Sunday, March 28, 2010

Mudahnya Air Mata Gugur

image from here

Susahnya nak bicara tentang hati dan perasaan. Semuanya sebab terlalu memikirkan hal Sofie. Macam-macam bermain difikiran. Pagi ni, bangun tidur, rasa rindu yang teramat dengan Sofie. Mula merancang ingin melawat Sofie di IJN. Tapi, siapakah yang sudi membantu, terasa betapa diri ini kekurangan dan ada kelemahan. Nama pun manusia,kan? Sehebat mana pun kita, pasti ada kelemahan tersendiri.

Semalam, saat Sofie telah berjauhan dengan saya, terasa hati dan jiwa saya amat lemah. Sensitif betul.... Berfikir tentang Sofie membuatkan hati saya rapuh. Air mata amat mudah jatuh. Melihat gambar-gambar Sofie, hati dan perasaan saya bagai ditusuk sembilu. Sakit dan pedih... sakit dan pedih kerana rindukan Sofie. Ya Allah! Kuatkan hati dan berikan aku kesabaran yang kuat. Doa saya untuk keselamatan dan kesihatan Sofie tak pernah putus. Seusai solat saya panjangkan doa supaya Sofie diberi keselamatan dan kesihatan yang baik, air mata saya jatuh di pipi. Saya biarkan ia terus jatuh....terasa tenangnya diri bila memohon dari Yang Maha Mendengar.

Petang semalam, saya bersembang dengan seorang jiran sebelah rumah. Bercerita tentang Sofie lagi. Hati saya sedih bila nama Sofie disebut-sebut. Air mata bergenang di kelopak mata, saya tahan jangan benarkan ia jatuh. Ber'sms' dengan sahabat tentang Sofie juga, membuatkan air mata saya jatuh. Membaca semula tulisan saya diblog tentang Sofie juga membuatkan hati saya sangat lemah. Meluahkan rasa hati pada teman-teman facebook, hati saya semakin parah. Mengapa ni? Saya seolah-olah mencari peluang untuk menjadi seorang yang cengeng. Saya sememangnya cengeng, cewek, mudah menangis, mudah terasa hati..... Mengapa ni Fiza? Bagaimana Sofie akan mendapatkan kekuatannya kalau umisofie terus begini? Tolong la.....demi Sofie.

Tadi, ber'sms' bersama suami bertanyakan hal Sofie dan merangka-rangka untuk melawat Sofie, sekali lagi hati saya digugat dengan kata-kata suami. Suami saya kata "sabarlah...banyak ingat pada Allah, banyakkan baca Quran. Sofiekan Allah punya. Kita tolong jaga..." Lepas dari itu, air mata saya tak henti-henti jatuh. Sayu sangat rasa hati ini. Ya, betul abang kata, Sofie Allah punya!

Malam tadi saya buka profil facebook suami saya, saya terbaca status yang suami saya kemaskinikan sebelum berangkat ke IJN. Tulisannya berbunyi begini.....

"Today......admitting IJN..... Urusan manusia meneruskan ikhtiar menjejaki Sunnatullah. Terserah pada Pemilik roh dan jasad..kuasaNya menentukan sakit dan sihat.. kita hanya pemilih cara......Dia pemutus kata.. Doakan agar berita gembira ....... teman dan saudara.. Hati sudah bersedia....menerima jawapan Yang Maha Kuasa... Allahu Akbar..!!!!!!!!!!!!!!!"


Dan saya membaca ramai juga kawan-kawan suami yang mendoakan keselamatan buat Sofie. Sekali lagi air mata ini gugur bersebab. Saya tahu, kekuatan ibubapa merupakan semangat untuk anak pulih. Namun, saya belum bersedia menerima sebarang kemungkinan yang negatif. Walau mulut saya sering berkata, "aku redha", berat sangat rasa di hati. Terasa dada ini sesak yang amat. Saya belum bersedia. Orang sekeliling melihat kekuatan dan ketabahan diri saya, adakah saya benar-banar insan tabah dan kuat? Saya sendiri keliru..... Saya mohon, semoga Allah kuatkan hati dan jiwa saya menempuh sebarang kemungkinan kesudahannya.

Namun, saya masih terus berharap, semoga ada sinar kehidupan yang lebih baik buat si comel saya, Sofie. Abang-abang Sofie juga berharap Sofie akan terus bersama kami sehingga akhir hayat kami. Begitu juga dengan adik Sofie,Hijaz. Saya tahu itu... kerana saya ibu mereka. Saya sering berdoa, "Ya Allah, Kau panjangkan umur Sofie, Kau panjangkan umur kami supaya kami dapat memelihara Sofie dan kesemua anak-anak kami berlandaskan kalimah syahadahMu." Saya masih berharap.....

Dan sebenarnya, saya juga berdoa semoga suami saya sihat, supaya suami saya boleh menjaga Sofie dengan baik tanpa umisofie disisi......

Sofie, umi rindu...... abang, Fiza lemah sangat.....!!!!!!

11 comments:

  1. saya doakan yg terbaik buat sofie...sayangnya saya jauh..andai dekat insyaAllah saya sudi membawa Fiza kepada sofie setiap hari..ikhlas.

    ReplyDelete
  2. terima kasih,kak....
    saya sgt2 berharap ada sudi membantu...

    ReplyDelete
  3. kak fiza..seandainya dapat ku bantu..aduhai,yg mampu ku buat ialah doa semoga semua selamat..dan juga kalau akk perlu someone nak bercerita..daku sudi jd pendengar setia kak..tabah ye...

    ReplyDelete
  4. tq,sha....
    tak tahu nakata apa.
    air mata mudah betul mengalir saat ini. mata akk dah bengkak sha...

    ReplyDelete
  5. tgk adik sodie tetiba asa nk nangis..comey je die..sabar ye kak..doa2 byk2 itu je yg kta mampu wat..sy doakan yg terbaik utk sofie..

    ReplyDelete
  6. kuatkan semangat kak.. jangan lemah... insyaAllah kalau akak kuat, sofie pun akan dapat rasa kekuatan tu... akak kene tabah... anak2 akak yang lain perlukan akak..

    ReplyDelete
  7. miss tora,
    terima kasih krn sudi singgah dan baca...sofie mmg anak yg comel. terima kasih juga mendoakan utk sofie...

    lady,
    kekuatan akak dtg dari sokongan sahabat...terima kasih atas sokongan itu,lady.

    ReplyDelete
  8. Kak Fiza..

    Perkataan sabar pastinya sudah jemu didengari. Tapi itulah ubatnya.. Akak..tabahkan hati..Klu akak nangis pasti sofie juga turut sedih..Ramai yang mendoakan agar Sofie lekas sembuh dan sihat.. Insyaallah..MOga doa2 itu dimakbulkan.. Amin..

    ReplyDelete
  9. maaf naima, kakpah tak tahu akan saat2 yang naima lalui ini. Kala membaca n3 ini teruntun rasa sedih.

    kakpah doakan sofi sehat dan naima sekeluarga tabah menghadapi dugaan Allah.

    ReplyDelete
  10. noina,
    alhamdulillah,ina. perkataan sabar dan tabah dari sahabatlah boleh menguatkan akak.sokongan anda semua pada saya dan sofie tak terperi hebatnya.akak tak tahu nak balas jasa korang semua mcm mana. Allah yg mampu balas. terima kasih ye, ina...

    ReplyDelete
  11. kak pah...
    kita berkenalan melalui blog.namun, perkenalan yg singkat ini seperti sudah lama, terima kasih atas sokongan dan doa kak pah. semoga ada sinar hidup buat sofie ye kak pah...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....