Monday, July 19, 2010

Sofie menziarahi mbah yot dan ke Gedangsa

Hujung minggu baru ni, diisi dengan pulang ke kampung menziarahi orang tua, serta mbah lanang saya yang masih terlantar sakit. Semalam, sebelum balik ke Rawang, saya mengambil sedikit masa menziarahi mbah lanang saya. Kedatangan saya disambut dengan tangisan orang tua itu. Bila saya mencium tangannya, tangisannya lagi kuat. Kata makcik saya, dia kenal saya. Itu sebab dia menangis. Hanya raungan yang mampu dilakukan kerana dia sudah tidak mampu untuk bercakap. Semasa suami saya mendekatinya dan mencium tangannya, dia juga meraung. Begitu juga, apabila cicit2nya (anak2 saya) mencium tangannya. Saya sangat tak sampai hati melihatnya. 

Teringat sebelum dia mengalami kemalangan dahulu, dia seorang yang kuat dan cerdas walau usia telah pun 70 tahun lebih. Seorang yang sangat kuat bercerita kisah kehidupannya dulu2. Suami saya sering melayan cerita dia. Sekarang, dia hanya terlantar sakit, dengan tiub yang pelbagai...... sangat2 sedih melihatnya. Semoga ada keajaiban dari Allah Ta`ala untuk menyembuhkan mbah lanang saya. (saya tak sanggup untuk mengambil gambarnya. walaupun kamera dan hanphone sentiasa dalam beg tangan, tangan saya begitu berat untuk mengeluarkannya)

Setelah menziarahi mbah lanang, saya terus menuju ke Felda Gedangsa. Seperti biasa, pagi Ahad ada urusan terapi buat si dara saya. Setelah 2 minggu Sofie tidak melakukan terapi bersama Kak Raw, minggu ni berkesempatan untuk ke sana. Sampai di depan rumah Kak Raw, azan Zohor kedengaran, kami ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat Zohor, sekaligus dengan jama` qasar. (kerana perjalanan kami dari Sabak Bernam).

Giliran Sofie untuk terapi agak lewat. Orang yang menunggu masih ramai. Saya datang seawal pagi pun saya dapat giliran hingga ke tengahari atau awal petang. Bila saya datang waktu tengahari pun, bilangan pesakit masih seperti waktu pagi. Aduhai....amat penat menunggu. Terasa lebih penat kerana perjalanan kami dari Sabak Bernam.Akhirnya, jam 5 petang, baru tiba giliran Sofie.

Tapi sangat2 bersyukur, Sofie langsung tidak meragam sepanjang terapi bersama Kak Raw. Kalau tidak, asal nampak je muka Kak Raw, pasti dia meraung. Tapi, kali ini, Sofie memberi kerjasama. Amat baik dan comel. Bila dalam perjalanan nak pulang ke Rawang juga, Sofie beri kerjasama pada uminya ini. Hijaz....memang tiada kompromi langsung. Disebabkan waktu pun dah hampir lewat petang, Hijaz mengamuk tak mahu berpisah dengan saya. Nak bergantung je dengan susu. Mengantuk pun iye juga. Akhirnya, saya terpaksa dudukkan Sofie di sebelah saya. Alahai....terima kasih ye sayang. Baik sungguh anak umi ini. Diam je dia, walaupun badan dah tegang dibalut dek Kak Raw. 

Sofie is a good girl, so clever..... 

Sofie dah mengantuk, baringkan dia dan terus tertidur dalam keadaan berbalut.

Sampai di rumah, jam hampir menunjukkan 7 malam. Sofie yang masih tidur terus sambung tidur dalam buaian. Agak lena, dan sedikit terganggu tak lama selepas itu. Abisofie mengangkat Sofie dari buaian, dan memujuknya. Tempoh balutan selama 4 jam. Balut jam 5 petang, dan sepatutnya, jam 9 malam baru balutan dibuka. Tapi, disebabkan Sofie tiba-tiba merengek dan menangis kerimasan, kurang satu jam terpaksa dibuka balutan bandage satu persatu. Jelas, tersenyum anak dara saya itu. Seronok bila dirinya lebih bebas. Dapat sertai abang2nya bermain. Hai...Sofie...Sofie. 

15 comments:

  1. good girl sofie ni..dia nak biarkan hijaz bermanja dgn mama dia, comel sungguh..

    ReplyDelete
  2. dah balut, kena tunggu bape lama br blh bukak tu ?

    ReplyDelete
  3. As'Salam umisofie....saya selalu baca blog ni (sejak terjumpa)....comel betol sofie...

    ReplyDelete
  4. sedih baca psl mbah lanang..semoga ada keajajaiban yg berlaku...
    good girl sofie..tak meragam kali ni..

    ReplyDelete
  5. comel pulak sofie dalam bungkusan tu.. kesian sofie.. mesti panas.... tak apa lah kan.. moga sembuh ye sofie... :)

    ReplyDelete
  6. della,
    sofie...hehe, comel yer. begitulah dia della....tapi, saat kebaikan dia terserlah, dia mmg comel. kihkihkih(puji anak sendiri ni!)

    *****************************************************************************
    rina,
    hijaz yg mmg manja pun lagi lemaklah manja dia. kakak baik sgt!

    ***************************************************************************
    JMY,
    4 jam kak. tu yg tak sanggup tu. kdg2 tak sampai 4 jam dah bukak sebab tak larat nak dengar dia nangis.

    ***************************************************************************
    aku_tulip,
    W salam....terima kasih sbb baca blog saya. sangat2 saya hargainya.

    ***************************************************************************
    nieda,
    terima kasih nieda, atas doa nieda.


    ***************************************************************************
    sya,
    kesian mmg kesian...tapi, ni la usaha dan ikhtiar kita. sofie dah tak brp kisah pun kena balut tu. cuma kalau angin tak baik dia dtg tu la...nak kena tahan sikit.

    ReplyDelete
  7. comel jer kena balut...macam anak patung.

    ReplyDelete
  8. hikhikhik...cute je sofie walau kena balut. mmg good gurl ni..muaaah! muaah!

    ReplyDelete
  9. good girl sofie kali ni tak nangis dah...
    :)

    ReplyDelete
  10. ye la kan..sofie da besar.mmg die faham da rimas berbalut..tapi,bgs nye tak nanges2 lg.good girl!..

    ReplyDelete
  11. Akak nak tanya skit. Pasal terapi dgn kak raw tu. Memang positif ke kesannya? Kenapa sofie dibalut ye? Yg terapi minda tu boleh buat kak ank kita jugak ke? Sori byk sgt soalan akak... :)

    ReplyDelete
  12. k.ieda,
    mmg mcm patung dah jadinye. hehe...

    ******************************************************************************
    IDAZS,
    muuaahh...jugak...hehe. doa ida juga la sofie jadi good girl ni. hehe...

    ****************************************************************************
    lady,
    sofie kurang nanges dah skrg.
    mmg good girl...

    ****************************************************************************
    ashra,
    mungkin sebab sofie dah besar sikit, tu yg dia mudah faham tu....

    ****************************************************************************
    Azma,
    pasal terapi dgn kak raw ni....alhamdulillah, dgn izin Allah mmg nampak kesannya. ramai anak2 OKU yg kak raw tolong. terapi minda , boleh buat utk sesapa je. org dewasa, anak2 sekolah dan anak2 istimewa.
    saya ni yakin dgn kebolehan kak raw mengurut, tu sebab saya teruskan. dah setahun dah saya hantar sofie buat terapi kat situ. tapi, mulai tahun ni, utk OKU kak raw terima bawah 4 tahun je.

    ReplyDelete
  13. stiap kali sy baca blog akk sure mood saya jd lain..tetiba jd sedih especially baca psl sofie..saya kesian ngan sicomel sofie..huhuh..harap k.fiza tabah jg sofie..be a good gurl yer sayg..amin

    ReplyDelete
  14. Fara,
    terima kasih tak terhingga sudi baca post akak ni...jgn le sedih. sofie skrg makin sihat, alhamdulillah! skrg tempoh terapi utk fizikal dan mental sofie pulak. tak pe, lepas ni, insya Allah entry yg ceria dan gembira jer...hehe.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....