaca al-Quran, tapi sentuh al-Quran pun ibubapa tak pernah. Katanya lagi, mendidik anak ni ibubapa perlu berilmu. Apa saja ilmu keibubapaan serta ilmu-ilmu Allah yang lain supaya kita sendiri yang mencorak peribadi dan kehidupan anak-anak.
Kita sebagai ibubapa perlulah sangat-sangat bersabar dalam mendidik anak, serta sentiasa beristiqomah dengan setiap amalan baik. Ini semua untuk menjadi contoh yang baik buat anak-anak kita. Perlu juga pupuk dalam diri setiap ibubapa, ikhlas mendidik anak kerana Allah Taala. Ini bermakna, niat kita mendidik anak perlulah ikhlas. Bukan melihat anak orang cemerlang dari segi akademik, kita pun nak anak kita cemerlang juga. Tapi, cemerlang tahap tu je.... Cemerlang dalam hidup itu bermaksud cemerlang dari segi emosi, rohani dan intelektual. Dan akhlak juga perlu cemerlang. Tak guna juga kalau anak-anak cemerlang dalam akademik, akhlak...... susah nak kata.
Yang menarik minat saya, apabila kita terapkan amalan solat berjemaah dalam keluarga. Bila kita sebagai ibubapa berjaya melakukan solat berjemaah, secara tak langsung anak-anak akan turut serta. (nak kena amalkan ni...hehe..) Sebenarnya, falsafah di sebalik solat berjemaah sangatlah besar. Sama ada kita sedar atau tidak.... contoh, solat berjemaah dapat mengajar kita dan anak-anak tepati masa. Ia juga mampu mengajar anak kita menghormati ketua, kerana bapa menjadi imam solat, jadi secara tak langsung, anak-anak akan terdidik untuk mendengar dan menghormati ibu bapa.
Bagaimana dengan penggunaan rotan dalam mendidik anak? Saya amat berminat dalam hal ini. Kerana anak-anak saya makin besar. Makin terdedah dengan dunia luar yang mencabar. Kawan-kawan dan media merupakan pengaruh yang sangat besar dalam diri anak-anak zaman sekarang. Ada kalanya saya menjadi takut dan sering memikirkan bagaimana anak-anak menghadapi hari muka. Orang kata mendidik anak perlu dalam kelembutan tapi, seiringkan dengan ketegasan. Setuju sangat dalam hal ini. Nabi kita pun menyuruh kita menggantungkan rotan di rumah sebagai simbol ketegasan. Jangan pula rotan di salah gunakan oleh ibubapa apabila geram dengan anak-anak. Sesekali, rotan amat diperlukan, tapi ada had dan batasnya.
Saya perlu menyuruh suami membeli rotan lagi untuk digantungkan di rumah. Rotan yang ada dulu dah hancur dikerjakan dek anak-anak saya yang makin lasak. Dah patah-patah pun. Lasak sungguh anak-anak saya.
Disini juga saya cuba mengaitkan kisah 2 orang anak lelaki saya, Ikhwan dan Amniy. Saya masih belum berjaya mendidik mereka menjadi insan cemerlang. Siapalah saya, kan? (eceh...rendah diri la pulak!) Umur mereka juga masih kanak-kanak. Tapi, dari usia kanak-kanak inilah kita perlu mendidik dan memberi tunjuk ajar yang baik. Saya akui, saya seorang ibu yang garang dan sedikit tegas. Tapi, suami memang seorang yang penyabar dan tak mudah marah. Mungkin sikap kami yang sedikit kontra itu perlu untuk menjadikan anak-anak kami anak2 yang soleh dan cemerlang.
Cita-cita kami, ingin anak-anak kami menguasai ilmu al-Quran secara keseluruhannya, membaca, menghafaz, mengkaji makna dan sebagainya. Cemburu saya melihat anak-anak kecil orang lain yang boleh membaca dan menghafaz Al-Quran. Kagum saya dengan adik Darwish dan Darwisya, berusia 1 dan 3 tahun, tapi sudah boleh menghafaz ayat-ayat suci al-Quran. Ini sebagai contoh buat ibu bapa lain supaya kita dapat membentuk generasi al-Quran.
Dibawah ialah gambar yang saya ambil ketika anak-anak saya sedang belajar membaca al-Quran bersama abi mereka. Terima kasih yang tak terhingga kerana suami tak putus asa mengajar anak-anak membaca al-Quran, maklum saja, mempelajari ilmu Allah ini ada cabarannya. Syaitan sentiasa mencucuk hati manusia bilamana kita ingin membaca al-Quran.
Alhamdulillah, sejak abi Ikhwan membelikan al-Quran baru untuk Ikhwan, semangat Ikhwan untuk mengaji makin membara. Semoga semangat ini berterusan hingga akhir hayat, yer.... Namun, kadang kala hati ibu sedikit tercabar bila anak-anak ini banyak alasan untuk mengelak dari mangaji al-Quran. Penat la, esok la, nanti la..... menguji kesabaran sungguh! Saya selalu nasihatkan anak-anak saya, "Kalau Ikhwan dan Amniy nak baca al-Quran, syaitan akan meraung...sedih sebab Ikhwan dan Amniy tak berjaya ikut kata syaitan. Kalau Ikhwan dan Amniy tak nak ngaji, maknanya, syaitan berjaya cucuk hati Ikhwan dan Amniy." Saya perlu menggunakan pendekatan itu, supaya anak-anak faham. "cepat, cepat...sapa nak baca dulu"! Masing-masing sibuk nak menjadi orang pertama mengaji. Masalah lain timbul bila masing-masing nak menjadi orang pertama....aduhai! Terpaksa pula memujuk si abang supaya mengalah.
Ikhwan sedang mengaji al-Quran bersama abi.
Ikhwan agak laju dalam pembacaan, kerana usia 5 tahun sudah berjaya menamatkan Iqra`6, dan terus membaca Al-Quran. Sekarang usia Ikhwan 6 tahun.
Amniy masih membaca Iqra` 2.
Aduh...lambat betul anak umi sorang ni. Tak pe la, yang penting Amniy berusaha.
Lain anak, lain caranya....
p/s: abaikan gambar budak comel Sofie tu ye... Sofie memang suka ikut serta ketika abisofie mengajar abang2nya membaca al-Quran.
Semoga mereka terus menjadi anak-anak yang cemerlang dunia dan akhirat. Ini doa abi dan umi selepas solat......
betul tu kak fiza, setiap anak ada kebolehan masing2... lambat skit takpe, asalkan minatnya tu ada kan, alhamdulillah...
ReplyDelete:)
fisa pun tengok perbincangan ni dalam semanis kurma...siap buat nota lagi...paling tak tahan bile terpaksa berebut remote control dengan irfan...aduhaiii...
ReplyDeletesuka sgt perbincangan hari tu...ibu bapa adalah contoh terbaik untuk anak2...moga kita sama2 dapat mendidik anak2 kita menjadi anak yang pintar dunia dan akhirat...aminn...
amin..insyallah kak..lagipun,ku tgk akk mmg superb bila berdepan dgn anak2 akk :)
ReplyDeletemcm daku ni.."panas" sikit..tgn pantas aje..rotan aje blom ade lagi..heheh :p
hehe..tu tul kate sasya. saya pun jenis yg 'kurang sabar'..tapi sedang blaja tuk trus menjadi ibu yg dikagumi anak..hehe.
ReplyDeleteharap2 mampu jd terbaik
lady,
ReplyDeletelepas dapat bbrapa org anak ni, baru tau setiap anak ada kebolehan masing2. sbg ibubapa kita boleh bg panduan dan tunjuk ajar...
***********************************
kak fisa pun tengok gak yer...? best,kan? suka pula tgk mak ayah adik muhammad tu. nampak romantik, dan bijak mendidik anak. nak jadikan idola la.
**********************************
sha,
superb apa ke bende eh...adohai...byk lagi kena belajr ni, sha. terutamanya erti kesabaran. huhuhu....masih gagal!
*********************************
ashra,
tak pe, kita sama2 belajar ye...
salam...fiza..lama saya tak menjengah ke sini. .alhamdulillah....anak dara fiza dah sihat dan selamat.....
ReplyDeleteblog saya pun lama dah tak berupdate.....time jemu dgn blog...sebulan xwat entry...saya cuma suka melawat blog org lain...dalam diam..
seronok tgk anak fiza yg 6 taun dah pandai baca al-quran...umur 5 taun dah abis iqra' yer..wah....bestnyer..
nak tanye, macammna fiza ajar mereka iqra' ye..anak sulung saya dah 5 taun...baru iqra' 1...baru masuk huruf ro....risau jugak...dia tu ada cik las skit...."malas"
hehehehheh
alhamdulillah, perkongsian yang menarik sis :) mudah2an kita semua akan menjadi sahabat, pembimbing & ibu yang TERBAIK buat anak2. amin
ReplyDelete