Image from here
Assalamualaikum.....
Telah 3 hari berlalu, rupa-rupanya sudah 3 hari saya tak update blog ini. Masa saya banyak dihabiskan bersama anak-anak dan keluarga. Tugas sebagai ibu tak pernah selesai selagi mata tidak tutup. Masa untuk blog makin sikit..... kalau dulu, saya akan peruntukkan dalam 2-3 jam sehari untuk online. Tapi sekarang segalanya perlu diubah. Semuanya demi keluarga.....
Tapi, sebenarnya, dalam 3 hari ini komputer saya di serang virus. Huh! Sungguh saya kecewa. Walau sekarang masalah tu masih belum selesai, saya curi-curi juga ber'online' untuk meng'update' blog yang tak seberapa ini. Tak mahulah kawan-kawan yang mengikuti kisah saya dan keluarga terutamanya Sofie tertunggu-tunggu....( eh! ada ke yang tertunggu-tunggu ni? hehehe....) Tak kisah la, yang penting, saya tekad tak mahu blog ni terbiar begitu lama. Masalah virus di komputer saya sedang ditangani oleh suami saya. Dia sedang berhabis-habisan berperang dengan virus-virus itu. Kesian..... guna dua-dua, perang sorang-sorang. Tak pe ye,bang....abang kan pandai berperang dengan virus. Kita ni tahu guna jer.... hehehe.
Disebabkan serangan virus di komputer, segala aktiviti saya di internet terpaksa saya hentikan seketika. Sampai bila? Belum tahu lagi..... sehingga semuanya selesai, barangkali. Dan disebabkan virus menyerang komputer saya juga saya dapat meluangkan lebih masa beraktiviti bersama anak-anak. Bukanlah sebelum ni saya tak ada masa beraktiviti bersama anak-anak. Kali ni, lebih sedikit. Namun, jangan risau yer...mungkin saya akan peruntukkan sedikit masa untuk mengemaskini blog saya ini walaupun terpaksa ambil masa seketika.
Sebenarnya, selain serangan virus dikomputer, masalah saya yang lain ialah berkaitan anak bongsu saya, Hijaz Muhammad. Kesian Hijaz.... ntah kenapa kaki Hijaz di serang ruam yang agak teruk. Bahagian betis Hijaz sangat merah dan menggerutu. Kisah sebenar bermula, apabila saya memakaikan Hijaz stokin. Malam sebelum tu, Hijaz kembung perut. Seperti biasa, saya sering memakaikan anak sokin apabila dia kembung perut, disamping menyapu perutnya dengan minyak telon.
Keesokkan harinya, betis Hijaz masih baik. Namun, keadaan nampak lebih teruk pada waktu petang. Petang itu pun, saya pakaikan Hijaz stokin yang sama kerana hari hujan dan cuaca sejuk. Tapi, Hijaz tetap menangis dengan kuat, sambil kakinya menendang-nendang. Saya anggap Hijaz sakit perut lagi. Tapi, saya cuba periksa perut Hijaz tak kembung pun. Saya masih melayan Hijaz. Seperti biasa, sebelum waktu maghrib, saya mandikan Hijaz. Hijaz nampak selesa. Saya fikir, mungkin Hijaz mengamuk nak mandi.
Selepas mandikan Hijaz, ketika nak pakaikan Hijaz diaper, Hijaz masih lagi menendang-nendang sambil mengguling-gulingkan badannya. Baru saya perasan yang betis Hijaz merah dan saya dapat rasakan ketebalan ruam di betis Hijaz. Saya genggam betis Hijaz, dan merasakan betis Hijaz sedikit hangat daripada biasa. Masa tu keadaan Hijaz tak dapat nak dikata lagi. Hijaz meraung....sakit dan gatal sudah pasti. Saya sapukan krim gatal yang memang tersedia. Keadaan Hijaz agak terkawal, namun tak bertahan lama. Dalam satu jam kemudian, saya sapukan bedak aloe vera pada kaki Hijaz. Bedak ni bagi saya agak baik..... apabila disapukan Hijaz menangis kerana bedak ini sejuk dan beberapa minit kemudian, terasa nyaman.
Sepanjang malam tu, memang Hijaz tak boleh nak tidur lena akibat kegatalan ruam di betis. Bedak aloe vera sentiasa disisi saya untuk saya sapukan pada betis Hijaz. Kalaulah Hijaz pandai bercakap, dah tertentu dia akan bercakap. " Umi, tolong Ijaz....Ijaz gatal!" Kesian anakku.... tapi, alhamdulillah, dengan izin ALLAH petang ni, nampak Hijaz selesa tidur. Walau masih ada sisa gatal, ia tak seteruk semalam. Dan disebabkan Hijaz sedang tidurlah saya masih berkesempatan meng'update' blog ini.
Kesian Hijaz. Maafkan umi ye sayang, sebab umi pakaikan Hijaz stokin, Hijaz ruam di betis. Sian anak umi....huhuhu!
Itu kisah Hijaz, dan kisah saya dihujung minggu..... so, pada kawan-kawan tersayang, diharap bersabar menanti kisah Sofie seterusnya. Nanti saya akan ceritakan....
Semoga anda tidak bosan mengikuti kisah saya....terima kasih!

Kak fiza..tak bawak gi klinik ke? mana tau dpat krim yang sesuai untuk ruam tu..sian Hijaz..
ReplyDeleteina, cadang kalau masih macam semalam nak gak bawa gi klinik, tapi, sekarang dah makin pulih. betis pun dah bersih semula. harapnya jgn la dtg lagi. akak syak hama dari stokin yg hijaz guna....
ReplyDeletesalam..either hama ataupun hijaz allergic dgn sabun yg fiza guna utk cuci stokin tu.
ReplyDeletesamalah kita...bila komp ada problem mulalah kacau hbby..hihihi..
ieda...
ReplyDeletemungkin la...tapi saya syak hama.
dear .. penah dengar brand revell tak? ada satu krim nama krim tu krim vit-e bau peach .. krim nih sgt bagus tuk protec kulit bb .. kalau kene gigit nyamuk ke atau semut sapu krim nih compom ilang .. anak kite semua pakai krim nih .. lpas mandi sapu jer tiap2 hari .. alhamdulillah ok .. kalau bb kene ekzema pun sgt bagus dipakai .. cubalah ..mn tau sesuai dgn hijaz
ReplyDeleteoh, tq l@n@.
ReplyDeletepernah dengar brand tu. insya-Allah saya akan cari dan cuba pada bb saya.
lorr.. aina sakit kaki, hijaz pulak gatal2 kaki.. hihihi
ReplyDeletetu sume la buat kita sbgai ibu ni naik risau, kan?
aina dah pandai cakap "atit" bila saya pegang kakinya pastu cakap "amor" (takmo) bila saya suh dia tunjukkan kakinya yg sakit tuh..
agak klu hijaz pandai cakap, mesti dia cakap "atal la umi" .. hehehe..
cian ijaz..tapi masa waktu sy ngomen ni..mesti ijaz dah sihat..yeyyy!!:)
ReplyDeleteI love what you guys are usually up too. This type of clever work and reporting!
ReplyDeleteKeep up the terrific works guys I've incorporated you guys to blogroll.
Look at my blog post chronic insomnia
It's an amazing paragraph in favor of all the online visitors; they will take benefit from it I am sure.
ReplyDeleteMy weblog : insomnia