Tuesday, July 20, 2010

Update Sofie jumpa pead doctor

Hari ni Sofie Mariah saya yang comel tu ada appointment dengan doktor kanak-kanak kat HSB. Macam biasa, bangun awal pagi la dia. Tapi, hari ini Sofie sangatlah baik, bangun awal pagi tanpa dikejut. Tau2 dah keluar bilik, bunyikan suara memanggil uminya yang sedang berada di dapur. Sofie ke HSB bersama abisofie dan abang Amniy. Buat teman sembang abi dan Sofie semasa abi boring menunggu giliran. Kalau ikutkan, umisofie nak ikut jugak. Lama dah tak jumpa doktor-doktor yang sering merawat Sofie. Tapi disebabkan Ikhwan bersekolah, saya terpaksa biarkan Sofie pergi bersama abi dan abangnya saja. Kalau uminya ini ikut juga, confirm Ikhwan akan meraung depan pagar rumah.

Mereka pulang dari HSB dalam jam 1.30 tengahari. Sofie yang tertidur dalam kereta, terus diangkat masuk ke dalam buaian pula. Sofie sambung tidur..... Ok, menurut abisofie, doktor yang periksa Sofie ialah Doktor Chiam. Oh ok...saya agak biasa dengan doktor cina yang cantik dan comel ini. Dia pernah temankan saya dan Sofie dalam ambulance sewaktu Sofie di tahan di wad dulu. Masa tu nak ke IJN, pergi ke IJN waktu puncak orang nak pergi kerja, doktor ni la yang sembang2 dengan saya waktu saya takut sebab ambulance sangat laju dan mencemaskan.

Doktor Chiam kata, kondisi Sofie baik. Semuanya baik. Alhamdulillah...lega dengar dia kata gitu. Jadi, tak de komen yang tak baik didengar melainkan baik2 belaka. Alhamdulillah.....

Saya teringat dengan doktor ini, satu hal, sewaktu saya ingin melahirkan Hijaz. Masa tu saya dah 39 minggu, Sofie pula kebetulan berada di wad sebab broncholitis. Saya, macam biasa, menemankan Sofie. Tiap kali doktor Cina ni on call, mesti dia akan pergi ke katil Sofie menjengah keadaan saya. Katanya, "mama ok lagi ke? Kalau ada tanda2 nak bersalin beritahu staff yer." Hehe...saya senyum je.  Esok paginya pun, dia bertugas, datang ke katil Sofie, dia tanya lagi. Bukan apa, bila suami kata yang merawat Sofie tadi Doktor Chiam, saya teringatkan kecomelan doktor itu. Bila la boleh jumpa lagi doktor comel itu...hehe. ( sudah melalut banyak dah umisofie ni yer...)

Permata hati saya yang sentiasa ceria...

Ok, untuk entry kali ini, update tentang kesihatan Sofie tak banyak berubah. Sofie pun makin sihat, makin aktif dan ceria. Semoga keadaan ini akan terus berkekalan selamanya. Sekarang masa untuk menunggu Sofie berjalan dan bercakap.

11 comments:

  1. alhamdulillah...
    lege bila sengar sumanya baik2 belaka kan...:)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah... hopefully kesihatan sofie sentiasa baik...
    :)

    ReplyDelete
  3. anak2 begini, x kisah umur berapa dia blh berjalan , kan..yang penting dia boleh..kan. itula harapan yg sama utk anak saya

    ReplyDelete
  4. syukur sofie sihat...bleh sepahkan rumah ngan adik hijaz,....huhuhu

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..semoga dapat berlari2 pulak lps ni..ha..jenuh umi nk kejar..hehe

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...keadaan sofie baik2 belaka...

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...semoga sofie cepat jln dah bercakap yea.. :)

    ReplyDelete
  8. syukur sofie semakin sihat..smoga terus ceria ye sofie ^_^

    ReplyDelete
  9. amboi....senyum sampai tak nampak mata..

    ReplyDelete
  10. harap sofie cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  11. Salam semua, MAS, LADY, JMY, AMIRAH, DELLA, AYU, AZRA, RINA, K.IEDA DAN MAZZ....dan kpd semua pembaca yg tak tinggalkan komen,

    TERIMA KASIH ATAS DOA KALIAN.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....