Saturday, March 27, 2010

Sofie dah pergi IJN!

Assalamualaikum....
Masih ada yang ingin mengetahui tentang Sofie? Tentu ada, bukan? Malam tadi, sewaktu membuka FB, saya sangat terkejut dengan kehadiran post berkaitan Sofie, anak saya. Post tersebut daripada facebook Ratuhati. Ya Allah! Sungguh ramai yang mengambil berat tentang Sofie. Terima kasih semua sahabat RH. Saya sangat-sangat menghargainya. Tiada apa yang saya harapkan selain doa dari kalian buat Sofie.

Saat ini Sofie telah pun selamat sampai ke IJN bersama abi Sofie. Sebelum Sofie pergi, sungguh, hati saya sangat2 pilu... Sewaktu memandikan Sofie, Sofie gembira je. Saya yang sedih. Saya sebenarnya, cuba mengawal perasaan, buat2 gembira depan Sofie. Tiba-tiba, masa saya sabunkan badan Sofie, Sofie menyentuh pipi saya. Hati saya bertambah sayu dan sedih. Langsung airmata saya gugur....saya tak dapat mengawal perasaan bila Sofie menyentuh pipi saya. Selesai mandi, saya memeluk erat Sofie, dan berkata "umi sayang Sofie. Umi harap Sofie balik rumah lagi". tapi, Sofie tetap gembira, gelak je dia. Sofie anak yang kuat.

Bila Sofie nak pergi pagi tadi, Sofie cepat je meluru pada abi sofie. Sofie menganggap dirinya akan pergi berjalan-jalan. Saya dah pakaikan Sofie baju cantik. Seluar jeans dan blouse warna pink. Comel sangat Sofie. Saya tak dapat kawal air mata saya. Abi sofie kata, "dah la...jgn nangis depan Sofie". Saya tahu, abi Sofie pun sebenarnya sedih. Orang lelaki,kan. Boleh je kawal perasaan. Kita ni ibu, pasti kalah dengan perasaan sendiri. Saya menangis akhirnya. Sofie salam dan mencium tangan saya. Saya cium pipi Sofie. Saya cium tangan suami. Dan kereta suami saya terus meluncur laju, meninggalkan saya dalam esakan. Sungguh! Saya tak boleh tahan perasaan.

Sofie, Sofie tunggu umi datang yer. Umi pasti datang melawat Sofie. Walaupun Sofie jauh dengan umi, Sofie tetap dalam hati umi. Umi tahu, Sofie anak yang kuat dan tabah.

Tak tahu nak taip apa lagi dalam entry kali ini. Sofie dah di IJN bersama abi Sofie. Tiap kali teringatkan Sofie, saya pasti menangis. Entahlah.... susah nak kata. Doakan Sofie ye...doakan saya juga. Nantilah...tunggu saya kuat hati sikit, baru saya boleh terus berbicara di sini. Sekarang, jiwa saya amat lemah.......

15 comments:

  1. Semoga semuanya berjalan lancar..

    ReplyDelete
  2. dear .. sungguh lana ketinggalan betul pasal nih .. maaflah yer .. lana doakan sofie selamat mjalani pbedahan & cept sembuh.. dan for fiza .. bs strong ok .. allah senantiasa bersama kita .. insyaallah..

    ReplyDelete
  3. sayu & bgenang air mata saya br entri kali ni..
    saya doakan agar segalanya baik-baik sahaja :)

    ReplyDelete
  4. Moga sofie baik2 disana..kak fiza..jgn sedih2 yek.. :)

    ReplyDelete
  5. Salam Fiza.
    Jangan bersedih Fiza.. sama2 doakan kejayaan pembedahan Sofie. Semoga Sofie sentiasa kuat. Eyta tau Sofie dan uminya kuat. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  6. sy doakan sofie cpt sembuh dan smoga fiza dan skeluarga tabah menghadapi ujian dariNYA..

    ReplyDelete
  7. salam fiza..
    kelly sentiasa doakan yang terbaik untuk fiza sekeluarga.. lebih2 lagi umtuk si comel sofie.. kelly tahu fiza kuat.. tabah ye dear..

    ReplyDelete
  8. Fiza,
    semoga Sofie cepat sembuh.
    Fiza banyakkan berdoa.
    Doa kami juga buat Sofie..semoga tabah

    ReplyDelete
  9. salam kak fiza... lady sentiasa doakan yang terbaik buat kak fiza sekeluarga... terutamanya untuk sofie.. insyaAllah sofie dan kak fiza sekeluarga akan kuat menghadapi semua ni... dan InsyaAllah sofie akan cepat sembuh ya.. sama2 kita doakan...

    ReplyDelete
  10. salam fiza..
    kita orang keluarga sentiasa doakan sofie semoga sofie selamat..
    tabahkan hati..yer fiza
    lina&family wak jas...

    ReplyDelete
  11. salam kak fiza... hati saya turut sebak....

    Moga yang terbaik bersama Sofie, kak fiza sekeluarga...

    ReplyDelete
  12. sayu dan bergenang airmata saya bila baca entry ni...

    saya dulu, tak sanggup rasanya nak berpisah dengan aina saat2 dia nak dioperate dulu.. teringat 1st time selepas aina dioperate, tangannya menggapai2 minta saya mendukungnya, dia sangat2 dalam kesakitan waktu itu..

    saya dah melaluinya dan saya faham sgt2...

    tabahkan hati ye fiza, doakan semuanya selamat.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  13. terima kasih semua...menitik air mata saya membaca ulasan u all.

    ReplyDelete
  14. oh..airmata ku jatuh :'(
    akk tabah..sy doakan semua selamat..update keadaan sofie ye kak..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....