Assalamualaikum....
Bagaimana ingin mulakan bicara tentang hati dan perasaan ini? Saya sendiri masih belum pasti apakah yang akan saya tuliskan dalam entry ini. Adakalanya perasaan gembira dan bahagia lebih dari segalanya....semuanya berkaitan tentang Sofie Mariah. Saya amat gembira melihat Sofie hari ini. Saya gembira zahir Sofie makin pulih dan sihat. Namun, saya tak tahu sejauh mana kegembiraan dan kebahagiaan ini akan bertahan lama. Hati saya sangat rapuh sebenarnya bila berbicara tentang Sofie. Tiap kali saya bersamanya, saya pasti merenung mata cantik puteri saya. Sambil dalam hati saya berdoa, "Ya Allah, Kau panjangkanlah usia Sofie, Kau panjangkan usiaku supaya aku boleh terus bersama Sofie. Supaya aku boleh terus memelihara anugerahMU ini. Kau selamatkan Sofie...." dan juga saya panjangkan doa saya seusai solat. Semoga Allah perkenankan doa saya....amin!
Sebenarnya, di entry kali ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih saya yang tak terhingga buat semua sahabat2 saya sama ada sahabat alam nyata dan sahabat alam maya saya. Bersyukur kerana dikurniakan sahabat sebaik anda semua. Saya tak tahulah kenapa sejak pagi tadi, saya mandikan Sofie, melihat Sofie bermain gembira, mendengar kekekkan ketawanya, senyumannya, saya terkenangkan semua sahabat saya yang mendoakan kesihatan Sofie. Saya amat berterima kasih buat semua sahabat saya di RH, kak ummi, sya, kelly, kak risa , kak sue, lady, eyta, noina dan ramai lagi yang saya tak mampu menyebutnya di sini. Sorry ye kalian, yang namanya tak disebutkan. Saya lebih terharu bila satu hari tu, saya chatting sekejap dengan kak ummi, kak ummi menyatakan yang Sofie amat dekat dengan RH. Terima kasih kak ummi.
Mula Sofie lahir, betapa saya bodoh mengatakan, kenapa saya yang dipilih untuk mendapat anak seperti ini? Ketika saya melahirkan Sofie, ada seorang lagi ibu yang melahirkan anak perempuan di sebelah katil saya. Anak dia normal dan sihat. Saya bertanya sendiri, kenapa anak dia tak macam anak saya? Betapa jahilnya saya ketika itu.... disaat saya tak boleh nak membaca al-Quran dan bersolat krn tidak suci, macam-macam perasaan negatif muncul di fikiran saya. Alhamdulillah saya dikurniakan suami yang kuat iman, insya-Allah. Dia terima seadanya.... dan saya juga terima anak kecil itu seadanya.
Syukur kerana saya dipilih oleh Allah untuk memelihara anak istimewa ini. Saya tahu betapa Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Allah sayangkan saya, saat saya merasakan sukar untuk menjaga Sofie, Allah permudahkan semuanya. Sofie anak yang lemah antibodi. Saya sudah dimaklumkan oleh doktor yang merawat Sofie tentang ini. Saya redha..... Sofie sering sangat keluar masuk wad. Sejak usia Sofie 6 bulan, Sofie sudah ditahan di wad. Masalah yang sama.... pneumonia dan broncholitis.... sangat2 kerap. Sofie juga pernah mengalami acute broncholitis, dan terpaksa ditahan di Hospital Ampang selama 15 hari. Masa tu, saya dan suami merasakan betapa sukarnya hidup....bayangkan, perjalanan dari Rawang ke Ampang. Anak-anak lain, terpaksa dihantar ke kampung dijaga oleh MIL. Terima kasih,mak..... banyak jasa mak pada fiza. Tak terbalas rasanya.
Namun, kesukaran demi kesukaran, kami sekeluarga redha.... saya sering menonton di kaca tv tentang kesukaran masyarakat, kehidupan ibu2 yang punya anak istimewa, yang lebih teruk dari Sofie, semuanya menginsafkan saya. Saya merasakan hidup saya susah, rupa-rupanya ada lagi insan-insan terpilih yang lebih susah dari saya. Kuatnya mereka.....
Saya bersyukur dapat berkenalan dialam maya bersama noina dan kak sue aleen, begitu juga dengan kak sue Anak mereka CP, dan ada yang hidrocap, namun mereka kuat hadapi hidup. Kuat sangat mereka...saya ambil iktibar dari kisah mereka. Terima kasih, sahabat!
Bulan ini, bulan Mac..... akhir bulan ini Sofie akan menjalani pembedahan jantung, untuk membaikpulih jantung Sofie yang berlubang agak besar. Jantung Sofie tiada dinding, dan doktor nak bina dinding untuk jantung Sofie. Saya takut meniti hari menghadapi hari pembedahan Sofie. Kalau Sofie tak dibedah, jantung Sofie makin teruk, paru-paru Sofie makin rosak, dan mungkin ada kerosakan pada buah pinggang Sofie, sebab Sofie terpaksa menelan ubat yang sangat banyak. Kesian Sofie.... namun, Sofie anak yang sangat kuat. Saya yang tak kuat sebenarnya.
Tiada apa yang saya mohon dari semua sahabat saya, kecuali sekeping doa buat Sofie. Doakan Sofie kuat menghadapi hidup, doakan juga Sofie selamat di hari pembedahan nanti. Ini pengalaman pertama bagi saya. Saya takut sebenarnya. Kadang-kadang syaitan berbisik perkara2 negatif, namun saya menidakkan. Saya sentiasa fikir yang saya ada Allah. Semuanya di tangan Allah. Saya ingin terus hidup bersama Sofie. Sofie satu-satunya bunga keluarga saya. Sofie satu-satunya puteri hati saya. Saya amat berharap, semoga Allah perkenankan doa saya.....
Ya Allah! Aku mohon.......perkenankanlah!

ermmm fisa ada kawan yg mempunyai 3 org anak...anak no 1 dan 2 adalah anak istimewa...berat mata memandang berat lagi tuan empunya badan memikulnya...seperti juga fiza dia pun memula tak dapat nak menerima hakikat ini..alhamdulillah kini dia redha...moga fiza tabah & kuat juga ya...
ReplyDeletefisa mendoakan agar anak2 istimewa ini sentiasa di lindungi...sentiasa sihat dan gembira...
salam fiza..sama2 kita doakan moga sofie selamat menjalani pembedahan nanti..amin..
ReplyDeletesalam fiza..
ReplyDeletebergenang airmata saya bila baca entry fiza kali ini.. percayalah, doa seorang ibu itu adalah penawar.. InsyaAllah, tuhan maha mendengar dan maha adil. saya doakan agar semuanya selamat dan dpermudahkan olehNya..
saya pun banyak sangat cerita duka tentang aina, tp tak tercerita sebab klu boleh saya nak bercerita yang indah2 je pasal dia.. saya pun taknak bersedih lagi. maybe lain kali sy akan bercerita juga, tunggulah nanti bila ada kekuatn..
umiesofie..
ReplyDeletemenitis airmata sy...
sy akan doakan utk sofie...insyaallah sume akan selamat..doa ibu kan senjata plg kuat...be strong dear...
Salam perkenalan kak fizah :)
ReplyDelete~~bergenang air mata saya bc entry yg akak buat nih... saya faham keadaan akak... tp yelah, kata pepatah, berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul.... semoga akak tabah menghadapi dugaan ni ye kak... sesungguhnye doa ibu utk anaknya insyaAllah dimakbulkan... cuma satu pesanan saya pada akak..
ingatlah.... Allah menguji akak, itu tanda nye Allah ingat pada akak, akak tergolong dlm hamba yg dlm perhatian-Nya... tp kalau Allah x pernah uji kita, itu tanda nye Allah tidak sayangkan kita, x pedulikan kita...
betapa beruntung nya insan yg bernama Fiza ni... semoga akak tabah hadapi dugaan ini... :)
salam sayang,
mamaeja
sofie merapatkan kita semua.
ReplyDeletesememangnya sofie sangat istimewa.
jangan risau fiza, moga semua urusan dipermudahkan, dan selamat...
Salam Fiza...
ReplyDeleteEyta baru ada kesempatan baca blog Fiza. Entry Fiza ni betul2 buat eyta menangis..Eyta terkenangkan saat SIL mula2 dapat tau anak dia istimewa mcm Sofie. Situasi sama mcm Fiza alami. Tapi lepas tu dia terima dan menyayangi Iman lebih dari anak2 yg lain hingga kini. Sama2 Fiza..doa eyta sentiasa bersama Sofie. Aunty Eyta doakan Sofie sentiasa kuat & tabah serta selamat menjalani pembedahan jantung. Untukmu Fiza...ku sentiasa berdoa agar kau lebih tabah..Sofie tentu nak umminya tabah dan bersemangat kental mcm dia.
Auntie doakan Sofie sihat sejahtera...I Love You...
ReplyDeletejatuh air mataku mengenangkan Sofie..kurasakan seperti anakku sendiri...
ReplyDeleteKu doakan kesihatan untukmu selalu Sofie..
"Ya Allah, Kau panjangkanlah usia Sofie, Kau panjangkan usiaku supaya aku boleh terus bersama Sofie. Supaya aku boleh terus memelihara anugerahMU ini. Kau selamatkan Sofie...."
ReplyDeleteamin amin Ya rabbal a'lamin
sofie, dirimu anugerah yang tak ternilai harganya. makcik sayang kamu. kalau makcik tak tahan dengan keadaan anak makcik, makcik akan terkenangkan kamu...
Fiza, di RH saya mengenali Fiza..dan tentunya sofie comel.
salam semua sahabatku....
ReplyDeletebaru ni dpt buka blog sendiri. ada prob sikit....
terima kasih masih ada lagi yang sudi membaca coretan saya...terharu sungguh saya kali ni. ingatkan bila saya membebel dlm blog ini tak de sapa yang baca.
saya hargai dan berterima kasih atas doa kalian untuk Sofie...semoga doa kalian dimakbulkan Allah. saya sebenarnya dah tak tahu nak kata apa lagi....cuma, mohon sangat kehidupan Sofie seperti kanak-kanak lain. doakan ye....
sy ni silent reader jek..huhu~
ReplyDeletetp kali ni nk ucapkan :-
saya turut doakan kesejahteraan sofie..
semoga segalanya baik-baik sahaja..
be strong sofie!!
aja2 hait!!!
salam..
ReplyDeletesaya x tahan memaca tentang sofia nie, menitis air mata sy. harap akak teruz bersabar dan tabah menghadapinya.. buat sofia, acik doakan sofia selamat dan kuat menghadapinya.. acik syg sofie. acik teringin sgt nk dakap sofie.. wlupn acik x kenal sofie tp ketabahan umi dan sofia mbuat acik sgt2 tharu..
salam syg dr acik yer syg...
buat krsty pinky, terima kasih kerana sudi mmbaca walaupun silent reader....semoga doa krsty pinky dimakbulkan.....
ReplyDeletesitiaisyahumaira,
terus doakan semoga Sofie terus sihat ye...terima kasih...
Bergenang air mata baca entry akak kali ni..bak kata kak sya sofie merapatkan kita semua...Semoga segalanya dipermudahkan dan sofie bertambah sihat..untuk umiesofie, tabahkan hati..
ReplyDeletewaduh kak..kerap kali air mata ini bergenang bila baca entry akk..huhu..akk ni pandai susun kata2 tau..kata2 seorang ibu :)
ReplyDeletesemoga sofie sentiasa sihat dan dirahmati Allah selalu :)
great post, very informative. I ponder why the opposite specialists of this
ReplyDeletesector do not realize this. You must proceed your writing.
I'm confident, you have a great readers' base already!
Here is my website ; insomnia treatment