Sunday, July 04, 2010

Hujung minggu yang malas....


Cepat je masa berlalu. Nak update blog ni pun macam tak ada cerita. Jadi umisofie akan taip apa saja yang terlintas di kepala. Tiada tujuan....hehe.

Hari ahad ini ialah hari bermalas-malasan di rumah. Sepatutnya, hari ni kena pergi ke Gedangsa, untuk terapi Sofie. Tapi, ntah kenapa tak jadi pergi. Sebab...hari bermalas-malasan. Boleh ke nak hantar anak terapi, ibu bapanya malas? Boleh je untuk family saya. Kadang2 rasa penat sangat. Esok dah hari sekolah untuk suami dan anak saya. Kalau boleh hari ahad tu hari nak lepak2 kat rumah. Tak nak pergi mana2. Masa terapi Sofie hari Sabtu dulu, ok je. Hari Ahad boleh relax. Bila dah dipindahkan pada hari Ahad ni....aduhai....amatlah malas nak pergi.

Kebetulan hari ini cuaca amatlah sejuk. Dari pagi, bawa ke tengahari, petang dan terus ke malam.... hujan renyai2. Amat sejuk sekali. Dan seronok betul dapat relax sambil baring2 di rumah bersama suami dan anak2. Suami pun nampak sangat relax.... konon2 nak keluar dari rumah, bila letakkan kepala sambil melayan Hijaz, semuanya jadi malas. Saya pun jadi malas, suami saya jadi malas...hehe. Tak pe kan? Itu pun boleh jadikan terapi minda untuk kita....

Sofie pun boleh relax sikit minggu ni. Kalau boleh tak nak la dia rasa stress setiap minggu... bayangkan la, kena balut satu badan, rimas, panas.... tapi, kena juga hadap sebab nak tgk Sofie terus sihat seperti kanak-kanak normal. Tak pe...minggu ni umi bagi chance kat Sofie. Sofie pun macam dah faham, kalau saya kata, " Sofie, hari ni kita pegi rumah cik Raw yer." mesti Sofie akan kata, "nya...nya...nya..." sambil kepalanya terangguk2. Hehe...lucu,kan? Kalau la Sofie pandai bercakap, apa lah agaknya dia akan beritahu umisofie ini? Tapi, rupa2nya, Sofie tak jadi jumpa Kak Raw hari ni. Orang yang paling gembira ialah Sofie... hehe.

Anak2 saya yang berdua tu pula, Ikhwan dan Amniy, sangat2 seronok bila abi mereka telah membeli printer baru. Sangat2 asyik mewarna gambar2 kartun yang abi mereka printkan dari internet. Macam2 pilihan. Nak gambar Ben10 la, Batman la, Spongebob la, Danny Phantom la, macam2...alahai. Jenuh juga melayan. Ye la, kejap2 minta print gambo tu la, gambo ni la....layan je la. Anak,kan?  Selama ni printer lama rosak. Berbulan nak tunggu beli printer baru. Akhirnya, minggu lepas suami saya dapat la sambar sebijik. Ala...printer yang biasa2 je pun. Bukan yang canggih manggih mana sangat. Janji boleh print, sudah! Paling teruja anak2 la. Umi dorang pun teruja jugak...hehe!

Printer yang jadi pilihan. Biasa je....berfungsi untuk print je. Jenis HP Deskjet D2600. Jadi la...daripada tak ada langsung,kan? Harga pun murah dan mampu kami miliki.....

Ini printer lama kami. Brother DCP115CU all-in-one inkjet printer.....Multifunction printer.... colour printer, colour copier, colour scanner, photocapture centre and scan & translate feature..... Printer ni sekarang jadi hiasan di rumah je. Sebab dah pernah beberapa kali masuk air ketika rumah lama kami dimasuki air banjir.... sekarang jadi tempat kaki saya landing ketika saya sedang online. Hehehe..... 

Eh, kenapa pulak sampai cerita pasal printer ni? Ah...lantak la, sebab itu yang terlintas di fikiran saya malam ni. So, layan je la yer. Rajin bebeno, siap pegi cari image printer lagi. Oooopppsss!!!! Lupa pulak nak bagitau, semua image kat atas tu saya dapat dari pakcik Google yer. Kredit untuk pakcik Google! Tq!

Ok la...that`s all for today...yeah!!!!

6 comments:

  1. wahh..mewarna.bes tu.tringat zmn kecik2.tapi,kita dulu maner ada tenet n printerkan..

    ReplyDelete
  2. betul tu ash...kalau tgk dorang mewarna, mmg rasa teringin nak warna sama.

    ReplyDelete
  3. Saya kat rumah ni pun, kalau time along & papanya cuti mmg rasa malas sgt nak buat apa2. Kalau boleh nak relaks je...tak nak buat apa2.

    ReplyDelete
  4. excited la anak2 boleh print mcm2 gambar..printer saya hari tu pun mcm rosak tak boleh rolling..lama juga check, rupa2nya si kecik letak biskut kt tmpt rolling tu..sabar ajelah..

    ReplyDelete
  5. akak pun guna printer yg boleh print jer...takde multifunction.hbby tak bg sb katanya nanti satu function rosak semua takleh pakai.
    bestkan hujan2 landing kat rumah...huhuhu..lamanya tak rasa nikmat tu.

    ReplyDelete
  6. sama la mcm husna..sy biasa ambik pic kat playhouse disney..gambar kan besar,sekejap je dia kaler dh abih..jenuhla..tapi xpe,nk ajar dia mewarna jadi cantik..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....