Friday, July 09, 2010

Celoteh Hijaz lagi.... mari baca!

Assalamualaikum semua.
Hari ni Ijaz suruh umi cerita pasal Ijaz dalam blog umi ni. Seronok sangat bila umi nak taipkan cerita Ijaz ni. Kalau la Ijaz pandai taip, pandai guna komputer, senang sikit. Tak yah dah suruh umi taipkan. Boleh Ijaz buat sendiri. 

Bulan ni bukan Julai,kan? Bulan ni Ijaz dah 9 bulan. Kejap je, kan? Ijaz rasa dah besar...tapi, abi kata Ijaz cewek, suka nangis. Bila umi tak de je, mesti Ijaz nangis. Ijaz ni mengada ke? Tak... Ijaz rasa abang2 Ijaz yang lain pun macam Ijaz masa umo dorang sama dengan Ijaz dulu, kan mi? Ijaz nak umi dekat dengan Ijaz. Kadang2 kan, umi marah Ijaz. Tapi, Ijaz tau, umi marah sayang, marah manja. Bila umi marah, Ijaz gelak balik. Umi tak jadi nak marah. Umi cium2 pipi Ijaz balik. Uuuummmpppphhhhh.... sayang umi.

Umi kata kan, Ijaz sekarang dah bijak sangat, Ijaz nak jalan. Nanti bila Ijaz dah pandai jalan sendiri, senang sikit umi. Tak payah lagi umi nak sakit bahu, sakit pinggang sebab dukung Ijaz. Ijazkan bulat, macam donat gebu. Sian umi sampai sakit2 dukung Ijaz. Ijaz akan jadi anak yang kenang jasa umi. Ijaz nak jadi anak soleh umi dan abi. Aminnn....!!!

Kali ni, umi tepek gambar Ijaz tengah mandi. Ijaz suka mandi. Ijaz suka air. Sekarang umi dah tak mandikan Ijaz dalam tub mandi Ijaz yg pink kaler tu. Umi dah simpan tub mandi tu kat belakang. Sekarang Ijaz mandi dalam sinki je. Nasib baik sinki kat rumah Ijaz ada 2. Satu kat dapur depan, satu lagi kat dapur belakang. Kalau tengok dalam gambar tu, sinki tu khas tempat Ijaz mandi dan dengan umi tadah air tapis je. Basuh2 pinggan mangkuk, semua umi basuh kat sinki belakang. 

Marilah semua...tengok Ijaz tengah mandi tu......hehehe.


Masa untuk Ijaz mandi. Yea....umi dah buka pili air. Sukanya dapat main air ni..
Ijaz suruh umi edit sikit gambar ni. Kalau tak.... dah nampak Ijaz punya tutttt...hehe.


Tiap kali Ijaz mandi kan, mesti kak chik Ijaz nak kacau. Kak chik pun sibuk nak mandi sekali. 
Kak chik, pergi sana, nanti Ijaz simbah air kat kak chik. Kak chik dah mandi,kan?


Ijaz dah siap mandi..... wahhhh...segarnya bila dah mandi. Seronok sangat!

Umi dah pesan dengan Ijaz tadi. Kali ni entry pasal Ijaz tak boleh panjang2. Buat entry pendek je. Nanti kawan2 umi bosan nak baca celoteh Ijaz. Betul ke? Kalau macam tu, ok la. Ijaz stop dulu ye aunty semua. Biarkan auty semua rindu nak baca celoteh Ijaz ni. Lain kali Ijaz celoteh lagi, aunty baca tau! Daaaa...Ijaz nak tido ni. Selamat tengahari semua!

12 comments:

  1. alalla..diam lak kene mandi dlm sinki tuh...kalo dadif..konpem xreti diam..

    ReplyDelete
  2. dah dapat air, seronok...leka sgt2. sampai tak mo keluar dari sinki.

    ReplyDelete
  3. mandi dalam sinki....ciannyer dia...

    ReplyDelete
  4. dalam sinki lebih senang, zaidah...sinki pun besar dan dalam. bilik air rumah saya kecik. tak muat tub mandi. lagi sian kalau mandi blkg umah. hehe....

    ReplyDelete
  5. hehe..hijaz bam bam..penuh satu singki dia duduk..geram je acik ina tgk dia..hehe

    ReplyDelete
  6. dia dok diam main air je tak pe lagi, klu dah berdiri2 dlm sinki , haaa tu bahaya..hehe

    ReplyDelete
  7. bape kilo la hijaz ni kak??
    geram tgk paha tuh!

    ReplyDelete
  8. noina,
    tu dianya ina....
    sgt tembabm...seronok tau pelok dia. geram. ketap bibir jer...

    **************************************************************************
    JMY,
    skrg ni pun sbnrnya dah pandai nak berdiri. tapi, selalu kalau jumpa air...pasti terpaku. tak layan dah benda lain.

    **********************************************************************
    izwa,
    bulan lepas, masa 8 bulan, berat dia tak de la naik byk sgt. 8.7kg je. dah 9 bulan ni, tak tahu la. belum timbang. rasanya susut sikit..sebab sgt2 lasak.

    ReplyDelete
  9. hehe..ijaz ni comel la.nak geget2 je.bam bam..

    jap je da 9 bulan kan fiza..kdg2 tu tak terasa masa berlalu.anak2 mmg manja kalu umi nye duk umah tak keje.tu yang cewek tu..samalahhhh..

    ReplyDelete
  10. wahh..kak fiza, design baru ler...bunga sunflower tu cantek..waa..hijaz seketull..geramnyerr..

    ReplyDelete
  11. hijaz... hijazz...
    suke dia ye...
    fiza,

    ReplyDelete
  12. tomeinye hijaz....geram tengok..muka nya sebijik mcm abangnya yg sulong ye kak fiza??

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....