Thursday, July 01, 2010

Penawar dan Permata Hati Kala Duka

Salam bahagia...salam harmoni....salam penuh kegembiraan.
Semalam entry saya menyatakan saya sedang bersedih. Hati bersedih, jiwa menjadi kacau, dan semuanya menyakitkan... tapi, semua tu telah berlalu. Hari ini kehidupan saya seperti sedia kala. Pergilah sedih, pergilah sejauh mungkin. Jangan hampiri saya lagi. Semoga terus ada sinar dalam hidup kita semua. Biarlah rahsia kenapa saya menjadi rawan. Tidak semua cerita boleh dikongsikan bersama.

Kali ini bukan entry tentang diri saya, tapi....tentang siapa lagi kalau bukan tentang anak2, penawar hati kala hati dilanda duka. Tiap gelagat mereka menghiburkan. Buat kita ketawa dan gembira, lupa segala masalah. Kalau2 ada yang boring mengatakan .... "fiza ni, tak habis2 nak cerita pasal anak2 dia", biarlah. Saya tak peduli. Ini blog saya, ini halaman saya. Tujuan asal saya berblog pun memang nak bercerita tentang anak2. Cuma kadang2 ada tersasar sikit cerita...ah! biarlah apa orang nak kata. Tengok apa tajuk blog ini. CERITA UMISOFIE, right? So, kalau nak baca silakan....kalau nak kutuk saya....syuhhhh, syuhhhh...pergi jauh2. Hehe....

Kepada pembaca setia blog saya ini....terima kasih banyak2 kerana menyokong saya. Insya-Allah, saya juga akan sokong kalian dan akan baca tiap entry yg kalian 'publish'kan. Ish...saya ni melalut pulak. Sangat2 geram bila ada manusia pertikaikan apa yang kita tulis di blog. Tu yang panjang bebel tu. Kembali kepada niat asal..... mari lihat gambar2 yang saya snap pagi tadi. Tentang Sofie dan Hijaz...... 


Saya terlupa nak kunci kabinet tu. Tiba2 2 beradik tu datang dan buka...saya biarkan je, nak tengok apa yang mereka akan lakukan. Mencari dan mencari barang....dalam baldi pink tu tempat simpanan beras. Mujur mereka tak buka...kalau tak.....

Sofie : Yea.....yea.... dah berjaya! Jom adik, kita tengok apa ada dalam kabinet umi ni.
Hijaz : Jom kak....adik dah lama nak bukak kabinet ni, tapi umi kunci. Hari ni umi terlupa kunci...hehe.


Akhirnya, dapat pun apa yang mereka mahukan....dah sudah, berebut pulak! Kakak tak nak mengalah, adik pun tak nak mengalah. Tu je benda yang menawan di hati. Benda2 lain semua tak nak.

Sofie : Ni kak chik punya tau. Kak chik nak panggang ayam, letak sini.
Hijaz : Adik nak ini jugak!
Sofie : Ala...adik amik la oven tu...lagi best!
Hijaz : Tak mo...adik nak ni jugak!!!
Sofie : Tak pun, adik bukak baldi pink tu. Dalam tu ada beras..... jom kita main masak2.
Hijaz : Jangan la kak chik, nanti umi marah.....


Tapi, si kakak tak lama dengan rak oven tu. Tiba2 mata dia terpandang sesuatu yang lebih best.... lebih mencabar...hehe.  Terus si kakak mengesot menuju barang yang dipandang.....

Sofie : Adik, adik main la rak tu. kak chik nak tolong umi sapu dapur pulak...
Hijaz : Ok...adik nak tengok kak chik sapu. nanti adik buat sampah kak chik sapu yer....

Sofie meneruskan tugasnya....sangat, sangat comel bila tengok Sofie cuba meniru gaya saya menyapu sampah. Kalaula Sofie dah pandai berjalan, pasti rumah yang dah bersih pun di sapu kembali...hehe.

Sofie : Adik.... tepi la. kak chik nak sapu ni. sibuk jer....
Hijaz : Kak chik...habis la kita...umi datang tu. nanti mesti umi dukung kita main kat depan pulak....
Umi  : Hamboi2 anak2 umi ni.... bukan main seronok lagi korang yer.... siap main penyapu lagi. Jom kita main kat depan.
Hijaz : Kan adik dah kata.......

p/s: dialog perbualan direka oleh umisofie yer...hehe.
Oh ye, sapa tau macam mana kita nak masukkan icon2 comel (gembira, sedih, excited dsb) dalam entry blog kita? Tolong ajarkan saya....

19 comments:

  1. suka tgk gelagat mereka..pantang umi dia terlupa, cepat je si kecil ni bertindak..hehe..

    ReplyDelete
  2. rajinyer adik beradik tolong ummi berkemaskan...hihihi

    ReplyDelete
  3. kak fiza, setuju ngan akak..mmg blog ni nak cerita pasal anak2, kalau tak cerita mmg tak best, hikhik..

    comel 2 beradik ni bile men same2..sayang mereka ber2,..

    ReplyDelete
  4. ala, comelnya dua beradik ni..nak tolong umi masak2 kut..yg bab icon tu tak dapek den nak nolong....huhuhu

    ReplyDelete
  5. kak fiza..dak 2 org tu nak menolong tu..dah pandai "membantu" lah..hihi..bagus :)

    akk..sha pernah kene sound someone pasai blog sha..pernah rasa down..dia kata blog sha takda isi.."merapu" tnpa ape2 pengajaran..tapi lantak la..hihi.. :p
    luahan perasaan plak :p

    ReplyDelete
  6. kak..pasal emoticon tu..cuba tgk entry kawan ni..
    http://inilahduniakita.blogspot.com/2010/04/okey-sebabkan-ada-kengkawan-yang.html

    ReplyDelete
  7. nieda,
    budak dua tu terlalu ligat. tak boleh lepa. selagi dorg tak tido, mcm tak boleh nak tido kita ni. kang kejap je dah sampai dapur....hehe

    **************************************************************************
    zaidah,
    sgt2 rajin. sampai tak terdaya melayan!

    **************************************************************************
    kan rina kan...
    sibuk je dorg tu. hehe...

    **************************************************************************
    amirah,
    mereka penghibur hati kita...kalau nak marah, tak jadi bila tgk muka dorg yg comel dan lucu tu...hehe

    *************************************************************************
    sha,
    tu la kan...ada ke dorg kata akak merapu. akak nak citer hal anak2. tu pun nak dengki tak pasal2...kan,kan,kan....

    anyway, pasal icon tu,tq sha...akak tak dpt nak apply lagi kat blog. tak reti....tapi akak dah buka link yg sha bagi tu. tq, dear!

    ReplyDelete
  8. k.fiza,
    lor ada org ke sound apa ditulis..emm,tak patut gak.ye la,kita nye blog.kita nye hak kan..
    kalu tak suka,jgn baca..tul tak??hehe.emo plak saya..

    tapi,tak pe..saya suka je apa k.fiza tulis.suka tgk anak2 k.fiza.kdg2 ter pk,bila lah saya nak anak ramai ni.hehehe.

    btul! anak la pengubat hati.keletah dorang pengubat jiwa..wahh..uminya plak watkan dialog ye.

    ReplyDelete
  9. ash,
    hehe...nak buat cam mana,kan? dah blog kita BEST gilerrrr.... tu yg dengki tu...kihkihkih.

    akan dtg boleh ada anak ramai mcm akak. hehe

    ReplyDelete
  10. Alahai anak2 ummi ni...rajin betul...
    Fiza, byk2 sbr ye....manusia ni mcm2 peel..abaikan jer..hehe

    ReplyDelete
  11. haiii...mmg geng baik betul la budak berdua ni..awas fiza...dah boleh berjalan dua2 ni nanti...jenuh kepung..hihi..

    ReplyDelete
  12. sofie sebaya anak saya..mmg kdg2 tu bila dorang tgh meneroka, tak mau nak kata jangan sebab tak mau sekat dorang punya rasa ingin tahu tu,kan..so..layan..

    ReplyDelete
  13. umur macam ni dorang memang tengah seronok nak expplore kan... hehe..comel dua beradik nih...

    ReplyDelete
  14. hehehe...
    pandai umi dia reka skrip...
    seronok tengok diorg berdua tu, kamceng sangat :)

    ReplyDelete
  15. Ummu Zunnurain,
    dina cayang...hehe. macam tu manusia,kan? tak pernah senang dgn kesenangan dan keselesaan kita.
    budak2 tu mmg la cam tu, dina. kdg tu tak terkejar dibuatnya. yg tak bestnya, bila sibuk dok kejar2 anak, tak juga uminya kurus2...

    **************************************************************************
    kak ieda,
    tu la kak...dok fikir juga. macam manalah nanti kalau dorg berdua dah jalan...hehe. pasti haru jadinya...

    *************************************************************************
    JMY,
    betul tu....kalau kata 'jangan' nanti dorg pun mcm takut2 je nak explore.

    **************************************************************************
    lady,
    tu yg buat akak dan suami gelak besar. tgk peel budak 2 ni....sgt2 seronok!

    **************************************************************************
    kak sue,
    umi dia reka skrip sesuka hati jer...hehe
    semoga mereka akan terus kamceng sampai besar.

    ReplyDelete
  16. eh eh ehhh.. comel betul mereka berkata.. bestle ankank rajin nolong umi.. nolong sepah eh.. kikikihh

    ReplyDelete
  17. saya pun pantang sikit dgn org2 yang sibuk nak mengutuk blog orang lain...dah blog kita, suka hati kita la nak tulis apa...apa yang kita tulis tentu la ada makna pada kita...kalau tak suka, tak payah baca...blog ni lah sebagai satu kesan sejarah dalam hidup kita...mungkin anak cucu kita boleh baca apa yang kita tulis ttg diri dan kehidupan kita untuk lebih kenal tok nenek dia...ignore je org2 macam tu...dengki kot takde org baca blog dia...hhihi...

    ReplyDelete
  18. salam fiza ... comel lah tgk 2 beradik tu buat 'keje' ... pastu bila tgk sofie menyapu tuh ... alahaiiii ... pandainyer sofie nk tolong umi ...

    part x berjalan lagi ... saya faham perasaan fiza, saya pon cam fiza gak x sabar rasanyer nk tgk anak berjalan .. kita mmg kena sabar lebih sket ... Insyaallah, saya pasti x lama lagi ammar & sofie akan berjalan ... kita tunggu & lihat ye ... :))

    ReplyDelete
  19. zai,
    mmg sgt2 rajin la dorg tu....
    kadang terlayan....lantak la dorg nak sepah. janji dorg berdua baik...hehe

    **************************************************************************
    wanie,
    hehe....haah kan? dorg tu sibuk jer...lantak kita la,kan pa yg kita nak tulis kat blog kita.

    **************************************************************************
    asz,
    salam asz, mmg hanya kita je yg faham kan keinginan kita melihat anak2 membesar bagai johan. mudah2 an ye asz...satu hari nanti ammar dan sofie dpt hidup spt kanak2 lain. mrk ahli syurga,kan?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....