Tuesday, March 16, 2010

Terubat Kerinduan

Assalamualaikum.
Setelah seminggu berlalu, saya meninggalkan blog yang amat-amat saya sayangi ni. Sepanjang minggu rasa teramat rindu untuk beraktiviti di internet. Berforum, berfb dan berblog. PC saya teruk dikerjakan dek virus. Masalah browser lagi.....dan saya terpaksa hentikan aktiviti saya untuk beberapa ketika..... dan, akhirnya, saya telah kembali lagi..... hehehehe.

Sebenarnya, seronok juga melupakan dunia internet seketika. Saya ada banyak masa bersama keluarga. Tugas saya sebagai ibu terisi bersama anak-anak terutamanya. Tapi, paling terasa kebosanannya bila kesemua anak saya tidur. Mulalah saya berfikir, alakah bahagianya berinternet.

Ok, saja la nak bercerita sedikit tentang keseronokan saya tanpa internet. Saya seronok menghabiskan masa bersama Sofie. Bermain, bergelak ketawa, bergembira, melayan karenah Sofie... semua aktiviti bersama Sofie buat hati saya sentiasa berbunga. Selain itu, saya bangga dapat bertentang mata bersama Hijaz ketika menyusukannya. Rasa bahagia bila dengar ketawa Hijaz sambil mulutnya kemam susu.... rasa sengsara bila dengar Hijaz menangis ketika saya sibuk didapur menyediakan makanan untuk anak-anak lain. Dan saya juga rasa bangga bila dapat mengajar anak kedua saya, Amniy membaca.... sangat lambat. Kesian Amniy, umi sibuk dengan adik-adik, umi lambat ajar Amniy membaca. Tapi, tak kisah sebab Amniy budak cerdik dan cepat dapat. Nanti saya akan ceritakan sedikit bagaimana saya mengajar Amniy membaca....insya-Allah dientri lain.

Dan untuk entri kali ini, ingin saya nyatakan pada kawan-kawan semua, saya sudah kembali lagi....berjalan-jalan di blog anda dan meninggalkan ulasan pada entri anda. Insya-Allah, semua aktiviti lama saya, akan saya sambung kembali.....

Selamat yer, Fiza....(ucapan untuk diri sendiri. hehe....)

3 comments:

  1. welcome back kak fiza... rindu nak baca cerita2 bout anak2 kak sofie... :)
    keep blogging..
    :)

    ReplyDelete
  2. tq, lady...
    akak pun rindu sangat nak kembali berblog ni...tq sebab masih sudi baca cerita akak...

    ReplyDelete
  3. akhirnyaaa...terupdate juga yer fiza....aduhhh fisa la plak this week bz skit...so tak dapat nak update blog...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....