Saturday, July 03, 2010

Sangat berani

Salam hujung minggu,
Sepatutnya entry ni nak publish semalam, tapi tak sempat sesangat. Nak bercerita la sikit, bukan nak ngumpat yer. Tengahari semalam, datang seorang budak ke rumah saya, dan memanggil2 anak saya, Ikhwan.

"Iwan...! Iwan...!!!!" Saya suruh Iwan tengok, sambil tu mulut bercakap juga, "Sapa la yang datang cari Iwan tengah2 hari buta ni?" Rupa-rupanya seorang kawan Iwan yang saya tak pernah jumpa dan nampak datang ke rumah saya. Dengan selambanya, dia masuk ke rumah...dan meletakkan beg sekolah dia. Masih lagi berpakaian sekolah.

Saya tanya dengan budak tu, "Kenapa adik datang sini?" Iwan pun saya nampak agak terpinga2. Dia jawab, "Nak duduk sini... Petang ni saya balik la rumah saya" Terkejut jugak saya! Saya cakap dalam hati, "banyak cantik.!" Hehehe...jahat saya,kan. Ntah bila saya ambik upah jaga anak orang pun saya tak tahu. Saya tanya lagi, "Rumah kat mana?" Dia jawab, "Kat Rawang..." Lagi la saya terkejut. bandar Rawang dengan rumah saya agak jauh. Mustahil duduk kat Rawang tapi bersekolah sini. Saya tanya lagi. "Kenapa tak balik rumah?" Jawabnya, "Tak ada orang kat rumah. Mak dengan ayah pegi keje."

Oh...lagi pening kepala saya. Saya tanya pula, "Dah tu, selama ni lepas sekolah balik mana?" Dia jawab, "pergi nursery." Ya Allah....habis la....Budak tu sangat2 berani. Kebetulan suami saya sudah balik dari sekolah, sedang berada di atas melayan Amniy nak print colouring book. Cepat2 saya panggil suami, suruh dia turun bawah.

Suami saya check beg sekolah dia, tanya dia macam2.... check lagi beg sekolah, kot2 la ada nombor2 telefon yang boleh dihubungi. Tapi tak de...budak tu selamba je. Saya tanya dengan Iwan, dia tahu tak nursery dia. Dia kata dia tahu.... Suami call guru kelas Ikhwan. Dia pun terkejut jugak. Dalam tengah2 suami telefon guru kelas Iwan, budak tu dah naik atas nak main komputer. Sungguh tak malu.Saya bukan apa...dah la kita tak kenal dia, dia pun tak pernah datang rumah saya, dia pulak buat rumah saya sesuka hati dia jer....Heheh, jahat saya ni....

Akhirnya, suami bawa budak tu ke sekolah, rupa2nya nursery yang budak tu selalu pergi betul2 depan sekolah dia. Dan baru saya tahu cerita sebetulnya, macam mana dia tiba2 boleh berada didepan rumah saya tengahari Jumaat itu. Sebetulnya, dia telah balik ke rumah salah seorang kawan Iwan dengan menaiki van sekolah kawan Iwan tu. Dan kawan Iwan tu yg hantar budak tu ke rumah Iwan......

Dia seolah2 nak lari dari pusat penjagaan pula. Yang buat saya risau, mestilah pengasuh dia tertunggu2 budak tu,kan? Dah sampai waktu balik sekolah, tapi budak tu belum sampai2. Lepas tu, mak ayah budak tu pulak mesti dah yakin benar yang anak dia pergi nursery lepas sekolah. Tapi, sebenarnya....ke mana hala tuju dia?

Budak2 sekarang.....sangat2 berani.

5 comments:

  1. ya ampun... kalau mak pak dia tau sure risau kan...

    ReplyDelete
  2. la..smpi gtu skali ke?braninya la..yg pelik,nape kawan iwan tu anto budak tu rumah k.fiza.nape tak duk umah kwn iwan tu je ek?

    mcm2 la kan..ibu bapa budak ni,patut diberitahu..takut nti makin berani wat perangai bila da makin besar.risau risau..

    ReplyDelete
  3. mamaRigqy,
    mmg berani. baru 6 tahun tu....

    **************************************************************************
    lady,
    tu la....mak ayah keje. percaya dia dah gi nursery...

    **********************************************************************ash,
    sebab kawan iwan tu dah beritahu kat budak tu yang rumah iwan ada komputer nak main game internet...haiya...ini budak manyak susah wooo....

    ReplyDelete
  4. budak2 bukan fikir apa dah..asal dia suka jer...sib baik g rumah fiza.kalau dia merayau lagila susah..ni mmg kena bgtau parents dia.mungkin ada yg dia tak suka kat nursery tu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....