Tuesday, March 02, 2010

~Sofie Yang Manja~

Assalamualaikum pembaca tersayang.....(eh! masih ada lagi ke yang membaca cerita saya ni?)

Seronok ingin bercerita tentang anak dara saya lagi. Siapa lagi kalau bukan Sofie Mariah. Mmmmm.... semenjak dua menjak ni, Sofie kelihatan sangat manja. Ala...sebenarnya, Sofie memang manja pun dari dulu. Tapi, semenjak kelahiran Hijaz, Sofie seakan-akan menjauhi saya. Mungkin cemburu dengan Hijaz. Sofie lebih manja dengan abi. Maklum saja, Hijaz sering berkepit dengan saya lebih-lebih lagi sewaktu Hijaz menyusu.

Tapi, sekarang, bila Hijaz tidur, saya lebih gemar bermain dan bermesra bersama Sofie. Jelas sekali Sofie amat sukakannya. Kisah semalam, Sofie meragam sepanjang pagi. Mungkin terasa hati dengan saya kerana, biasalah waktu pagi kerja-kerja saya agak banyak...membasuh, menjemur, kemas rumah,memasak...dan Sofie agak terabai. Dia menangis dan asyik menangis.

Pada mulanya, saya terasa sedikit pening, kenapa dengan Sofie ni? Meragam tak tentu pasal. Akhirnya, saya dapat jawapannya....jelas sekali Sofie ingin bersama saya. Bila saya dukung dan memeluk Sofie, Sofie gelak dan tersenyum gembira. Hai Sofie! Sofie.....Pandai Sofie buat umi tak tentu hala. Satu lagi yang membuat Sofie gembira bila Sofie terlihat kamera. Sofie cukup teruja dengan kamera.

Lihat saja gambar-gambar yang saya snap untuk mengembirakan hati Sofie....


Bila nampak je saya pegang kamera, Sofie tersenyum gembira. Lihat saja sisa2 air mata dan air lelehan di hidung Sofie. Nampak sangat Sofie baru lepas menangis...


Gembira sangat Sofie....

Nak manja dengan umi yer....

Sofie cuba nak kontrol kamera...

Sayang anak umi....!!!!

Ok, jumpa lagi di lain entry. Sekarang ni, mood untuk mengupdate blog, agak down sedikit. Ada pasang surutnya..... mungkin lain kali boleh update cerita yang lebih menarik. Lagipun saya agak sibuk kebelakangan ini....sibuk menguruskan anak-anak yang masih kecil. Jumpa lagi.....

4 comments:

  1. sofie mmg budak manje dn comel!!
    dah beso dah ank dara so makin bijak kan.. dah tahu ape fungsi camera..
    smoge sofie ceria n sihat slalu..

    ReplyDelete
  2. alalala...
    comelnya gambar sofie yang first tu... lepas nangis pun boleh sengih gembira cenggitu.. hehehe

    ReplyDelete
  3. alahaiii sayang sofie...
    dh pandai menarik perhatian ye...
    comel je sengih dia tu...

    ReplyDelete
  4. Hey there! I could have sworn I've been to this site before but after browsing through some of the post I realized it's new to me.
    Anyways, I'm definitely happy I found it and I'll be book-marking and checking back frequently!
    Here is my weblog : chronic insomnia

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....