Hari ini Sofie ada appointment dengan pakar kardiologi di IJN. Selepas lebih kurang 4 bulan Sofie melepasi saat kritikal, hari ini penentunya.... Sofie pergi bersama abisofie, hanya mereka berdua. Saya sekadar di rumah menanti berita gembira dengan penuh harap. Saya, macam biasa tidak dapat menyertai mereka kerana punya anak yang sudah bersekolah. Jadi, pengorbanan harus diberi kepada abisofie sahaja. Namun, harapan seorang ibu di rumah masih tinggi, moga Sofie terus sihat dan bahagia. Moga hidup Sofie terus ada sinarnya.
Sepanjang hari ini, saya masih teringat2 waktu Sofie berada di IJN, menjalani terapi, pembedahan dan rawatan. Suka ingin berkongsi pengalaman penuh makna keluarga kami ini. Ada orang pertikaikan, bahawa umisofie ni, anak sakit, bertarung dengan maut, berserah nyawa pada Maha Pencipta, umisofie masih mampu mengambil gambar Sofie. Owh.... sukar sebenarnya!!! Amat2 sukar. Lebih2 lagi ketika Sofie dalam PICU. Ibu mana mampu melihat anak yang masih belum sedarkan diri, masih dalam keadaan wayar yang berselirat di seluruh badan.... hanya yang merasai sahaja memahami hati dan jiwa saya.
Mari imbas semula semua kenangan Sofie yang penuh bermakna....
30 Mac 2010, (Selasa) - Sehari sebelum pembedahan.... tangan telah didrip.... dan sedang berpuasa untuk menjalani pembedahan keesokkan harinya.
31 Mac (Rabu)- baju telah berganti....lihat tangan Sofie yang berstokin. Kenapa? Sebab Sofie gatal tangan nak mencabut jarum line.... masih berpuasa, menanti giliran, menanti dipanggil untuk dibawa ke dewan bedah. Sofie tidur je masa ni, mungkin kesan ubat tidur semalamnya, ketika pihak wad ingin membuat ECHO sebelum pembedahan. Ibu jari ada peneman ketika Sofie lapar dan ingin tidur. Jadi Sofie tak meragam..... Sofie sangat baik sebenarnya.
Ketika di dalam dewan bedah, hanya abisofie menemani Sofie. Hanya abisofie yang mengucapkan kalimah syahadah di telinga Sofie, membacakan selawat atas nabi.... andai saya ambil alih ketika itu, pasti jiwa saya lemah dan hancur. Anak kita yang masih hidup, doktor suruh bacakan kalimah syahadah, seolah2 anak kita akan pergi selamanya....Owh! Mungkin itu hikmahnya kenapa saya tidak temankan Sofie ketika itu. Maklum semuanya, bahawa yang menjaga Sofie ketika di wad adalah abisofie. Umisofie datang setiap hari, dan setiap hari berkampung di IJN dari pagi sehingga malam......
Menanti Sofie keluar dari dewan bedah selepas beberapa jam..... satu lagi saat perit yang terpaksa ditanggung. Bila teringatkan semua itu, hati sering berdoa, moga tiada lagi saat perit itu dalam hidup Sofie akan datang.
Beberapa hari Sofie selepas dibedah...dan masih berada di PICU. Sebenarnya, 2 gambar di atas saya ambil secara diam2. Kebetulan hari itu hari Jumaat. Ketika abisofie turun untuk menunaikan solat Jumaat, saya yang masih menemankan Sofie, mengambil gambar tersebut secara senyap2. Tak boleh bawa kamera dalam PICU. Tapi, inilah saat2 yang tak mungkin kita ulangi lagi dalam kehidupan. Kebetulan juga, staff yang jaga waktu itu tidak ramai. Bunyi bising mesin2 di setiap pesakit, menyebabkan tiada siapa yang perasan kamera disnap pada Sofie. Sofie masih tidak sedarkan diri lagi waktu ni. Dan memang sangaja mereka tidurkan Sofie...
2 gambar di bawah tu pula, ketika Sofie telah melepasi tahap kritikal di PICU, dan dipindahkan ke HDU. Alhamdulillah....waktu ni perasaan sangat2 lega, bersyukur dan berterima kasih kerana Allah masih panjangkan umur Sofie untuk Sofie terus hidup bersama kami.
Beberapa hari selepas keluar dari HDU.... duduk di wad biasa, membuatkan saya sangat2 gembira. Melawat Sofie setiap hari pagi hingga tengahari, petang hingga malam.... saya tidak pernah jemu. Sepatutnya saya yang menjaga Sofie. Tapi, kerana Hijaz, abisofie mengambil alih menjaga anak dara kami itu. Siapa lagi yang akan berkorban jiwa raga kalau bukan ibubapa,kan? Abisofie terpaksa mengambil cuti selama 3 minggu demi anak gadisnya yang comel itu. Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas kurniaan tak terperi ini.
Sepanjang Sofie berada di wad, Sofie seorang yang ceria dan gembira. Dan setelah pulih dari sengsara, memnag Sofie seorang yang ceria, cerdas, aktif..... Cuma menanti Sofie mendapat langkah yang panjang, kami masih berharap, Sofie akan berjalan dan bercakap seperti kanak-kanak biasa.
Mengimbas kembali kenangan Sofie....saya letakkan link bagi yang sudi membacanya.
Saya mengambil banyak gambar Sofie ketika Sofie di wad kerana, Sofie punya pengikut yang agak ramai. Mereka menanti2 kisah Sofie ketika Sofie menjalani pembedahan dahulu. Ramai yang meminta saya meng'upload' gambar Sofie di blog dan di FB. Saya penuhi permintaan mereka, kerana mereka adalah orang2 yang mendoakan kesejahteraan Sofie.
Saya pernah mendapat maklum balas lebih kurang begini bunyinya, "Kalau aku jadi ko, Fiza, aku tak kan sampai hati ambil gambar anak yang tengah bertarung dengan maut. Aku tak kan terfikir nak ambil gambar dia. Aku cuma berharap dia cepat sembuh jer.... Malas dah nak fikir pasal gambar ni...."
Hati saya tersentuh sangat dengan kata2 begitu. Siapa orang yang berkata begitu, biarlah rahsia. Jadi, kepada yang bercakap seperti itu, ini kata2 saya untuknya, "aku buat macam ni, ambil gambar Sofie ketika kat wad, sebab Sofie ramai pengikut. Mereka nak tahu tentang Sofie. Jadi, aku kuatkan hati aku yang lemah ini. Kalau ko tak nak tengok, tak ngapa, aku tak paksa....." Sekian, terima kasih! Inilah kenangan penuh makna kami sekeluarga......
salam fizah...
ReplyDeletesebenarnya gambar2 ni adalah kenanagan yg sangat2 beharga..dengan harapan esok sofie besar dia tahu macam mana keadaan dia sebelum dia dewasa...semua ni kite jadikan cabaran untuk tabah menghadapi semua kemungkinan..biarlah ape org nak kata yg penting org2 macam akak ni akan senantiasa mendoakan kesejateraan sofie dan keluarganya juga...semoga sofie boleh menjalani kehidupan noramal akan datang...insyaallahhh:)
tersentuh hati saya tgk gambar ini...sungguh sofie masih kecil untuk menanggung segala2nya..mujurlah sofie kanak2 yang kuat semangat..moga ada ini sihat..Amin...
ReplyDeleteBiasalah fiza, dalam hidup ini mcm2 perangai manusia.Lumrah kehidupan. Maafkan aje org mcm tu.
kak risa...
ReplyDeletemenitik air mata fiza...semngat yg kak risa bagi. sedih :(...huhuuhu....
sgt2 bermakna kak...terima kasih atas kata semangat kak risa. cayang akak!
**********************************************************************************
nieda,
bila org ckp cam tu, saya senyumkan je. sofie mmg kuat,nieda...sgt kuat.
kak..bg ina akak tak salah. mmg patut akak amik gambar. nanti leh tunjuk kat sofie bila dia dah besar sok... :)
ReplyDeletepeduli kan apa org nk kata..org tu pandai ckp je..klu dia kat tpt akak pun.. dia akan buat benda yg sama. dia tak alami apa yg akak rasa..so persetankan dia k...
btul tu kak, takyah fikir pasal tu..gambar adalah satu2nya memori kita dikemudian hari..memori ingatan kadang2 akan hilang kemudian hari..dan apa salahnya akak kongsi dgn kwn2 kan tntg perjuangan sofie..
ReplyDeletesedih tgok gamba2 sofie yg berselirat wayar sane sini..sofie masih kecil nak hadapai semua itu sayang..
ReplyDeleteape pon kak, saya kagum dengan ketabahan akak dah suami..berkorban demi nak melihat sofie sihat..sesungguhnya syurga bakal menanti akak dan suami..
slm perkenalan kak fiza.
ReplyDeletesy silent reader blog akak. tp kali nie sy tergerak hati utk post s/thing di sini.
sy amat memahami apa yg akak rasa krn sy turut melaluinya. cuma bezanya bayi kecil sy tidak dibedah spt sofie. dia hanya ditebuk dibhg peha sewaktu umurnya baru mencecah 3 hari pd april yg lalu.
biarlah apa yg org nk kata. kita ambil gambar anak kita dlm keadaan begitu tak bermakna kita suka tgk dia mcm tu. kolot sungguh pemikiran mereka yg berfikiran begitu. sy turut menyimpan kenangan sewaktu anak kecil sy dirawat di IJN. semuanya utk sy abadikan sebagai satu kekuatan & motivasi utk sy tabah membesarkan anugerah istimewa ini.
anak sy akan ke IJN utk rawatan susulan lps raya nnt slps kali terakhir pd bln mei yg lalu.
mohon kak fiza doakan agar anak kecil sy yg baru berusia 3 bln itu sembuh & dpt membesar dgn sihat....
salamss fiza, tersentuh hati dan hampir mengalirkan air mata melihat gambar-gambar kenangan sofie...moga dia akan sihat sempurna insyallah..
ReplyDeletePS:bg kak mieja,setiap gambar-gambar yg diambil mempunyai nilai yg tinggi kenangannya, akak sokong fiza. Memang patut ambik gambar atleast kita dpt bezakan masa soffie dikala sakit, ceria dll :):) kat hospital, kalaou nk ambil gmbr, jgn pakai flash....nurse sure tak perasan:):):)
noina,
ReplyDeleteye ina...tak salah,kan kalau kita nak buat kenangan, dan tunjuk pd anak kita betapa dia pernah harungi ssemu tu..tq.
************************************************************************************
amirah,
tq amirah. mmg akak ignore je pd sesapa yg ckp cam tu. maleh den nak layan eh...hehe :)
*******************************************************************************
rina,
mudah2an ye rina.
akak ni kalau buka balik folder yg byk gambar2 sofie ni, akak mesti sedih. sian dia...
skrg semuanya tlh berakhir.
********************************************************************************
Lina,
salam perkenalan dari akak...
terima kasih lina sbb sudi pembaca blog akak. akak cuba jejak lina, tak tak dpt. alangkah seronoknya kalau kita dpt berkongsi kisah dan cerita.....
lina, akak ingin sekali mengetahui kisah anak lina. sedih pula akak rasa, tak dpt tahu kisah selanjutnya. kongsila dgn akak,dear. semoga lina beroleh kekuatan...
sabar ye....semoga ada sinar kehidupan yang lebih baik buat baby lina.....insya Allah akak doakan...
*****************************************************************************
faizah amir...
hehe....mmg tak pakai flash pun.
masa kat ICU tu nurse 24 hour kat katil sofie. tu yg berkesempatan tu. bila dia pergi makan kejap, saya amik kesempatan ler....
anyway tq so much,k....
salam fiza,
ReplyDeletemenitis air mata ayu membaca entry ini..maaf, ayu mmg agak sibuk seketika sejak akhir2 ni...ngan SGM la, nak update hasil2 laporan dari SGM n sewaktu ngannya la..ni baru la berkesempatan membaca blog fiza...betul kata fiza, berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul..sejujurnya fiza seorg yg tabah + kuat semangat..ayu sendiri tak tau samada ada ayu memiliki kekuatan sebegitu ...
baru2 ni ada berlaku kes melibatkan kawan sepejabat ayu , anak pertama, baru 3 bulan kena refer hkl setelah didapati ada cecair dalam kepala baby dia..sedih melihat video anak dia..mmg terasa la, lagi2 kawan ayu tu antara kawan baik ayu di pejabat..moga fiza tabah + kuat ye.. abaikan pertanyaan2 yg dibuat oleh mereka yg tidak memahami keadaan anak fiza tu..
salam fiza
ReplyDeletemembaca blog sebegini dr pndgn sisi seorang ibu sgt membuatkan hati rs terharu
betapa bsrnya kasih syg dan pengorbanan seorg ibu mcm fiza
utk seseorg mcm sy yg msih bukan seorg ibu bc blog ni, rs sgt insaf dan kecil
fiza yg dah jd seorg ibu menjadi seorg yg lbh baik dr dl
fiza dah jd sgt kuat dan tabah
krn itu lah, fiza dpt seorg ank bernama sofi yang sgt kuat dan tabah mcm ibunya :)
tahniah fiza sbb dpt jd seorg ibu yg sgt positif kpd sofi yg sgt cekal mcm ibunya :)
alangkah baiknya utk masyarakat skarang dpt menjd ibu spt fiza
sy doakan yg terbaik utk fiza & sofi insyaAllah
ayu,
ReplyDeleteterima kasih ayu masih sudi luangkan masa baca coretan penuh makna ini, walaupun ayu sgt sibuk dgn tudag dan SGM. bangga punya kawan seperti ayu, yg kuat memperjuangkan BF. fiza sokong sgt.
ayu, andai kita dikurniakan anak seperti Sofie Mariah, dan kita berbalik kepada Yang Maha Pencipta, insya Allah, Dia akan beri kita satu kekuatan yg luar biasa. Sofie mmg kuat, kdg2 uminya ini menjadi tidak kuat, dan memaksa diri utk menjadi seorg yg kuat...tq, ayu.
anak kwn ayu tu hidrocap ke? kesian dia....fiza faham, sbb tlh berkenalan dgn ramai ibu2 yg punya anak hidrocap. ujian mrk lagi hebat, ayu. semoga anak kwn ayu tu cepat sembuh!
salam perkenalan NABIL...
ReplyDeletemaaf, saya tak boleh nak jejak anda krn tiada link. tinggalkanlah link supaya saya boleh jejak anda.
apapun, terima kasih krn membaca blog saya...ini sekadar coretan suka duka saya, kisah dan pengalaman keluarga saya. Alhamdulillah, Sofie Mariah hadir dlm hidup kami dgn penuh rasa kasih sayang Allah terhadap kami. walau sekuat mana ujian Dia terhadap kami, Dia sentiasa dekat dengan kami. semuanya dengan kehendak dan kekuasaan-Nya.
seawal kelahiran Sofie, doktor menjangkakan hidup Sofie tidak lama...saya pasrah. suami kata, kita jaga dia sampai Allah nak ambil dia. anda tahu bagaimana seorang ibu mendengar kata2 itu...rasa remuk di hati, rasa sgt2 pedih dan sakit. tapi, kita redha dgn ketentuan-Nya. usaha tak pernah putus, dan bertawakal kepada-Nya membuatkan kita rasa Allah dekat dgn kita. (oh, beratnya bahasa saya yer...)
btw, terima kasih atas sokongan dan doa anda, nabil. jangan jemu datang lagi ke blog ini yer.....
fiza,
ReplyDeleteanak kawan ayu tu tak dapat lagi kenal pasti apa lg penyakit dia..still lg kat HKL n masih lagi keluar cecair daripada kepala dia wpn hari ni hari kedua selepas operate..