Sunday, March 21, 2010

Ijaz Kembali Berceloteh

Assalamualaikum....
Ijaz kembali berceloteh... dah lama betul Ijaz tak berceloteh kat sini. Lately umi sibuk sangat, sampai umi tak cukup masa nak taipkan celoteh Ijaz. Ijaz sekarang dah 5 bulan lebih. Berat Ijaz pun meningkat, tapi tak banyak sangat naiknya. Mungkin sebab Ijaz sekarang dah agak lasak berbanding dulu. Berat terbaru Ijaz cuma 7.8kg je....bulan lepas, 7.5kg.

Ijaz sekarang ni kena banyak beralah dengan kak cik. Kesian pada kak cik. Sekarang kak cik demam lagi. Kak cik kalau demam tak macam Ijaz. Semua orang tau kisah kak cik Ijaz tu,kan? Minggu ni kak cik nak kena tahan wad, kat IJN tu... Ntah la, Ijaz tak tahu nak buat macam mana lagi. Kesian pada umi. Umi semestinya rindukan kak cik. Lama tau kak cik kena tahan kat wad nanti. Ijaz pun akan rindukan kak cik.

Ada yang nak tahu perkembangan Ijaz ke? Ijaz sekarang dah boleh pusing 360 darjah tau. Umi kata Ijaz dah lasak. Ijaz pun dah tak penat bila meniarap lama2. Tak lama lagi Ijaz dah boleh duduk sendiri. Sekarang ni dah cuba2 nak duduk sendiri. Tapi masih gagal, tiap kali Ijaz nak duduk, mesti Ijaz terbaring semula. Tengok la bulan depan, atau mungkin dua bulan lagi, Ijaz mesti dah boleh duduk sendiri. Hehehe.....

Okla, Ijaz sebenarnya tak de mood nak celoteh panjang-panjang. Sebab umi sekarang ni sibuk melayan karenah kak cik Ijaz yang tengah demam tu. Sebelum berpisah, Ijaz nak tayang muka Ijaz. Ni muka Ijaz yang terbaru. Kot la ada yang rindukan Ijaz..... eh, perasan pulak Ijaz ni yer!


Tengokla gambar kak cik tu. Umi sempat lagi menaip celoteh Ijaz ni sambil memangku kak cik yang tengah demam. Masa ni kak cik marah kat umi, sebab umi snap gambar kak cik...hehe. Sian kak cik......


8 comments:

  1. alahai tumelnya.. meh nak pecet kat pipi tuh

    ReplyDelete
  2. hi lama tak nampak ijaz kat sini hhehehe... berat naik skit pun ok lah kan kak, lady tgk tangan ijaz gebu bulat2 geram tgk... alahai ciannya sofie demam ye...semoga cepat sembuh yer sofie...minum air banyak2, sejukkan badan... nanti dah sihat boleh main dengan ijaz.. :)

    ReplyDelete
  3. salam terjah kembali..heheh, sory lame tak jengah sofie...saya baru tukar template...sume link sahabat hilang, terpaksa saya cari satu-satu...penat botui....

    sofie nnti seingt saya masuk IJN 27 Mac nie kan....
    semoga semuanya selamat..
    cubby nyer ijaz.... penangan susu cap gantung.hehehe
    bby asma' saya tak mahu isap sangat susu cap gantung, tahlaa kenapa, jadi saya gilir2kan dgn susu botol...kurus melidi ajer sekarang nie, makan tak nak, susu kurang, tidur pun sekejap-sekejap ajer....
    kurus pun tak ape, asal sihat, kata tok ummi yer..
    jumpa lagi dilain n3..

    ReplyDelete
  4. oh!! chubby sungguh ijaz...

    bertuah kak cik ada adik macam ijaz ni...sanggup beralah demi seorang kakak...moga ijaz jadi adik yang baik yer...;)

    moga kak cik ijaz cepat sembuh k...;)sudah semestinya ramai yg merindui ijaz...:D

    ReplyDelete
  5. cik maiyah,
    boleh je cik maiyah nak pecet pipi gebu Ijaz ni. tapi jgn kuat2 tau!

    ReplyDelete
  6. cik lady,
    umi Ijaz sibuk. tu yg lama Ijaz tak muncul kat sini. cayang cik lady...hehe

    ReplyDelete
  7. cik shafida,
    Ijaz mmg suka minum susu cap gantung umi tu. tu sebab Ijaz debab macam ni.

    ReplyDelete
  8. cik fisa,
    Ijaz mengalah dgn kak cik sebab umi dah ajar Ijaz sejak Ijaz dlm perut umi lagi....hehe.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....