Monday, July 26, 2010

Update Sofie bertemu doktor kardiologi

Pagi tadi saya saya buat entry yang menyatakan Sofie ke IJN, bertemu dengan doktor kardiologi, selepas 4 bulan Sofie selesai menjalani pembedahan. Sofie bersama abisofie pulang ke rumah agak awal berbanding biasa. Selalu, kalau ada appointment IJN, jam 3 petang baru sampai rumah. Hari ini, memang teruja sangat, jam 12.30 tengahari Sofie sudah sampai. Seronok saya!

Ok, menurut abisofie, Sofie bertemu dengan seorang doktor dari Palestin. Doktor Rahim, pernah beberapa kali saya bertemu dengan doktor ini. Pertama kali saya bertemu dengannya bersama Doktor Chiam dari HSB. Doktor Chiam kata, English dia susah sikit nak faham. Saya pun susah nak faham sebenarnya. Ke sebenarnya saya memang tak faham? Abisofie kata, ok je English dia. Huhuhu....

Berbalik kepada cerita asal saya, Sofie pulang penuh kegembiraan. Abisofie melaporkan pada saya, yang jantung Sofie baik2 saja. Doktor memberitahu yang jantung Sofie hampir kepada jantung kanak-kanak normal. Cuma, ada sedikit masalah kecil pada jantung Sofie. Tapi, semuanya tak perlu risau kerana ia tak membahayakan. Masalah bagaimana pun tak saya tahu. Ya juga la,kan...dah namanya manusia yang perbaiki. Jadi, mana mungkin sama dengan kesempurnaan kejadian Allah Ta`ala. Yang penting kita berusaha memperbaikinya. Mohon sajelah dengan Allah Ta`ala, semoga terus diberi kesempurnaan buat jantung Sofie.

Doktor hampir memberhentikan ubat2 yang Sofie makan sebab tengok Sofie sudah kelihatan baik. Tapi, tak jadi, doktor cuma turunkan dose ubat saja. Insya Allah pada temujanji akan datang, ubat Sofie akan diberhentikan. Untuk rekod, Sofie makan 3 jenis ubat selepas pembedahan, iaitu: Frusemide Syrup, Sildenafil Syrup dan Captopril Syrup. Sebelum pembedahan, Sofie makan 1 lagi ubat tambahan iaitu Spironolactone Syrup. Lepas pembedahan Spironolactone diberhentikan dan digantikan dengan Sildenafil. Saya ni sangat2 berharap doktor berhentikan ubat. Tak sanggup sangat melihat Sofie menelan ubat2 tersebut, siang, malam, pagi dan petang! Sejak Sofie berusia sebulan Sofie menelan ubat2 tu, sampai sekarang sudah 2 tahun 7 bulan. Mungkin tunggu appointment akan datang baru doktor nak berhentikan ubat. Appointment akan datang pada bulan Oktober. 

Wajah2 ceria si gadis saya selepas pulang dari IJN tengahari tadi

Kesimpulannya, selepas berjumpa doktor IJN, kesihatan jantung Sofie baik2 saja. Tak kisah la kena makan ubat lagi pun, yang penting tiada komplikasi terhadap jantung Sofie......Alhamdulillah!

10 comments:

  1. aminnnnn :) moga sihat sihat selalu yer adik sofie :)

    ReplyDelete
  2. semoga sofie sihat selalu ye...:)

    ReplyDelete
  3. semoga sofie terus sihat n membesar ngan baik insya allah...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.....sihat sepenuhnya cepat2 ok!

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah syukur pada allah..
    semoga sofie bertambah sihat & sihat..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..senang hati dgr sofie beransur sihat..pasni makin aktiflah ye sofie ni, hehehe..

    ReplyDelete
  7. sungguh kuat semangat kak fiza.. klau lah saya berada di tempat akak, nth la... pe2 pun saya doakan yg terbaik utk aka sekelularga..

    ReplyDelete
  8. jadi mak mmg begitu kan, ubat anak kena jaga. ubat bapa pun kena jaga gak, bila tak jaga..hmm yg dipersalahkan nanti, kita jugak..mak, ibu, umi, mumy...hmmm

    ReplyDelete
  9. Alhamdullilah .....suka kak mieja dengar:) moga soffie dikurniakan kesihatan yg sempurna, insyaallah....amin :):)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,
    Kepada semua pembaca dan pemberi komen :
    ummu ash
    mysdear
    zaidah
    della
    izwa
    rina
    aida julia
    kak mieja/faizah amir 2010

    -terima kasih atas doa anda buat sofie mariah. terharu rasanya. hanay Allah boleh balas semua doa anda buat sofie....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....