Tuesday, July 27, 2010

Tak jadi upload video Hijaz, entry biasa pun jadilah

Aduhai...pening dah saya ni. Tadi mula2, nak uploadkan satu video berkaitan aksi dan gelagat Hijaz. Tiba-tiba, bila dah publish, tak menjadi pulak. Nampaknya banyak lagi yang saya kena belajar ni. Saya pun memang belum pernah upload video dalam blog ni. Kononnya nak mencuba la....tak menjadi la pulak. Aduhai.... ye, ye la tadi...dah publish status kat FB. Huhuuhuhu, buat malu kaum je Fiza. Jangan gelakkan saya yer...

Tapi, tak mengapalah...demi pembaca semua, saya  'update'kan jugaklah entry ni. Video tak ada...sebab tak pandai lagi. Saya nak update pasal Hijaz. Sebab Hijaz pun tak berapa sihat sekarang ni, tengah selsema dan demam sikit. Jadi Hijaz tak boleh nak berceloteh panjang macam selalu. Biar umi Hijaz ni yang cerita pasal Hijaz yer...hehehe....

Usia nak masuk 10 bulan, Ogos nanti. Makin aktif dan ceria. Bersahabat baik dengan kak chik. Sangat2 kamceng dan rapat. Mana kak chik pergi dia ikut. Dalam usia 9 bulan sekarang, Hijaz ligat bermain tangga, naik tangga sangat2 laju dan cepat. Kalau umi dia ni nak kejar dapatkan Hijaz di tangga, lagi laju langkahnya. Lucu betul tengok budak debab ni. 

Tapi, berat Hijaz tak naik sangat. Bulan lepas dalam 8.7 kg je, bulan akan datang ni, wallahu a`lam. Tengok je la nanti. Mungkin sebab Hijaz sekarang semakin lasak. Jadi, tenaga banyak dihabiskan pada bermain dan memanjat. Tentang manja tu, jangan katalah...pantang umi lari dari pandangan, pasti menangis. Huh, umi Hijaz ni kadang2 macam 'sengal' jer...huhuhu. Mana taknya, nak buat kerja amatlah susah. Pergi ke dapur, dia nak ikut, jemur kain, dia nak ikut, masuk bilik air nak tunaikan hajat pun dia nak ikut....eh, tak, dia nangis je. Takkan la saya nak bawa sekali,kan. Saya biar je dia nangis kat luar. Hehehe...Padan muka dia!


Satu lagi, sekarang ni sangat pandai, bijak dan cerdik.....dah perasan umisofie ni, puji anak sendiri. Sapa lagi nak puji anak kita, kan, kalau bukan umi dia sendiri...hehe. Hijaz pandai bertepuk tangan tau. Elleh...anak orang lain pun pandai tepuk tangan jugak la...... Bukan apa, selama ni saya ajar Hijaz tepuk tangan, dia tak nak. Abang2 Hijaz tepuk pun dia tengok je sambil buat muka comel dia tu. Tapi, sejak dua menjak ni, pantang....kalau kita nyanyi lagu :
tepuk amai2, 
belalang kupu2, 
tepuk Hijaz pandai, 
umi upah susu.

susu lemak manis,
santan kelapa muda,
Hijaz jangan nangis,
umi buat kerja.
Dengar je lagu ni dinyanyikan, pasti tangan gebu dia tu bertepuk. Ibu mana la tak geram, aksi lucu yang menghiburkan hati.

Hijaz juga sudah boleh berdiri lepas tangan. Tak lama lagi dapat langkah la tu. Lawan dengan kak chik sapa jalan dulu. Saya nak mereka jalan serentak. Kalau kak chik jalan dulu pun ok. Boleh tolong Hijaz belajar berjalan pula. Nanti dua anak kecil saya yang bagai kembar ni, mesti seronok dapat jalan2. Alahai...mesti cute miut,kan? Terkedek-kedek jalan macam anak itik. Huhuhu.....

Ok.... sekian dulu bicara tentang Hijaz Muhammad. Akan datang, mungkin Hijaz sendiri akan berceloteh, tapi di taip oleh uminya. :)

p/s: sekarang....ntah kenapa, saya lebih suka tepek gambar yang diedit seperti di atas...mungkin sebab saya takut kaota gambar saya hampir tamat, tak juga...banyak lagi rasanya. sebab, cara ini lebih jimat....mungkin akan dtg, saya akan ubah cara lama saya kot... :D

7 comments:

  1. pandai hijaz sekarang..happy 10 months old

    ReplyDelete
  2. hijaz nmpk temban tp baru 8 kg lebih ek kak..anak sy pun sgt suka kalao ada lagu yg ada tepuk2 tgn ni..especly lagu "kalau anda gembira tepuk tgn.." hihi..nnt jalan2 dgn kak chik ye hijaz.. : )

    ReplyDelete
  3. btul la k.fiza..kita yang duk umah ni..penghibur hati adalah keletah anak2..bila kita sedih,tgk keletah anak,rase terubat sgt luka kesedihan tu..
    bila lah sy nak ada 'anak-anak' ni...hehe..

    ReplyDelete
  4. nieda,
    ye...dah nak dekat 10 bulan. pejam, celik...pejam, celik. kejap sgt masa berlalu....hehe ..:)

    **************************************************************************************
    amirah,
    tu la...nampak tembam, tapi tak mantop. hehe. badan gebu lembut gitu. sedap pelok dia tau!

    *********************************************************************************
    ashra,
    kalau kita marah anak,kan rasa sesal kat hati...huhu. pastu nyesal tak nak marah lagi. akak ni dah beranak-anak...mcm2 karenah anak,ash. :)

    ************************************************************************************
    kak fisa,
    hijaz pun rindu dgn abg irfan tau! hehehe....

    ReplyDelete
  5. Fiza jelita,
    teletah anak - anak memang menghiburkan hati...

    ReplyDelete
  6. takpe fiza...
    darwisy dulu pun ringan je...
    asalkan dia sihat kan... :D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....