Assalamualaikum.....
Semalam nak update blog, tapi tak sempat. Rancangan kami semalam, Sabtu.... biasalah, hari Sabtu, kami akan ke Gedangsa untuk rawatan alternatif Sofie bersama Kak Raw. Tapi, semalam, kami hanya merancang. Tak jadi pergi pun disebabkan masalah-masalah teknikal yang tak boleh saya nak beritahu kat laman ni. Rahsia keluarga...eceh! Konon la.
Sebenarnya, Sabtu semalam merupakan Sabtu terakhir Sofie bersama Kak Raw sebelum Sofie menjalani pembedahan. Sepatutnya, Sofie kena pergi.... tapi, apakan daya. Kita hanya merancang, tapi, Allah penentu segalanya. Jadi, orang yang paling gembira semalam ialah Sofie sebab Sofie paling suka bila tak kena balut dengan Kak Raw.
Selepas pembedahan nanti, dan setelah Sofie pulih sepenuhnya, rawatan bersama Kak Raw akan bersambung semula. Tapi, Kak Raw dah beritahu minggu lepas, Sofie dah tukarkan rawatannya pada hari Ahad selepas Sofie pulih nanti. Kenapa? Sebab hari Sabtu pesakit OKU dah terlalu ramai. Jadi, orang lama Kak Raw pindahkan ke hari Ahad bersama rawatan minda. Insya-Allah!
Malam tadi, dengan tak semena-mena Sofie demam la pulak. Suhu badan Sofie agak panas. Saya jangkakan suhu badan Sofie dalam 39 darjah celcius. Memang panas! Saya cuma lap dengan kain lempab dan beri PCM. Sudah sedia maklum, bila PCM masuk dalam mulut Sofie, pasti Sofie akan muntahkan semula. Saya dah jangkakannya...tapi, saya paksa juga. Sian Sofie....maafkan umi, sayang.
Pagi tadi, keadaan Sofie belum reda. Baru teringatkan PCM untuk masuk punggong, dan saya masukkan PCM dalam muntot comel Sofie. Melalak anak dara saya tu. Kesian...tapi, nak buat macam mana. Dah terpaksa. Demi melihat Sofie sihat semula, umi terpaksa, sayang. Sofie perlu sihat dan sembuh sebab minggu ni, minggu terakhir penantian selama ini. Minggu ni Sofie akan masuk wad IJN bersama abi. Umi terpaksa demi melihat Sofie cepat sihat. Umi menghitung hari....tinggal 5 hari. Sabtu, 27 Mac, Sofie dah tinggalkan umi. Umi redha demi melihat Sofie sembuh dan sihat.
Sofie demam....sempat tidur dalam buaian sekejap je. Lepas tu nangis semula. Buat umi risau je Sofie ni. Hati umi menangis sebenarnya tiap kali melihat Sofie begini.
Umi nak Sofie seceria ini...bermain bersama abang Iwan, abang Amniy dan adik Ijaz. Sihatlah, sayang...cerialah.
Mujurlah hari ni masih cuti sekolah. Jadi, suami yang menguruskan sarapan pagi kami sekeluarga. Terima kasih, abang....kerana membantu ringankan tugasan Fiza. I love u!
kesiannya sofie.. hope sofie will get well soon... mmmmmuuuaahhh..
ReplyDeleteyer kelly...
ReplyDeletemmg kesian tgk sofie cam tu. diakan sofie yer....
yeke kak fiza..dah ramai yek..huhu..berubeu2 la ngan org kan..
ReplyDeleteSian sofie.. Moga cepat sembuh yek..
cepat sembuh yer sofie..
ReplyDeleteina,
ReplyDeletemmg dah ramai sgt, ina... dtg cepat pun dapat lambat gak. baik dtg lambat. dah tentu lambat dapatnya. hehe....
Rya Rizyana,
ReplyDeleteterima kasih singgah sini. hargai sangat. singgah lagi yer...
moga sofie cepat sembuh..fiza jgn sebut pasal operation tu dpn sofie.mana tau dia faham..saya tak pasti kebetulan ke apa tapi ada sesetgh budak bila sebut jer nk p cucuk (pelalian) mesti demam..mungkin sofie faham & susah hati ttg op tu jg.fiza kenalah happy2 sikit bg sofie jgn rasa resah fiza tu..insyaAllah sofie selamat menjalani operation nti.
ReplyDeleteterima kasih ieda....
ReplyDeletesaya cuba sembunyikan semua persaan saya depan Sofie. selama ni mmg saya cuba menceriakan Sofie. tapi, tah kenapa Sofie demam tiba2. mungkin dia faham apa yang saya rasakan....
Kesian sofie... Sofie cepat2 sembuh yer.. kesian umie..
ReplyDeletehope hari ni sofie bertambah sihat ya..
ReplyDeleteermmm apa kabar sofie ari ni..?? moga sofie dh sihat dar demam yer...;)
ReplyDelete