Thursday, March 04, 2010

Kurang Kalsiumkah Saya?

pic from pakcik google
(credit 4 google)

Assalamualaikum.....
Sejak akhir-akhir ini, saya merasakan badan saya tak selesa. Lepas buat kerja-kerja rumah, terasa sakit belakang. Tulang rasa perit sangat..... belum lagi gigi. Saya merasakan gigi dan gusi sakit. Adakah itu tandanya saya kekuragan kalsium? Saya akui, sejak akhir-akhir ini saya kurang minum susu. Saya juga kerap melahirkan (4 orang anak dalam usia 29 tahun, usia anak 2 tahun sorang) dan menyusukan anak dengan susu badan. Mungkin itu sebab kenapa saya rasa saya kekurangan kalsium.

Saya dapat rasakan sendiri, kalau saya tinggalkan amalan meminum susu dalam 2 hari, gigi dan gusi saya sakit. Tulang saya pun rasa sakit. Terutamanya, tulang belakang saya. Sakit bertambah kerana saya pernah menjalani operation melahirkan.....terasa lagi cucukan epidural dan ubat bius. Adakah ini puncanya? Meskipun dah hampir 3 tahun, kesannya sampai sekarang. Saya tak boleh buat kerja berat terlampau. Angkat benda2 berat pun masih tak boleh. Saya akan merasakan keperitan tulang belakang saya.

Berlainan sekali bila saya teruskan amalan meminum susu. Sakit yang saya tanggung selama ini agak berkurangan. Alhamdulillah..... semuanya dengan izin Allah. Mungkin saya harus teruskan amalan meminum susu ini. Jangan tinggalkan walaupun sehari. 3 gelas sehari sudah memadai. Kadangkala lebih dari 3 gelas sehari.

Saya ada terbaca dalam satu lama web berkaitan dengan Kebaikan Susu Penuh Untuk Tulang Yang Kuat.

Katanya, 2 komponen nutrisi yang penting untuk membina tulang yang kuat di kalangan anak-anak anda adalah kalsium dan vitamin D yang boleh didapati terutamanya dari produk tenusu. Pada setiap peringkat umur, bermula dari bayi sehingga remaja, kalsium merupakan nutrien yang wajib diambil oleh setiap kanak-kanak. Ketika usia kanak-kanak dan remaja, tubuh akan menggunakan kalsium untuk membina tulang yang kuat.

Dari hujung kaki sehingga ke hujung rambut, tulang berfungsi menyokong tubuh dan membantu dalam proses pembentukan tubuh kita. Kekurangan vitamin D yang berfungsi sebagai penyerap kalsium mendedahkan kanak-kanak kecil dan bayi kepada penyakit riket. Penyakit riket juga dikenali sebagai penyakit tulang lembut yang menyerang bahagian tulang dan menyebabkan tulang kaki menjadi bengkok, tumbesaran terbantut dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit pada otot badan serta badan menjadi lemah.

Dan katanya lagi, satu lagi penyakit yang selalunya menyerang kebanyakan wanita berusia adalah penyakit Osteoporosis. Penyakit ini menyebabkan tisu tulang menjadi rapuh, nipis dan anjal. Tulang mudah patah dan tulang belakang mula hancur dan jatuh. Ini diakibatkan oleh kurang pengambilan kalsium ketika usia muda. Walaupun Osteoporosis selalunya menyerang mereka yang berusia, namun begitu, kanak-kanak dan remaja yang mempunyai tabiat makan yang buruk dan kurang pengambilan kalsium juga sangat terdedah kepada risiko untuk mendapat penyakit ini. Kajian oleh pakar menunjukkan bahawa pengambilan kalsium yang mencukupi sangat penting untuk mencapai tahap kesihatan tulang secara menyeluruh dan mampu mengurangkan kadar kegagalan fungsi tulang disebabkan oleh peningkatan usia.

Ini yang membuatkan saya takut.... walaupun semasa saya remaja, saya dikira sebagai `hantu susu' oleh mak saya.


ini antara susu yang menjadi kegemaran saya sekarang.
pic from pakcik google

(credit 4 google)


4 comments:

  1. kat umah wajib ada susu...hehehe untuk menjaga tulang2 ku ini...

    ReplyDelete
  2. ye la kak fisa...kat umah fiza pun mr.hubby belikan berkotak2 susu low fat tu. anak dah ramai, wajib miunm susu!

    ReplyDelete
  3. sayapun sekarang selalu lupa mminum susu, saya beli nespry debu ajer..hehehhe sebab murah sedikit, kalau nak beli yang segera tu.emmmmm rasa sayang duit ajer, boleh beli benda lain...untuk famly heheheheh...itulah ibi, sanggup kerbankan diri sendiri untuk anak2 dan kerluarga...

    ReplyDelete
  4. Salam Fiza.Fiza kena amik susu tau walau sesibuk macam manapun. Maklumlah rutin sebagai isteri dan ibu sebenarnya perlukan tenaga yang bukan sikit.Semoga Fiza sihat selalu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....