Alhamdulillah, sangat gembira, dapat meng`update` blog ini. Sangat rindu nak berceloteh dalam blog ini. Rindu yang teramat.... 2 hari blog saya mcm ada virus. Tapi, bila tanya kawan2, dorang masuk blog saya ok je. Tuan punya blog yang tak ok. Sampai pening kepala di buatnya nak meng`adjust` sana sini. Bantuan kak Sue Aleen sedikit sebanyak membantu. Dan akhirnya, bantuan suami juga diperlukan. Suami tersayang telah menyelesaikannya juga. Kesian agaknya dia, tengok isteri dia ni tak boleh nak pisah dgn blog dah...hehe. Tq, dear!
Ok, today, nak cerita sikit pasal masalah saya yang pernah saya beritahu dulu. Ingat tak, saya pernah beritahu tentang surat mahkamah, dan sedikit usaha dan ikhtiar saya untuk menyelesaikan perkara tersebut dan mengelakkan saya hadirkan diri ke mahkamah? Setiap waktu solat saya berdoa, mohon Allah tunjukkan jalan penyelesaian paling mudah. Tak putus doa saya. Begitu juga suami saya, berdoa dan terus berdoa. Masa tu, saya sudah mengalirkan airmata kerana takut dengan tindakan mahkamah. Saya punya alasan tersendiri kenapa keadaan ini berlaku. Suami menguatkan jiwa dan hati saya.
Dalam minggu ini, saya ada membuat panggilan telefon ke pihak berkenaan. Sepatutnya, 12 Julai (Isnin) lepas saya perlu menghadirkan diri ke mahkamah untuk dibicarakan. Tapi, setelah menelefon pihak berkenaan, mereka kata, kes saya telah di`KIV`kan oleh pihak mahkamah. Alhamdulillah. Dan petang esoknya, saya menerima surat dari pihak berkenaan mengatakan permohonan saya telah diluluskan dan mereka telah membuat penjadualan semula bayaran balik pinjaman pelajaran saya. Bersyukur tak terkira...Sujud syukur saya petang itu! Allah makbulkan doa kami. Betapa Allah sayangkan kita, memberi jalan penyelesaian paling mudah dan tak kita sangka2kan.
Esoknya, berbekalkan sedikit simpanan yang saya ada (memang dah lama simpan untuk membayar loan, tapi tak de la byk mana pun. boleh la cover untuk 10 bulan pertama ni), saya meminta suami membayarkannya di pejabat pos. Sangat lega kerana masalah ini akhirnya selesai sebegitu mudah, dan mereka menerima alasan saya. Yang membuatkan saya risau, penjamin saya juga terlibat dengan masalah ini. Sebolehnya, saya tak mahu melibatkan mereka. Biar saya selesaikan masalah ini dengan bantuan suami. Alhamdulillah...semuanya selesai sekarang. Semoga Allah luaskan rezeki keluarga saya untuk melunaskan semua pinjaman pelajaran saya ini, begitu juga suami.
Terima kasih untuk Kak Helwa, atas bantuannya....semoga Allah membalas dengan balasan yang lebih baik. Terima kasih suami tercinta, sanggup bersusah senang bersama2, terima kasih paman Majid saya kerana memahami keadaan saya.
alhamdulillah, selesai juga masalah...
ReplyDeletealhamdulillah, berkat doa yg tak putus2 itu..saya bangga dengan kecekalah kak fieza..
ReplyDeleteAlhamdulillah....
ReplyDeletetenang dan sabar, ada jalan penyelesaiannya kan... :)
Alhamdulillah..lega mendengarnya..semoga dimurahkan rezeki pula untuk membayar..saya pun sama..
ReplyDeletekak fiza, ada lagi la malware tu masa saya nak bukak blog ni tadi.. kenapa ye? saya suka singgah sini, walau sendiri blog pun takde. hehe
ReplyDeletenieda,
ReplyDeleteterima kasih ye ....mungkin berkat doa kalian juga.
**************************************************************************
rina,
akak ni tak cekal mana pon. jgn le gitu...hehe...
**********************************************************************
sya,
kira tak sia2 doa kita ,kan? alhamdulillah...syukur sgt.
*************************************************************************
atun,
semoga kita dimurahkan rezeki ye.
************************************************************************
sumiyani,
mmmm...ye ke? kalau komputer awak ada anti virus, antivirus boleh block malware tu. akak pun tak tahu kenapa la....oh ye, terima kasih krn sudi baca blog akak ni yer. kalau boleh tinggalkan link yer. tak boleh nak jejak la,dear!
alhamdulillah sudah selesai segalanya... btw, lady pun rasa macam virus masih ada la sebab bila lady open page akak ni dia keluar satu window katanya ada virus..
ReplyDeleteoh...ye ke lady. but, it`s ok if pc lady ada anti virus, right? nanti akak handle balik benda ni. anyway tq,lady....
ReplyDeletealhmdlh fiza, saya baru2 ni pun dpt masalh lebih kurang sama dgn pinjaman jpa saya..dah melibatkan penjamin iatu ayah sy sendiri..(sy pun surirumah mcm fiza), alhmdlh lepas kol jpa mereka kata if bayar 6bln berturut2 amoun yg ditetapkan, mereka tidak ambil apa2 tindakan mahkamah..risau juga masa tu..;)
ReplyDeleteAmmi Sara,
ReplyDeleteawak pinjaman JPA yer....mmm, saya ni under kerajaan negeri. payah kan bila surirumah mcm kita ni bayar. lagi la saya ni sering keluar masuk wad, temankan sofie.
alhamdulillah bila semuanya selesai....