Tuesday, March 30, 2010

Degilkah Saya?

Saya tak boleh nak lelapkan mata malam ni. Saya ambil kesempatan ini untuk mengemaskini blog ini. Pagi semalam, kala saya menaip entri untuk dikemaskinikan dalam blog ini, telefon saya berbunyi... (bunyi ring tone yang tak reti saya nak ungkapkan disini...hehe). Dari pakcik saya yang menetap di Rawang. Lebih kurang begini...."Fiza nak pegi IJN tak? Boleh tumpang cik sekali", bagai orang mengantuk di sorong bantal. Saya terus setuju. Secepat mungkin saya bersiap. Bawa apa yang patut, niat dihati ingin menetap di IJN. Sebab saya fikir, susahnya saya nak dapat peluang ini. Dalam perjalanan ke IJN, saya sms suami yang saya dalam perjalanan ke sana. Suami kata, dia kena fikirkan tentang saya dan Hijaz lepas saya sampai sana....

Saya sampai IJN jam 11.30 pagi. Suami saya bawa Sofie turun bawah, sebab saya bawa Hijaz. Hijaz tak boleh naik wad. Nasib baik Sofie boleh turun bawah. Perasaan saya? Jangan katalah.....saya gembira, rindu dendam saya pada Sofie terubat. Saya peluk Sofie. Saya cium pipi Sofie. Sofie pun agaknya terkejut tengok umi ada kat situ. Sofie nampak sangat gembira, dan sememangnya Sofie seorang yang gembira.... Sebenarnya, Sofie duduk di wad tu, dia ok je. Sebab dia pun tak tahu kenapa dia berada di situ. Sian Sofie....

Kesimpulannya, sepanjang saya berada di IJN semalam, waktu melawat, saya banyak habiskan bersama Sofie....

Niat dihati ingin bermalam di IJN. Saya dah bawa siap keperluan supaya saya dapat bermalam di sana. Ada insiden berlaku.... Hijaz langsung tak boleh tidur sepanjang di IJN. Agak meragam sedikit. Mungkin tempat baru bagi dia. Cuba bayangkan, sepanjang masa saya terpaksa mendukung Hijaz yang debab tu. Masukkan dalam "stroller" langsung tak mahu. Menjerit.... akhirnya, saya terpaksa dukung Hijaz.

Hijaz menangis..... saya masih lagi bertahan. Saya cuba mencari tempat-tempat yang sesuai. Dah banyak kali beralih tempat. Tetap tidak serasi dengan Hijaz. Sebenarnya, salah satu sebab suami melarang saya menetap di IJN ialah Hijaz. Tapi, saya berdegil. Tetap nak bermalam di situ, nak dekat dengan Sofie. Suami saya tahu Hijaz bagaimana..... Saya masih bertahan. Tapi, jam 11 malam, saya cuba hubungi adik saya supaya dia mengambil saya di IJN untuk dibawa pulang ke Rawang. Tapi, suami saya melarang saya. Menyusahkan katanya...yer...memang saya menyusahkan orang. Masa tu saya tak fikir apa dah. Yang saya fikir dapat tenteramkan Hijaz.

Akhirnya, jam 11.20 malam, suami turun ke bawah. Sofie pula dah tidur. Suami saya terpaksa bergegas menghantar saya pulang ke Rawang. Saya tahu suami agak tidak senang hati waktu itu. Mana taknya, memikirkan Sofie yang ditinggalkan sedang tidur, memikirkan Hijaz yang tak selesa, huh! Fiza memang menyusahkan! Dalam perjalanan malam tadi, suami membisu seribu bahasa. Saya cuma dengar dia berzikir. Mungkin untuk tenteramkan hatinya yang sedikit kecewa dengan sikap saya. Kesian dia.... Saya yang salah. Semuanya memang salah saya. Saya hanya fikirkan rindu saya pada Sofie. Tapi, saya tak fikirkan pun bagaimana risaunya suami saya bila saya menetap dan bermalam di IJN. Saya juga tak fikirkan akan ketidakselesaan Hijaz bermalam di IJN. Bodohnya saya..... (rasa nak ketuk kepala sendiri)

Sampai di rumah, Hijaz dapat tidur dengan lena sekali. Kesian Hijaz. Umi Hijaz ni pentingkan diri sendiri. Maafkan umi yer. Suami saya pula, terus meluru balik ke IJN, kerana Sofie tidur di wad. Mujurlah masa suami sampai wad, Sofie masih tidur.....

Saya menjadi seorang yang degil kerana rindu saya pada Sofie.
Saya menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri kerana rindu saya pada Sofie.
Saya melanggar perintah suami kerana rindu saya pada Sofie.
Siapa yang mengerti betapa saya rindukan Sofie?
Setiap hari, setiap malam, hati saya menangis, air mata saya jatuh kerana rindu saya pada Sofie.
Saya seolah-olah hilang kawalan kerana rindu saya yang teramat dengan Sofie.

Selepas ini, saya berjanji...saya akan hapuskan kerinduan saya pada Sofie. Biar hati saya saja yang tahu. Saya tak nak menyusahkan suami saya lagi. Kesian dia, terpaksa memikirkan tentang saya.... maafkan Fiza. Fiza bersalah.

Saya harap suami saya tak baca coretan ini. Andai dia terbaca....saya pasrah!

12 comments:

  1. berat mata memandang..berat lg bahu yg memikul...fiza sbr & bykkan berdoa ok...insyallah sume selamat

    ReplyDelete
  2. kite mmg bisa pentingkan diri bila hati sedang rawan..
    sbagai manusia biasa,kite xleh elak benda2 mcm ni..
    sy mgerti itu..

    ReplyDelete
  3. kadang2 kita mengambil tindakan yang kurang wajar pada masa yang tidak betul..semua org berpotensi melakukan perkara spt fiza.jgn menyesal & jgn salahkan diri sendiri.we r just human beeing & beeing a mom is not easy.

    ReplyDelete
  4. Semoga segala yang terbaik akan menjadi milik Sofie..

    Menjadi ibu punya definisi yang sama dengan menjadi tamak.. Kerana kita mahu sentiasa bersama anak-anak..
    =)

    ReplyDelete
  5. salam Fieza
    entry Fiza ini mengingatkan saya kepada pengalaman saya semasa berdegil juga hendak menjaga anak kecil di ward NICU.Penghabisannya, mak dan anak warded.
    Benarlah, kasih ibu itu membawa ke syurga. Ibu tidak kisah akan dirinya sendiri dan apa sahaja asalkan anaknya bahagia.
    "Saya seolah-olah hilang kawalan kerana rindu saya yang teramat dengan Sofie."
    Moga Allah merahmati Fiza sekeluarga

    ReplyDelete
  6. faham kak fiza...tapi lady tau kak fiza seorang yang kuat...

    ReplyDelete
  7. keadaan membuat kan kita selalu salah dalam membuat perhitungan...terutama rindunya seorang ibu pada anaknya...fisa amat memahaminya...fisa juga dapat membayangkan keadaannya...tapi berat mata ini memandang berat lagi bahu fiza yg memikulnya...

    ReplyDelete
  8. Della,
    terima kasih ye...doa dari sahabt salah satu kekuatan saya.

    *******************************

    Bonda Mawar/Krsty,
    memang itu sifat seorang ibu,kan?
    kdg melupakan suami yang lebih utama krn sayang dan rindu pada anak.

    *******************************

    kak ieda,
    fiza hilang arah sebenarnya. selalu menjadi pentingkan diri demi Sofie. selalu langgar arahan suami kerana Sofie. semoga Allah kuatkan hati kita untuk mendengar perintah suami. keputusan suami sebenarnya adalah yang terbaik kerana suami berfikir guna akal. saya berfikir guna hati dan perasaan...kdg kala emosi!

    ******************************

    Jiey^Mien,
    Terima kasih krn sudi membaca coretan saya. Mmg begitu sifat ibu,kan? sentiasa inginkan yang terbaik buat si anak...terima kasih sekali lagi.

    *******************************

    qaseh mas/ummu,
    doakan saya kak....mmg saya hilang kawalan. hilang pertimbangan akal, kdg kala sampai melupakan anak2 lain yang juga memerlukan saya.paling dasyat, saya langgar perintah suami.

    ******************************
    Lady,
    doa dari lady amat akak harapkan. terima kasih krn tak putus berdoa utk akak dan Sofie.

    ReplyDelete
  9. kak fiza..
    ni bukan degil..tapi akk terlalu rindu..kadang2 kita akn bertindak luar kawalan dan dipengaruhi emosi..akk degil bertempat(erkk..ade ke camtu?hehe..)
    insyallah suami akk akn paham..malah kalu hijaz dah faham pun dia akan rela tidur kat IJN tu..jgn fikir sgt ye.. :-)

    ReplyDelete
  10. salam kak Fiza,

    rindu seorang ibu pada anak memang tidak dapat digambarkan.

    memang kadang kala kita akan bertindak di luar batas kesedaran.

    Apepun saya doakan Sofie cepat sembuh. Amin :)

    ReplyDelete
  11. sasha,
    kdg2 akak rasa hubby kak fiza tak faham akak. ke akak yg tak faham dia. tah la, sha...apapun, doa sha utk akak amat2 akak harapkan...

    *************************************
    IDAZS,
    rindu seorang ibu terhadap anaknya kdg kala melampaui akal....
    terima kasih ye...

    ReplyDelete
  12. tabahnya fiza, membaca coretan fiza banyak menginsafkan saya betapa saya kurang menghargai org disekeliling saya (suami dan anak2). Moga fiza dan keluarga sentiasa dirahmati ALLLAH...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....